Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm


 



January 10, 2022 Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri ketika itu sewajarnya memastikan pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum melantik Azam ke jawatan berkenaan pada Mac 2020.
Azalina yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) turut mempersoalkan sama ada isu pemilikan saham membabitkan Azam ada diketengahkan pada ketika itu.
“Adakah perkara melibatkan Tan Sri Azam Baki dibawa ke perhatian (atau dibangkitkan sebagai isu) oleh Jawatankuasa Aduan SPRM di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009 sebelum atau semasa pelantikannya?
“Akhir sekali, kalau boleh saya mencadangkan supaya SPRM menjadi suruhanjaya di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.
Pada masa sama, Azalina mempersoalkan keperluan untuk menubuhkan lebih banyak jawatankuasa bebas atau badan pengawasan dalam SPRM.
Beliau berkata, berdasarkan Seksyen 14 Akta SPRM 2009, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Julai tahun lalu dan dianggotai tiga Senator, dua ahli Parlimen serta dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
“Secara prosedurnya, Jawatankuasa Khas ini menjalankan pengawasan terhadap Badan Penasihat SPRM yang berada di bawah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di bawah Seksyen 13 akta yang sama dan jelas. Terdapat dua badan pengawasan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Seksyen 15 akta itu juga membenarkan Jawatankuasa Aduan untuk memantau kelakuan pegawai SPRM,” jelas beliau.
Pada Rabu lalu, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam sidang akhbar menjelaskan bahawa beliau berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan memiliki saham dengan nilai jutaan ringgit.
Menurut Abu Zahar, hasil penjelasan Azam, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.
Katanya, LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ dalam perkara tersebut.
Azam pula mengulangi pendirian bahawa beliau tidak bersalah berhubung kontroversi pemilikan saham berkenaan dan bersedia untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Malah, beliau turut bersedia untuk menghadap Jawatankuasa Aduan SPRM sekiranya dipanggil untuk disoal siasat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/azalina-persoal-muhyiddin-lantik-azam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bukan Saya Lantik Azam Baki Hanya Ikut Prosedur Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hiburan Bukan Saya Lantik Azam Baki Hanya Ikut Prosedur Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 235 hits
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah memilih Tan Sri Azam baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika di bawah pemerintahannya se...
Muhyiddin Nafi Lantik Namun Azam Baki Maklum Sebaliknya

Muhyiddin Nafi Lantik Namun Azam Baki Maklum Sebaliknya

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 366 hits
Muhyiddin Nafi Lantik Namun Azam Baki Maklum Sebaliknya Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menafikan dia memilih Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum ini Sebaliknya Muhyiddin ...
Bekas Pm Gagal Muhyiddin Tak Mengaku Lantik Azam Baki Semasa Jadi Pm

Bekas Pm Gagal Muhyiddin Tak Mengaku Lantik Azam Baki Semasa Jadi Pm

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 248 hits
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak tertentu tidak mengheret beliau dalam kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki Menurutnya walaupun pelantikan Azam dibua...
Marah Betul Mat Sabu Tegur Hadi Awang Sprm Azam Baki Saham

Marah Betul Mat Sabu Tegur Hadi Awang Sprm Azam Baki Saham

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 300 hits
Presiden AMANAH VS Presiden PAS Mohamad Sabu vs Haji Hadi Awang Perbalahan dan pertentangan pendapat antara dua tokoh ini memang tidak putus putus Kali ini Mat sabu mengecam hadi awang dalam isu Ketua SPRM Azam Baki Hadi Awang yang tetak me...
Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 207 hits
Kesemua ahli Lembaga penasihat pencegahan Rasuah LPPR suruhan raya pencegahan rasuah malaysia perlu meletakkan jawatan dan dipertanggung jawabkan berhubung isu melibatkan pemilikan jutaan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki Itu lah ...
Azam Baki Kian Terbelit Di Semua Sudut Demi Sprm Letak Jawatan Langkah Terpujinya

Azam Baki Kian Terbelit Di Semua Sudut Demi Sprm Letak Jawatan Langkah Terpujinya

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 259 hits
Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi Bagi tujuan menepis dakwaan sekaligus ...
Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 284 hits
YB Fahmi Fadzil YB Akmal Nasir YB Maszlee Malik YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah
Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA POST SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang udang sama ada pegawai kanan atau tidak Ahli Parlimen ...
Rasuah Sprm Sampai Bila Anwar Berhenti Bercakap Saham Azam Baki

Rasuah Sprm Sampai Bila Anwar Berhenti Bercakap Saham Azam Baki

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 282 hits
Sudah sekian lama Anwar Ibrahim bercakap isu RASUAH dan SPRM ini Pemimpin silih berganti Rasuah semakin menjadi jadi Isu boss SPRM Azam Baki adalah kemuncak kegagalan negara menanangi masaalah rasuah sekarang Sampai bila Anwar Ibrahim akan ...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru