Mahu Bersara Dan Lupakan Malaysia Baharu Ini Jawapannya Terhadap Sandiwara Terbaru Kit Siang




Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu?
“Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?’ Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat.
Kit Siang melontarkan pertanyaan untuk bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.
Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baru.
Komen editor Mykmu : Sudah-sudahlah menipu wahai Kit Siang. Cukuplah drama meminta simpati apabila terjerat. Mana janji-janji manifesto ? Itu pun tak terlaksana, tidak akan memungkiri keyakinan rakyat konon.
Bagaimanapun, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa para pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.
Komen editor Mykmu : Berapa masa lagi kamu nak, 5 tahun, 10 tahun ? Belum 2 tahun rakyat dah sengsara, ekonomi makin merudum, kalah Malaysia kepada Indonesia, Thailand, Vietnam. Malah Kemboja makin baik ekonominya.
Kit Siang mendakwa jika pilihan raya umum diadakan sekarang, beliau akan kalah dan DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara.
“Ini adalah kesan salah faham dan salah tanggapan terhadap DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong tegar kami.
Komen Mykmu : Syukur mereka telah tersedar dengan penipuan serta janji kosong Dap selama ini.Bila dah dapat kuasa, baru nampak tembelang sebenar Dap.
“Kami memerlukan masa bagi penyokong dan rakyat menyedari bahawa DAP tidak mengkhianati mereka dan kami tidak akan berputus asa akan harapan kami berhubung objektif Malaysia Baru, perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.
“Sekiranya DAP mengkhianati prinsip rakyat dan harapan Malaysia Baharu, maka DAP berhak ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak ada cara untuk memulihkan DAP atau mendapatkan sokongan pengundi dengan peralihan masa. Malah, hasilnya hanya mungkin lebih teruk.
“Tetapi jika DAP tidak mengkhianati prinsip dan harapan rakyat, maka masa akan menunjukkan betapa salahnya salah faham dan salah tanggapan mengenai DAP,” katanya dalam satu kenyataan.
Komen Mykmu : Tiada salah faham di sini, angka dan fakta menunjukkan segalanya.Ternyata Kerajaan PH/Dap gagal menjalankan kerja pentadbiran negara. Mereka sibuk berpolitik 24 jam.
Bagi memberi gambaran tentang kemerosotan keyakinan kepada DAP, Kit Siang memetik komen pada kenyataan terdahulu bahawa pemimpin parti itu telah menjadi pekak, buta dan bisu apabila percaya Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 pada 2023.
Kit Siang berkata, dalam tempoh dua bulan, rakyat Malaysia telah terperangkap dalam kedudukan ganas di mana setiap komuniti hidup dalam ketakutan, keraguan, kecurigaan dan kebencian terhadap masyarakat dan agama lain, mempercayai bahawa hak, etnik, agama dan budaya mereka sedang terancam.
Beliau meletakkan kesalahan itu kepada kempen berita palsu yang terancang dan ucapan-ucapan berbaur kebencian.
Komen Mykmu : Sudah lupakah kamu selama ini parti kamu yang menanam kebencian orang Cina terhadap orang Melayu ? Bila sudah jadi kerajaan baru kamu sedar.
“Bagaimana mungkin ini berlaku. Orang-orang Melayu percaya bahawa mereka telah kehilangan kuasa politik dan hak, etnik, agama dan budaya mereka menghadapi ancaman.
Komen Mykmu : Ini adalah kenyataan, kuasa politik dan hak Bumiputera makin terancam dan semakin ramai berani mempertikaikan.Sehingga ada menteri boleh kata orang Melayu adalah pendatang.
“Sebagai contoh, kerosakan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini digunakan untuk menyebarkan ketakutan bahawa tiga juta warga China telah memasuki negara ini, mengubah demografi di negara ini. Pada hal berita ini langsung tidak ada asas kerana proses pemeriksaan kemasukan warga asing dilakukan secara manual oleh Jabatan Imigresen, dan semua pelawat terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Jika berfikir sedikit, mustahil tiga juta warga China boleh meloloskan diri melalui KLIA dalam masa tiga hari, yang bermakna lebih dari 10,000 pendaratan pesawat dalam satu hari. Bolehkah ini dilakukan tanpa ada yang menyedarinya,” soal beliau.
Komen Mykmu : Sudah lupakah kamu dulu sekutu kamu juga mengatakan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh tiba di lapangan terbang yang sama ? Masa itu kamu tak nafikan pula.
Kaum Cina di Malaysia pula kata Kit Siang takut hak, etnik dan budaya mereka menghadapi ancaman.
Komen Mykmu : Bumiputera tidak pernah mengancam agama, kebudayaan serta bahasa lain.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang berjaya mengatasi ketakutan kononnya kerajaan Pakatan Harapan menyekat persembahan tarian singa.
“Kerana kekurangan maklumat dan perundingan yang tidak mencukupi, warisan kerajaan terdahulu mengenai Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil dianggap sebagai serangan eksistensi terhadap pendidikan dan budaya Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Komen Mykmu : Kamu patut duduk berbincang dengan Perdana Menteri mengenai hal ini. Kalau dah bincang tak jadi masalah pun. Masalah kerajaan PH ini mereka tiada komunikasi sesama sendiri.
“Dalam masa dua bulan, melalui berita palsu dan ucapan benci, para oportunis politik dan mereka yang terdesak telah menyematkan rasa tidak selamat terhadap kaum agama dalam setiap komuniti hingga menjadi kegusaran, ketakutan dan kebencian masyarakat lain,” katanya.
Komen Mykmu : Sepatutnya anda bertindak menenangkan keadaan mereka yang gusar ? Tapi anda memilih duduk diam dan melihat saja.
Dalam kenyataan itu, Kit Siang juga merunugut bahawa pembinaan negara Malaysia terjejas 16 bulan lepas selepas pilihan raya umum ke-14.
“Biar setiap rakyat Malaysia bertanya soalan ini: Jika setiap komuniti, etnik dan budaya menghadapi ancaman, siapa yang mencetuskan ancaman ini?
“Saya percaya Malaysia Baharu boleh menjadi negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang kerana empat tamadun hebat – Islam, Cina, India dan Barat – bertemu di Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Komen Mykmu : Malaysia Baru hanyalah berlandaskan kerajaan yang tiada integriti, penuh dengan skandal. Perkara utama iaitu kebajikan rakyat diabaikan dan gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga menyebabkan pelabur lari, ringgit jatuh, saham jatuh dan terbaru kadar kemiskinan semakin tinggi. Inikah Malaysia Baru ?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/29/kit-siang-mahu-bersara-dan-lupakan-malaysia-baharu-sandiwara-terbaru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Should I Just Forget About New Malaysia And Quit

Kit Siang Should I Just Forget About New Malaysia And Quit

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 440 hits
Amid the declining confidence among its supporters Lim Kit Siang has noted the calls for him to throw in the towel after five decades in politics Shall I just forget about New Malaysia and call it quits he asked Citing its decades of strugg...
Bersara Politik Drama Berulang Kit Siang

Bersara Politik Drama Berulang Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 353 hits
Hasrat Lim Kit Siang untuk bersara daripada politik adalah drama berulang Penasihat DAP berkenaan setiap kali DAP berdepan krisis keyakinan daripada penyokongnya Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP Rahmad Isahak berkata hasrat itu tida...
What Is Kit Siang S Merdeka Day Message

What Is Kit Siang S Merdeka Day Message

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 300 hits
Kit Siang s Merdeka Day message appears very muddled Has this old Chinaman lost it or what Who is his message targeted at The Malays Is he scolding the Malays From how I read Kit Siang s Merdeka Day message it looks like he is in essence sc...
What Racial Tension Umno Asks Kit Siang

What Racial Tension Umno Asks Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 338 hits
Umno reminded Lim that DAP was now singing praises of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad a former patron of Malay right wing group Perkasa and a politician the party once labelled an ultra Malay Umno vice president Mohamed Khaled Nordin tod...
Ketegangan Kaum Apa Umno Soal Kit Siang

Ketegangan Kaum Apa Umno Soal Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 251 hits
Naib presiden Umno Mohamed Khaled Nordin hari ini mempersoalkan kenyataan DAP mengenai suhu perkauman semakin meningkat di negara ini mengatakan realitinya menunjukkan gambaran yang berbeza Khaled berkata keadaan sekarang sangat harmoni di ...
Malaysians Must Have Stamina To Undo Injustices Of The Past Says Kit Siang

Malaysians Must Have Stamina To Undo Injustices Of The Past Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 320 hits
DAP supremo Lim Kit Siang says Malaysians must develop social media literacy to tackle fake news and hate speech PETALING JAYA There is reason to believe Malaysia can reset nation building policies and undo the injustices and abuses of powe...
Mahathir Buat Deal Dengan Kit Siang Anwar Kena Kencing

Mahathir Buat Deal Dengan Kit Siang Anwar Kena Kencing

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 477 hits
Updated 8 37 pm1 Pada 30 Ogos akan ada mesyuarat PH 3hb September akan diumumkan kabinet baru Dr Mahathir kata tak ada reshuffle tapi tukar potfolio jer Namun macam macam cerita tersebar Tok Pa dikatakan akan kembali ke kabinet dan mereka s...
Internet Shutdowns Online Ban No Solution To Intolerance Says Kit Siang

Internet Shutdowns Online Ban No Solution To Intolerance Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 357 hits
DAP veteran Lim Kit Siang PETALING JAYA Curtailing online freedom by shutting down the internet is no solution to fake news and hate speech DAP supremo Lim Kit Siang says as the authorities and police made a rare announcement this week that...
Mesej Apa Yang Kit Siang Cuba Sampaikan Pada Hari Kemerdekaan Ini

Mesej Apa Yang Kit Siang Cuba Sampaikan Pada Hari Kemerdekaan Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 394 hits
Mesej pada hari kemerdekaan yang disampaikan oleh Kit Siang tersangatlah mengelirukan Si Cina tua ni dah nyanyuk ke apa Mesej ini ditujukan kepada siapa sebenarnya Orang Melayu ke Adakah dia tengah marah pada Orang Melayu Dari apa yang saya...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik