Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Feb ini untuk pengurusan kes saman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam atas dakwaan menerbitkan artikel memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din dalam talian (e-Review) pada 9 pagi.
Azam, 59, selaku plaintif memfailkan saman itu semalam melalui Tetuan Zain Megat & Murad dengan menamakan Lalitha, 39, sebagai defendan tunggal.
Pernyataan tuntutan Azam mendakwa defendan mengarang dua artikel bertajuk “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian 1) dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian Dua) yang pertama kali diterbitkan Lalitha dalam INS pada 26 Okt sebelum kedua-dua artikel itu diterbitkan semula pada 15 Dis lalu.
Plaintif mendakwa defendan turut berkongsi pautan artikel itu di Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kedua-dua artikel itu masih boleh diakses sekarang.
Azam mendakwa tajuk artikel itu sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif ialah penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.
Selain kedua-dua artikel dan ciapan di Twitter, plaintif mendakwa defendan turut membuat ciapan dengan menerbitkan semula kenyataan media peguamnya, Manjeet Singh Dhillon pada 9 Jan lalu.
Azam mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau memiliki saham dan waran bernilai jutaan ringgit, dengan wang pembelian saham dan waran diperoleh secara salah serta plaintif membuat pelaburan jutaan ringgit dalam tempoh singkat, selain tidak mengisytiharkan pembelian saham dan waran terbabit semasa beliau memegang jawatan Pengarah Siasatan SPRM.
Selain itu, plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud beliau dan adiknya melalui syarikat RI Intelligence Sdn Bhd terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti rahsia yang bercanggah di sisi undang-undang.
Dakwanya, kenyataan itu turut memfitnah SPRM secara keseluruhan dan defendan juga seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong yang melantik plaintif sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, selaras undang-undang sedia ada.
Azam juga mendakwa defendan menyalahgunakan peranan beliau sebagai wartawan penyiasat untuk memanipulasi dan mengelirukan orang awam bahawa kenyataan fitnah itu adalah benar, walaupun hakikatnya ia tidak benar serta bersifat spekulatif.
Plaintif berkata, surat tuntutan telah dikeluarkan supaya defendan memadam kenyataan fitnah itu dan memohon maaf, namun Lalitha melalui peguamnya mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa beliau berpegang teguh dengan artikel tersebut yang jelas tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
Dakwa Azam, penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar, oleh itu beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah itu diterbitkan semula, selain memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.
Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/saham-dakwaan-terbitkan-artikel-fitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 151 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam berikutan penerbitan sebuah artikel di por...
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 147 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Azam Baki Saman Lalitha

Azam Baki Saman Lalitha

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 136 hits
Azam Baki saman Lalitha Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki memfailkan tuntutan saman terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam berhubung penerbitan artikel di portal In...
Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 146 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki GAMBAR Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang undang atau rule of law di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang wenang...
Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 298 hits
Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik Nasir Baki bagi urusan pembelian saham Tambah Azam isu penggunaan akaun tersebut untuk me...
Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 189 hits
PUTRAJAYA Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau Pengerusi LPPR Tan Sri Abu ...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 128 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 171 hits
MALAYSIA POST SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang udang sama ada pegawai kanan atau tidak Ahli Parlimen ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan