Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar




PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi sabitan kes liwatnya.
Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mahkamah membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka, untuk membatalkan saman itu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong memutuskan dakwaan Mohd Khairul Azam terhadap perayu jelas tidak kukuh kerana beliau tidak menyatakan sebarang alasan, tindakan terhadap mereka.
Dalam penghakimannya, Hakim Has Zanah yang mengetuai panel hakim itu berkata, Mohd Khairul Azam tidak mempunyai hak untuk mempersoal pengampunan atau nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu kepada Yang-di Pertuan Agong dalam memberi pengampunan.
"Kami mendapati proses pengampunan dan pemberian pengampunan oleh Yang-di Pertuan Agong kepada perayu (Anwar) tidak dalam apa cara pun, menyerang peribadi atau undang-undang atau sebarang hak atau kepentingan responden (Mohd Khairul)," katanya.
Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan pelaksanaan hak pengampunan diraja tidak dapat diubah atau disahkan oleh mahkamah dan oleh itu, tidak dapat diadili.
Kuasa pengampunan terdapat mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kata beliau dan menambah kuasa itu tidak terhad hanya kepada hukuman tetapi juga atas sabitan.
Beliau berkata, mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan apabila tidak mengikuti senarai kuasa mahkamah yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Hakim itu berkata, mahkamah juga mendapati Lembaga Pengampunan dibentuk secara sah dan betul mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Pada 21 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula itu, selepas memutuskan Mohd Khairul Azam, mempunyai locus standi bagi memulakan saman itu kerana beliau orang awam dan berkelayakan sebagai peguam.
Anwar, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan Mohd Khairul Azam tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman itu, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula itu pada 26 Februari tahun lalu, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan diambil, bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Peguam itu mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya, pada ketika itu, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Dalam prosiding secara dalam talian semalam, mahkamah mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak Lembaga Pengampunan serta peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Mohd Khairul Azam.
Sri Ram berhujah hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk tidak mematuhi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sim Kie Chon lawan Superintenden Penjara Pudu & lain yang menyatakan kuasa pengampunan yang diperuntuk mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan hak belas kasihan, hanya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri di Malaysia.
Suzana berhujah Mohd Khairul Azam mesti membuktikan bagaimana beliau terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan dan alasan yang diberikan dalam pernyataan tuntutannya tidak memenuhi prinsip undang-undang yang ditetapkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini.
Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri dalam hujahnya berkata, hanya ada pengampunan ke atas hukuman dan bukan atas sabitan dan menambah isu-isu itu tidak pernah diputuskan di mana-mana mahkamah dan saman perlu dibicarakan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/mahkamah-rayuan-batalkan-saman-peguam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 972 Pelaksanaan Hak Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Tidak B

Rentasan 972 Pelaksanaan Hak Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Tidak B

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 119 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9721 JUDI APAKAH INI CARA PULIHKAN EKONOMI 2 PENGAMPUNAN ANWAR SIAPA DALANG CABAR KUASA AGONG 3 MADU DIBERI TUBA DIBALAS 4 JANGAN ANAK TIRIKAN EKONOMI LUAR BANDAR
Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 170 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar cukai dan denda yang belum dibayar berjumlah RM1 69 bilion dan...
Peguam Gagal Cabar Pengampunan Penuh Anwar

Peguam Gagal Cabar Pengampunan Penuh Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 185 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman pemula seorang peguam untuk mencabar kesahan pengampunan penuh yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat Lembaga Pengampunan berhubung kes liwat melibatkan bekas pembantu...
Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 151 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian untuk memulakan tindakan undang undang terhadap tindakan pengusiran kerajaan Pahang Mahkamah juga mengeluarkan arahan yang membenarkan mereka kekal di kebun sementara menun...
Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 178 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9651 NAJIB DAN ANAK PERLU BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 2 MASIH ADAKAH CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG COVID 19 3 86 MATI KERANA COVID 19 DI LUAR HOSPITAL TANPA PEMANTAUAN 4 PAS ADALAH ZOMBIE AMANAH
Saman Fitnah Anwar Apa Pun Berlaku Perbicaraan Rayuan Kj Perlu Diteruskan Hakim

Saman Fitnah Anwar Apa Pun Berlaku Perbicaraan Rayuan Kj Perlu Diteruskan Hakim

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comMahkamah Rayuan membuat teguran terhadap permohonan pasukan peguam Khairy Jamaluddin untuk menangguhkan rayuannya yang sekian lama tertangguh terhadap saman fitnah yang difailkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim Lee Swee Seng...
Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim

Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 164 hits
Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal menghidupkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Ahli Parlimen ...
Muktamad Pengampunan Kepada Anwar Sah

Muktamad Pengampunan Kepada Anwar Sah

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 123 hits
Oleh MOHD SAYUTI OMAR September 25 2021Satu perkara yang tidak disedari dan perlu diberikan perhatian ialah bagaimana mahkamah di negara ini membuang masa dalam melayan kes kes perbicaraan yang tidak ada faedah dan untung kepada negara jauh...
Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 159 hits
BernamaMujahid selaku plaintif mendakwa kata kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat khususnya yang beragama Islam terlibat dalam aktiviti LGBT Gambar fail ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11