Mahkamah Rizal Mansor Dakwa Rm5 Juta Sumbangan Politik Untuk Najib Dan Bn





KUALA LUMPUR -- Wang RM5 juta yang diterima daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berhubung projek solar hibrid di Sarawak adalah 'sumbangan politik' kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN), Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Perkara berkenaan dicadangkan oleh peguam bela dalam perbicaraan Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi, dan dipersetujui saksi pendakwaan ke-21, Datuk Rizal Mansor.
Terdahulu, bekas pegawai khas Rosmah itu bersetuju dengan peguam Datuk Jagjit Singh bahawa RM5 juta yang disifatkannya sebagai 'sumbangan politik' tidak dimaksudkan untuk isteri bekas perdana menteri itu.
Jagjit: Adakah kamu setuju ia (RM5 juta) diperuntukkan kepada Datuk Seri Najib untuk digunakan pada pilihan raya akan datang.
Rizal: Betul.
Jagjit: Sumbangan yang diminta dan diterima daripada Jepak, Saidi dan Rayyan (rakan kongsi Saidi - Rayyan Radzwill Abdullah) disalurkan menerusi anda, kemudian Rosmah dan akhirnya diberikan kepada Najib.
Rizal: Saya tidak boleh mengesahkannya.
Jagjit: Tapi dalam keterangan, kamu menyatakan ia adalah sumbangan politik untuk Najib.
Rizal: Tujuan untuk Najib, ya. Dari segi pelaksanaannya, saya tidak dapat mengesahkan.
Semalam, saksi utama pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa Jepak berhasrat untuk memberi sumbangan kepada Najib sebagai penghargaan kepada bekas perdana menteri itu dalam membantu syarikat itu memperoleh projek solar hibrid serta bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
Mengenai RM500,000 yang diterimanya daripada Saidi dan Rayyan pada Disember 2016, Rizal yang telah diletakkan di bawah program perlindungan saksi, berkata pada awalnya beliau tidak tahu wang itu adalah sebahagian daripada pembayaran RM5 juta.
Rizal: (Berkenaan RM500,000) dia (Saidi) cuma cakap nak datang (rumah) melalui telefon dan dia sebut dia cuma nak serahkan ‘durian musang king’ yang saya faham apa maksud ‘durian musang king’ itu.
Jagjit: Jadi (musang king) itu isyarat untuk wang korup. Kamu tahu mereka (Saidi dan Rayyan) datang ke rumah kamu untuk menyerahkan ‘musang king’, wang korup.
Rizal: Ya.
Rizal bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Jagjit bahawa beliau memberi keterangan palsu berhubung RM5 juta yang dihantar ke kediaman rasmi Rosmah di Kompleks Seri Perdana pada Disember 2016, hari yang sama beliau menerima RM500,000.
Saksi itu, yang telah dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan meminta dan menerima suapan bagi dirinya dan Rosmah berhubung projek pembekalan dan pemasangan solar hibrid pada 8 Jan, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau telah mengambil wang RM5 juta itu.
Jagjit: Saya katakan kepada kamu, keterangan kamu (bahawa RM5 juta dihantar ke Seri Perdana) merupakan keterangan palsu kerana Rosmah tidak berada di Sri Perdana sebaliknya di Langgak Duta (rumahnya).
Rizal: Saya tidak setuju.
Jagjit: Apabila kamu menerima RM500,000, ia adalah bonus kepada kamu, RM5 juta ditambah RM500,000. Kamu ‘kebas’ duit (RM5 juta), itu yang sebenarnya.
Rizal: Saya sangat tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ditangguhkan sehingga Khamis ini selepas peguam itu memaklumkan mahkamah bahawa Rosmah sakit gigi dan perlu berjumlah doktor.  
Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/mahkamah-rizal-mansor-dakwa-rm5-juta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Polis Nama Evo Tak Ikut Hantar Rm5 Juta Untuk Lindungi Boss Rizal

Pegawai Polis Nama Evo Tak Ikut Hantar Rm5 Juta Untuk Lindungi Boss Rizal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 337 hits
878 total views 352 views today KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau menurunkan seorang pegawai polis dikenali sebagai Evo di Pejabat Perdana Menteri sebelum menghantar kedua dua beg mengandungi...
Rosmah Terima Wang Rm6 5 Juta Daripada Saidi Rizal Mansor

Rosmah Terima Wang Rm6 5 Juta Daripada Saidi Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 490 hits
206 total views 206 views today KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima wang tunai RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Ab...
Rizal Mansor Rosmah Teima Wang Tunai Rm6 5 Juta Daripada Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings

Rizal Mansor Rosmah Teima Wang Tunai Rm6 5 Juta Daripada Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima wang tunai RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai upah memban...
Rizal Mansor Pegawai Rosmah Sama Kaya Dengan Najib Rosmah

Rizal Mansor Pegawai Rosmah Sama Kaya Dengan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 282 hits
KAYA betul pegawai pegawai Najib Razak dan Rosmah Mansor Kita harap makcik yang pernah hadiahkan rantai kepada Najib tak terlepas baca laporan dari mahkamah mengenai pegawai Rosmah RIZAL MANSOR Ceritanya begini Umur Rizal 45 tahun Rumah ber...
Rizal Mansor Admits To Taking Almost Rm1m From Jepak Holdings While Working For Rosmah Calls It Political Donation

Rizal Mansor Admits To Taking Almost Rm1m From Jepak Holdings While Working For Rosmah Calls It Political Donation

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 325 hits
Datin Seri Rosmah Mansor s former aide Datuk Rizal Mansor told the High Court today that he had accepted nearly RM1 million in what he called political donations from Jepak Holdings managing director Saidi Abang Samsudin and the latter s bu...
Rizal Mansor Pocketed 90 Of Money Meant For Umno Cybetroopers

Rizal Mansor Pocketed 90 Of Money Meant For Umno Cybetroopers

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 268 hits
Millions were allocated every month but pittance was paid out to Umno bloggers and cybertroopers The High Court was told today that bloggers like Papagomo Parpukari and The Unspinners were among 40 cybertroopers paid by Datin Seri Rosmah Ma...
A Aida Dakwa Tolak Lamaran Rm20 Juta

A Aida Dakwa Tolak Lamaran Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 256 hits
Penerbit filem Ratu Kala Jengking Datuk A Aida yang kembali solo tahun lalu mendakwa menolak tawaran RM20 juta untuk dijadikan isteri kedua Aida 50 mendakwa seorang jejaka berstatus suami orang membuat tawaran itu kira kira tiga bulan lalu ...
Rosmah Dilihat Sebagai Isteri Pm Yang Garang Boleh Pengaruhi Pm Rizal Mansor

Rosmah Dilihat Sebagai Isteri Pm Yang Garang Boleh Pengaruhi Pm Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 309 hits
Datuk Rizal Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau berpandangan nbsp warga perkhidmatan awam takut kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sebagai isteri perdana menteri yang garang dan boleh mempengaruhi perdana me...
Bekas Su Politik Dakwa Langkah Sheraton Dapat Restu Dr M

Bekas Su Politik Dakwa Langkah Sheraton Dapat Restu Dr M

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 521 hits
mhdaily netSenator Muhammad Zahid Md Arip bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad menafikan tuduhan menjadi pencetus Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Bagaimanapun Zahid mengakui bersama pihak lain te...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid