Mahu Anak Belajar Benda Baru Rupanya Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar Tentukan Sekolah Anak
Lain orang lain caranya. Namun bagi Angkawasan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dan isterinya, Datin Dr Halina Yunos sepakat untuk membiarkan kesemua anak mereka merasai pengalaman berbeza melalui sekolah-sekolah yang berbeza.
Menurut kata Dr Sheikh lagi, apa yang dilakukannya adalah menukar sekolah berbeza pada usia berbeza iaitu dari usia tiga hingga lima tahun.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada enam cahaya mata ini berkongsi tip membiasakan anak-anak mereka.
“Kami biasanya akan hantar anak-anak ke Kindergarten dari usia mereka tiga tahun lagi.
“Dan biasanya kami akan tukar sekolah anak-anak setiap tahun supaya mereka boleh belajar banyak benda baru dan tahu cara bersosial dengan persekitaran berbeza.
3 tahun : Islamic Kindergarten
4 tahun : International Kindie
5 tahun : Chinese Kindergarten
Memuat naik satu video di Instagramnya yang menunjukkan dua kembar, Adam dan Noah yang baru pulang dari sekolah. Jelas dua anak lasak Dr Sheikh ini cukup ceria di sekolah. Dan cara inilah yang turut dilakukan kepada kembarnya, Adam dan Noah.
Malah kata beliau lagi, menghantar anak di sekolah berbeza ini turut sama dilakukan pada dua anaknya, Bella dan Tasha.
“Kami lakukan perkara yang sama pada pada semua anak-anak kami.
“Setiap sekolah dengan kawan yang berbeza, budaya yang berbeza dan pertuturan yang berbeza.
“Dengan cara ini anak-anak akan dapat belajar keseluruhan aspek pembelajaran meliputi BM, Inggeris dan Mandarin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pengikut Dr Sheikh Muszaphar turut sama bertanyakan tip dan panduan serta berkongsi pengalaman anak mereka.
View this post on Instagram
A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)
Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Mahu Anak Belajar Benda Baru, Rupanya Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar Tentukan Sekolah Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mahu-anak-belajar-benda-baru-rupanya-ini-cara-dr-sheikh-muszaphar-tentukan-sekolah-anak/