Dia Minta Wang Sebab Nak Beli Benda Tu Bapa Kata Anak Lelakinya Baik Salah Dirinya Selalu Beri Wang Untuk Beli Dadah


The Reporter



Suspek yang menetak leher ibu tirinya menggunakan parang sehingga putus di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang semalam dikatakan kerap meminta wang untuk membeli bekalan dadah. 


Suami mangsa, Abdullah Abdul Rahim, 73, berkata, anak lelakinya berusia 39 tahun itu selalu meminta wang RM10-RM20. Tetapi dia tidak menyangka anak keenam daripada lapan beradik itu tergamak membunuh isterinya dengan begitu kejam. 


"Kalau ada duit, saya akan terus memberikannya hingga menyebabkan arwah isteri sering marah dan berleter. Dia minta wang sebab hendak beli benda itu (dadah). Namun silap saya sebab selalu memberi wang kepadanya. 


"Mungkin kalau saya ada ketika kejadian, akan turut menjadi mangsa. Saya tidak tahu bagaimana ia terjadi tetapi jika dilihat pada keadaan rumah, dia terlebih dahulu merosakkan langsir sebelum menetak leher isteri," kata penoreh getah itu. 


Abdullah berkata, dia juga telah menyembunyikan beberapa bilah parang miliknya di tempat yang selamat, tetapi entah bagaimana anaknya berjaya menemui senjata tersebut. 


Ketika kejadian itu berlaku, Abdullah berada di Balai Polis Bertama untuk menguruskan seorang lagi anak lelakinya berusia 17 tahun yang disaman pihak polis. Dalam masa yang sama dia melihat suspek masuk ke balai dan berbisik kepada polis yang dia telah membunuh ibu tirinya yang kemudian memaklumkan kepada saya. 


"Saya terus pulang ke rumah dan melihat keadaan isteri yang sudah terlentang dengan lehernya terkulai. Saya terkejut dan sedih dengan kejadian ini," katanya.


Beberapa hari sebelum kejadian itu, Abdullah ada melihat suspek berada dalam keadaan khayal. Suspek katanya merupakan seorang anak yang baik dan telah dua kali menerima rawatan di hospital mental, serta pernah ditahan polis atas kesalahan dadah. 


Sumber: Harian Metro


February 17, 2022 at 02:17PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/02/dia-minta-wang-sebab-nak-beli-benda-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Makan Mak Ayah Selalu Buat Salah Ni Tak Elok

Nak Anak Makan Mak Ayah Selalu Buat Salah Ni Tak Elok

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 195 hits
bila anak tak makan sesetengah ibu ayah akan menggunakan trik tertentu supaya mereka bekerjasama Selain diberikan mainan ada juga yang benarkan anak anak makan sambil tengok handphone Dengan cara itu anak akan seronok untuk makan sebab dapa...
Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 231 hits
SEJAK kerajaan membuka pintu sempadan negara secara selamat penghujung tahun lalu kita dapat menyaksikan perkongsian warganet mengenai momen pertemuan mereka dengan insan tersayang yang terpisah gara gara C0vldl9 Begitu juga pasangan ini ya...
Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 211 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas pulang ke pangkalan Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak anak tersebut telah berjaya me...
Hiburan Luluh Hati Tengok Lelaki Lalok Terajang Bapa Tiri Gara Gara Tak Dapat Duit Beli Dadah

Hiburan Luluh Hati Tengok Lelaki Lalok Terajang Bapa Tiri Gara Gara Tak Dapat Duit Beli Dadah

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 291 hits
Gara gara berang kerana bapa tiri enggan memberikan wang untuk membeli dadah seorang lelaki dilihat telah bersikap agresif apabila menendang dan memukul orang tuanya itu hingga cedera manakala si ibu di sisi hanya mampu melihat tanpa mampu ...
Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 205 hits
VIDEO memaparkan seorang kanak kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al Mulk meraih pujian ramai di media sosial Kanak kanak tersebut Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir 9 sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan Pendang Kedah d...
Selalu Gosip Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial Mama Jangan Paksa Paksa

Selalu Gosip Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial Mama Jangan Paksa Paksa

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 189 hits
Kadang tengok anak suka menyendiri tak pandai bersosial tak suka berkawan mama jadi risau Tengok kanak kanak lain elok je berkawan bermain bersama Bila dalam kelas dapat pula aduan anak tak aktif berat sangat nak bercakap sudahnya mama cuba...
Tak Perlu Semua Benda Nak Perfect Mak Ayah Cool Lagi Relaks Nak Mendidik Anak

Tak Perlu Semua Benda Nak Perfect Mak Ayah Cool Lagi Relaks Nak Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 193 hits
Mak ayah selalu jadi penat hanya disebabkan mahu lebih dari anak Semuanya jika boleh kelihatan sempurna Hakikatnya kita perlu mengikut rentak anak malah sentiasalah memberi anak ruang dan yang penting jadikan ibu ayah yang tenang dan tidak ...
Tanpa Belas Ihsan Lelaki Lelaki Tumbuk Tendang Kepala Warga Emas Selepas Tak Dapat Wang Untuk Beli Dadah

Tanpa Belas Ihsan Lelaki Lelaki Tumbuk Tendang Kepala Warga Emas Selepas Tak Dapat Wang Untuk Beli Dadah

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 206 hits
Hari ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menendang kepala bapanya selepas dipercayai tidak mendapat duit untuk membeli dadah Dalam video tersebit kelihatan seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala warga emas itu...
Bapa Maut Anak Cedera Motosikal Dirempuh Kereta

Bapa Maut Anak Cedera Motosikal Dirempuh Kereta

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 184 hits
Bapa maut anak cedera motosikal dirempuh kereta Seorang bapa maut manakala anak lelakinya berusia empat tahun cedera selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50 Jalan Ipoh Kuala Lumpur berhampiran...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa