Benarkah Kerana Peruntukan Rm600 Juta Umno Terima Tpm




Selepas muncul dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggunakan 'kuasa veto' untuk menolak jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dan memutuskan kerjasama dengan Bersatu, seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu tampil memberi penjelasan.
Enggan namanya didedahkan, ahli MT terbabit berkata isu jawatan TPM dibangkitkan pihak tertentu dalam mesyuarat mereka di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu
Katanya, cadangan tersebut dibangkitkan dengan harapan Umno akan menerimanya.
Alasan yang diberikan ahli MT berstatus menteri itu, kata sumber berkenaan, ialah Umno akan hilang peruntukan RM600 juta jika jawatan itu disandang orang lain.
Menurut sumber itu lagi, nama yang disebut mungkin akan mengisi jawatan tersebut ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali.
"Terdapat empat orang daripada 'kluster menteri' yang bersuara agar Umno terus bekerjasama dengan Bersatu tapi cadangan mereka itu tidak disambut oleh ahli MT yang lain. Sebab itu tidak ada pengundian," katanya.
Istilah "kluster menteri" itu merujuk kepada pemimpin Umno yang dilantik menyertai kabinet Muhyiddin Yassin.
Untuk rekod ketika ini ada sembilan ahli parlimen Umno dibawa menyertai kabinet dengan jawatan paling kanan ialah naib presidennya Ismail Sabri Yaakob.
Dirancang kluster menteri
Ahli parlimen Bera itu adalah satu-satunya wakil Umno yang berada dalam barisan empat menteri kanan. Dua yang lain adalah pemimpin Bersatu - termasuk Azmin - dan seorang ahli parlimen Sarawak.
Daripada sembilan menteri itu yang paling menonjol dan dianggap selalu cenderung kepada Bersatu ialah Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa.
Bagaimanapun sumber itu memberitahu Malaysiakini cadangan untuk Umno menerima jawatan TPM itu bukanlah datang daripada Ismail Sabri atau Annuar.
"Sebenarnya muslihat utama 'kluster menteri' itu dalam mesyuarat malam tersebut ialah supaya Umno menerima jawatan TPM. Dia berhujah TPM ada peruntukan khas RM600 Juta, maka amat rugi jika Umno terlepas jawatan ini kepada Azmin," katanya hari ini.
Namun, setelah dijelaskan oleh Ahmad Zahid bahawa Umno tidak pernah menerima tawaran jawatan TPM sama ada secara hitam putih atau secara lisan mereka terkedu.
"Maka terdedahlah rupanya cerita jawatan TPM ini dibangkitkan dalam MT berkenaan kerana ia dirancang oleh kluster menteri yang kemaruk mahu Umno menjadi TPM," tambahnya lagi.
Semalam, memetik sumber dalaman Umno Malaysiakini melaporkan parti terbabit membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta PN sebaik saja darurat berakhir.
"Umno membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja 'darurat kesihatan' tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT Umno.
"Umno juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan TPM," katanya.
Bagaimanapun Umno dalam kenyataannya selepas itu menafikan dakwaan berkenaan.
Dalam pada itu, ahli MT berkenaan berkata tidak timbul isu presiden menggunakan kuasa veto kerana tiada pengundian dibuat ketika mesyuarat berkenaan.
"Tidak timbul soal Zahid menggunakan kuasa veto dalam isu nak putuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15 nanti kerana tiada pengundian berlaku, jadi tidak ada keputusan majoriti atau manoriti, justeru tak timbulah isu kuasa veto.
"Mesyuarat tersebut hanya mengesahkan pendirian 147 ketua bahagian dan 118 bahagian yang menjadikannya usul Umno bahagian supaya parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15," katanya.
Namun, kata sumber terbabit, ahli Parlimen Umno akan terus kekal menyokong kerajaan PN sehingga tarikh PRU akan datang.
Jelasnya, Umno akan menghantar surat kepada Muhyiddin bagi memaklumkan keputusan MT Umno berkenaan

Sumber: Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/benarkah-kerana-peruntukan-rm600-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Tpm Kepada Umno Bersekali Dengan Peruntukan Rm600 Juta

Tawaran Tpm Kepada Umno Bersekali Dengan Peruntukan Rm600 Juta

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 194 hits
February 22 2021 Selepas muncul dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa veto untuk menolak jawatan timbalan perdana menteri dan memutuskan kerjasama dengan Bersatu seorang ahli Majlis Tertinggi parti itu tampil memberi pe...
Jawatan Tpm Umno Akan Tergadai Jika Terima Tawaran Muhyiddin

Jawatan Tpm Umno Akan Tergadai Jika Terima Tawaran Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 205 hits
Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil memberi amaran kepada sesiapa yang menerima tawaran Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilihat sebagai menggadaikan Umno untuk kepentingan diri sendiri Dalam satu kenyataan I...
Mubarak Saran Umno Terima Tawaran Tpm

Mubarak Saran Umno Terima Tawaran Tpm

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 191 hits
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia menggesa Umno menerima tawaran jawatan timbalan perdana menteri bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru di antara Perikatan Nasional BN serta Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan data...
Mahukah Umno Terima Atok

Mahukah Umno Terima Atok

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 341 hits
INI BUKAN HINT YANG PERTAMA Kah kah COME ON AtukSAKATua boleh kembali ke UMNO ni bukan HINT kali pertama Atuk Atuk memang tetap sayang pada UMNO BENCI TAPI RINDU gitew Soalnya MAHUKAH UMNO MENERIMA Atuk Tu pasal Atuk pernah beriya iya nak h...
Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 227 hits
February 20 2021 Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat Isham berkata Muhyiddin sang...
Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 220 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan sebanyak 1 12 juta atau 70 peratus daripada 1 67 juta rakyat Pahang akan menerima suntikan vaksin COVID 19 menerusi program suntikan vaksin yang dijadualkan bermula akhir bulan ini Menter...
Klinik Kecantikan Ilegal Di Ciracas Terima Pasien 100 Per Bulan Tarif Rp 9 5 Juta

Klinik Kecantikan Ilegal Di Ciracas Terima Pasien 100 Per Bulan Tarif Rp 9 5 Juta

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 203 hits
Sebelum pandemi Covid 19 menerpa Indonesia klinik kecantikan ilegal itu bisa mendapatkan pelanggan sampai ratusan orang per bulan Namun saat pandemi tak lebih dari 40 orang
Tawar Umno Jawatan Tpm Muhyiddin Nak Selamatkan Diri Isham Jalil

Tawar Umno Jawatan Tpm Muhyiddin Nak Selamatkan Diri Isham Jalil

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 344 hits
Malaysiakini Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat Isham berkata Muhyiddin sanggup ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults