Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal


Oleh UtusanTV Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki - GAMBAR: Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang-undang atau ‘rule of law’ di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang-wenangnya menghukum mereka melalui perang media, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata.
Ahmad Faizal Azumu Mengulas mengenai tuduhan urusniaga saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, semua pihak mesti memberi ruang supaya siasatan dapat dijalankan ke atas tuduhan tersebut.
“Beri ruang seluas-luasnya supaya siasatan dapat dijalankan tanpa prejudis oleh pihak berkuasa – baik Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan siasatan dalaman oleh SPRM sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, tuduhan yang membabitkan penjawat awam tidak seharusnya sewenang-wenangnya dihukum melalui perang media kerana adakalanya mereka dijadikan sasaran kerana ketegasan dalam menjalankan tugas.
“KP SPRM Tan Sri Azam Baki telah membuat penjelasan berkenaan isu ini pada 6 Januari 2022, menunjukkan integriti beliau yang tinggi sebagai penjawat awam yang mengamalkan sifat keterbukaan.
“Kerelaan beliau untuk disiasat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji dan isu kebertanggungjawaban beliau sebagai KP SPRM tidak harus dibangkitkan di dalam hal ini,” katanya.
Ahmad Faizal berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Januari 2022 yang menyatakan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa juga menolak dakwaan kerajaan berdiam diri di dalam kes tersebut.
Katanya, penjelasan oleh Datuk Dr Marzuki Mohamad, bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga menunjukkan bahawa pelantikan Azam Baki adalah di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Di bawah seksyen ini, KP SPRM dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” tambahnya.
Katanya, suara-suara yang nyaring di dalam media yang menggembar-gemburkan isu urusniaga saham tersebut dan mahu Azam Baki dilucutkan jawatan nampaknya mempunyai agenda tertentu apabila tidak menurut ‘rule of law’ di mana ‘innocent until proven guilty’ (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah) adalah asas keadilan.
“Nampaknya, mereka ingin menghukum Azam Baki sebelum ada perbicaraan dan bukti yang kukuh menurut undang-undang negara,” katanya.
Beliau berkata, agensi SPRM adalah amat penting di dalam agenda membanteras rasuah dan perang media sebegini untuk memulaukan Azam Baki dengan memainkan isu sebegini nampaknya bertujuan memberi persepsi negatif kepada reputasinya sebagai Ketua Pengarah dan SPRM sendiri.
Penjawat awam, khasnya SPRM perlu terus menjalankan tugas mereka dengan berani dan tidak harus takut menjalankan amanah mereka hanya kerana ada pihak tertentu yang berkomplot menjatuhkan imej penjawat awam sebelum ada bukti kukuh dan perbicaraan mahkamah, katanya. – UtusanTV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kes-azam-baki-beri-peluang-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 186 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Wujud Agenda Hukum Azam Baki Sebelum Terbukti Bersalah Dakwa Peja

Wujud Agenda Hukum Azam Baki Sebelum Terbukti Bersalah Dakwa Peja

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 258 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata pihak pihak yang lantang bersuara berhubung tuduhan isu urusniaga saham yang melibatkan KP SPRM itu jelas tidak menurut rule of law di mana innocent until proven guilty adalah asas keadilan PETALING JAYA Timbalan ...
Sidang Khas Parlimen Mesti Dipanggil Selesai Kes Azam Baki

Sidang Khas Parlimen Mesti Dipanggil Selesai Kes Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 382 hits
Pakatan Harapan memandang berat isu kontroversi berkaitan pemilikan saham dalam syarikat Bursa Malaysia oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang melumpuhkan kredibiliti SPRM di mata rakyat malah j...
Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Feb ini untuk pengurusan kes saman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam atas dakwaan ...
Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 272 hits
The Azam Baki Case is a perfect example of the Failure of Ketuanan Melayu Mail s Malaysian Family Sila sokong kerja saya untuk mencipta video yang lebih bermaklumat Patreon Website Facebook Twitter Instagram
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 213 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 236 hits
MALAYSIA POST SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang udang sama ada pegawai kanan atau tidak Ahli Parlimen ...
Azam Baki Bebas Tanpa Siasatan Lemah Pm Semakin Terserlah

Azam Baki Bebas Tanpa Siasatan Lemah Pm Semakin Terserlah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 180 hits
Di samping deretan kelemahan sedia ada pada Ismail Sabri Yaakob kekal terpahat menjadikannya Perdana Menteri paling gagal malah lebih gagal berbanding pendahulunya Mahiaddin Md Yasin kegagalan beliau berbuat sesuatu yang meyakinkan dalam ko...
Hadi Seemingly Backing Macc S Azam Baki Claims Trial By Media Make Clean Officials Lame Ducks

Hadi Seemingly Backing Macc S Azam Baki Claims Trial By Media Make Clean Officials Lame Ducks

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 228 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang hit out at the media today accusing them of playing judge and executioner in the stock trading controversy implicating MACC chief Tan Sri Azam Baki Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Jan 9 PAS pre...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Menu Hari Raya 2025

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bapa Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta 1 Syawal Paling Bermakna

Hantar Anak Ke Mrsm Fedtri Yahya Iringi Doa Buat Anak Selamat Berjuang Kakak

Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi