Kes Azam Baki Bukan Peribadi Tetapi Kerosakan Sistem



Kes yang berlingkar di sekitar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bukanlah isu peribadi, tetapi berpotensi memberi kesan buruk kepada seluruh sistem pentadbiran.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam siaran media beliau malam ini.
Menurut Anwar, kes kes yang dibiarkan dan tidak disiasat pada peringkat awal akhirnya membebankan negara dan hanya memperkuat budaya serta jaringan korupsi dalam pemerintahan.
“Perdana Menteri (dalam kes Azam Baki) nampak seolah olah tidak berfungsi. Menteri seolah mempertahankan. Ini isu besar, bukan isu Azam seorang. Dia melihatkan seluruh sistem dalam negara. Bila ada toleran terhadap rasuah, maknanya seluruh sistem itu terkesan.
“Kita beri contoh 1Malaysian Development Berhad (1MDB), tidak mungkin berlaku ke tahap ini tanpa penglibatan institusi dan tokoh tokoh. SPRM, Peguam Negara, siasatan polis, Bank Negara Malaysia dan juga para elit.
“Jangan pandang ringan. Negara ini mendapat imej begitu buruk. Sebab itu saya tidak heran kita jerit, sanggah, mengapa tidak ada siasatan telus terhadap beberapa laporan? Puluhan tahun, yang jadi PM, Menteri kewangan, Ketua Menteri kerjanya memunggah kekayaan peribadi dan simpan di luar negara. Siasatan tidak ada,” katanya.
Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyalahkan sistem politik yang telah terbelit rasuah sejak sekian lama sehingga tidak mampu lagi bertindak rasional menghadapi pelaku rasuah.
Malah, katanya sekiranya bertindak pun memilih bulu dan tidak secara telus mahu membenteras korupsi
“Spanco (syarikat pembekal kenderaan rasmi kerajaan) saya bawa di Parlimen, menteri elak jawab, SPRM tidak berfungsi. Kalau diluahkan oleh Ketua Pembangkang pun tidak punyai kesan, apa harapan? Sistem politik itu sebenarnya mempunyai hubung kait dengan segala kebobrokan rasuah yang berlaku.
“Saya tanya mengapa syarikat bayar RM600 juta diberikan, kenapa tidak yang lain. Siapa punya kepentingan?
“Kalau nak cakap tentang rasuah (ada tokoh politik) kita pilih pilih. Yang ini tidak boleh, kerana bayar kita. Sebab itu ada kalangan rakyat yang mencurigai tokoh politik dan parti politik (tertentu) kerana nampak hebat menyuarakan, tetapi memilih.
“Rasuah bukan perkara baru. Yang terpalit terlalu ramai. Mantan pemimpin anak anak, kroni terlalu banyak. Ini bukan soal politik ini untuk menyelamatkan negara,” katanya.
Anwar juga memberi amaran agar rakyat jangan terlalu selesa setelah kes 1MDB dibicarakan. Katanya, terdapat potensi baharu yang akan menggantikan 1MDB, iaitu Digital Nasional Berhad (DNB), yang ditubuh untuk menjalankan perniagaan spektrum 5G pada era darurat 2021 lalu
“Sekarang DNB, saya sebut kalau tak waspada lebih parah daripada 1MDB. Ada orang pertahan. Mengapa dipilih syarikat begini, mana tender, siapa urus, berapa komisennya?
“Rasuah sudah sistemik dan menjalar ke seluruh sistem. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Rakyat mudah diperdaya dengan sedikit wang dan kekuatan media. Seorang tokoh politik tetapi sekongkol dengan kelompok rasuah punya benteng kewangan besar, boleh pamer kehebatan tetapi bukan penyelesaian kepada rakyat.
“Kita mendesak kerajaan PM Ismail Sabri ambil ketetapan tegas. Adakah saya optimis. Tidak, sebab kelompok yang mendukung terlalu ramai terpalit, takut SPRM tidak berani menyanggah. Oleh yang demikian keadaan tidak bertambah baik,” katanya.
Selain itu, Anwar mengingatkan agar rakyat Malaysia melawan rasuah secara tegas dan tidak terpesona dengan bangsa, agama atau kehebatan seseorang tokoh politik, sama ada menggunakan nama Melayu atau agama Islam.
“Tahap ini adalah tahap kebangkitan rakyat untuk menyatakan isu apa yang mahu disisat, DNB, Spanco dan lain lain. Siapa yang bertanggungjawab harus dikesan.
“Saya mahu rakyat melihat isu rasuah ini sebagai bencana, jenayah yang akan menyebabkan rakyat terutama yang miskin terus menderita.
“Ketirisan berlaku dalam projek rakyat biasa. Subsidi minyak, bantuan rakyat miskin pun tiris. Ini dalam Laporan Ketua Audit Negara. Belaku tahun demi tahun tanpa tindakan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33834

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 233 hits
MALAYSIA POST SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang udang sama ada pegawai kanan atau tidak Ahli Parlimen ...
Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 201 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam berikutan penerbitan sebuah artikel di por...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 177 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Kes Azam Baki Menjadikan Sprm Perlu Diletak Di Bawah Parlimen

Kes Azam Baki Menjadikan Sprm Perlu Diletak Di Bawah Parlimen

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 263 hits
Sekiranya Azam Baki tidak bersedia untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab mengenai pertuduhan berat terhadap beliau yang dibuat dua bulan yang lepas Ismail Sabri perl...
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 197 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Feb ini untuk pengurusan kes saman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam atas dakwaan ...
Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 269 hits
The Azam Baki Case is a perfect example of the Failure of Ketuanan Melayu Mail s Malaysian Family Sila sokong kerja saya untuk mencipta video yang lebih bermaklumat Patreon Website Facebook Twitter Instagram
Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 215 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki GAMBAR Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang undang atau rule of law di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang wenang...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minyak Pemacu Utama Dan Prospek Pasaran Untuk Minggu Ini

Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

Fandi Akui Tugas Sukar Melayan Kunjungan Kuching City Fc Esok Baki 60 Minit Untuk Sri Pahang Fc Bangkit

Pekerja Kilang Buat Panggilan Video Dengan Bekas Kekasih Sebelum Terjatuh Ke Dalam Sungai Kuantan

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Polis Sahkan Wanita Warga Jepun M Ut Jatuh Kondo Adalah Isteri Ridzokumura