Rizal Mansor Rosmah Teima Wang Tunai Rm6 5 Juta Daripada Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings


KUALA LUMPUR -- Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima wang tunai RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan kontrak bagi projek solar hibrid di Sarawak.
Bekas pegawai khas Rosmah itu berkata wang tunai, masing-masing RM5 juta dan RM1.5 juta telah dihantar kepada Rosmah secara berasingan di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada penghujung Disember 2016 dan di Langgak Duta, di sini, awal September 2017.
Rizal, 46, berkata pada penghujung Disember 2016, Saidi telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau bersedia membayar RM5 juta iaitu sebahagian daripada wang RM187.5 juta yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada isteri bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata Rosmah kemudian telah mengarahkannya menghantar wang berkenaan ke kediaman rasminya di Seri Perdana kerana beliau berada di rumah berkenaan ketika itu dan apabila tiba di kediamannya, Rosmah mengarahkan dua ‘butler’nya (pelayan) untuk membawa kedua-dua bagasi yang mengandungi wang tunai RM5 juta masuk ke dalam rumah berkenaan.
"Saya kemudian telah berjumpa Datin Seri Rosmah bersama kedua-dua bagasi tersebut. Beliau kemudian bertanya kepada saya "berapa"? dan saya jawab "lima" bermaksud RM5 juta. Datin Seri Rosmah tidak membuka kedua-dua bagasi itu dan mengarahkan butler beliau untuk menghantar beg-beg tersebut ke dalam biliknya (Rosmah). Saya kemudian beredar dari situ," katanya ketika membacakan penyataan saksi pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata beberapa hari selepas itu, beliau ada bertanyakan kepada Rosmah sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan penerimaan wang tunai RM5 juta daripada Saidi.
"Beliau (Rosmah) telah memberitahu saya bahawa beliau memerlukan wang yang banyak untuk tujuan politik dan telah mengatakan kepada saya lebih kurang "pandai-pandailah minta dia orang jaga you". "Dia orang" yang dimaksudkan merujuk kepada Saidi dan Rayyan (Rayyan Radzwill Abdullah adalah rakan kongsi Saidi).
"Saya dapat rasakan bahawa beliau (Rosmah) berkata begitu kerana menyangka saya ingin meminta sedikit bahagian daripada wang itu untuk diri saya sendiri sebagai upah. Datin Seri Rosmah tidak tahu bahawa Saidi telah berjanji untuk memberikan RM25 juta kepada saya dan saya telah menerima sejumlah RM500,000 pada masa itu," katanya.
Rizal berkata selepas menerima RM5 juta itu, Rosmah kerap bertanya kepadanya berkenaan baki pembayaran yang perlu dibuat oleh Jepak kepada isteri bekas perdana menteri tersebut.
"Saya menerima soalan-soalan tersebut (daripada Rosmah) sebagai satu arahan kepada saya untuk mempercepatkan proses bagi mendapatkan baki pembayaran yang telah dijanjikan. Oleh sebab itu, saya ada beberapa kali mendesak Saidi untuk membayar baki tersebut kepada Datin Seri Rosmah dengan segera," katanya.
Menurut saksi utama pendakwaan itu, Saidi juga pernah memaklumkan kepadanya bahawa beliau ada membawa wang tunai RM1.5 juta dalam dua beg galas yang kemudiannya diletakkan di ruang tamu kedua rumah Rosmah di Langgak Duta pada awal September 2017.
"Saya juga nampak Datin Seri Rosmah mengarahkan butler beliau untuk membawa dua beg galas yang dibawa oleh Saidi ke dalam biliknya," katanya.
Sementara itu, Rizal berkata beliau mempunyai pengetahuan mengenai pertelingkahan yang berlaku antara Saidi dan Rayyan selepas Saidi tidak membayar bahagian yang dituntut oleh Rayyan dalam projek solar hibrid tersebut.
"Apa yang saya faham ialah Saidi telah melesapkan duit mereka dan Rayyan meminta saya untuk menceritakan salah laku Saidi kepada Datin Seri Rosmah. Saya telah meminta Rayyan untuk menyelesaikan sendiri masalahnya dengan Saidi dan saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa dalam pergaduhan itu.
"Oleh kerana saya enggan menyokong Rayyan, beliau telah mengugut saya dengan menyatakan beliau akan membongkarkan penglibatan Datin Seri Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Aazmey (Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Pahang, Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib) dan saya sendiri dalam penganugerahan projek solar hibrid kepada Jepak.
“Rayyan juga pernah beritahu saya bahawa beliau akan memastikan saya dipenjarakan atas penglibatan saya di dalam perkara itu," katanya
Menurut Rizal, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 dan selepas pendedahan dibuat oleh Sarawak Report, beliau telah disiasat berkenaan penglibatannya dalam penganugerahan projek solar kepada Jepak.
"Setelah saya mendapat tahu Saidi dan Rayyan ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya panik dan membuat keputusan untuk melarikan diri ke Jakarta. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia selepas saya tahu saya tidak boleh melarikan diri selama-lamanya dan perlu menghadapi keadaan ini.
"Pada hari saya hadir ke SPRM (untuk disiasat), saya telah ditahan dan direman selama enam hari. Seterusnya, saya telah dituduh di mahkamah atas empat pertuduhan," katanya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi.
Mengikut pertuduhan, Rosmah didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Isnin ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/rizal-mansor-rosmah-teima-wang-tunai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Terima Wang Rm6 5 Juta Daripada Saidi Rizal Mansor

Rosmah Terima Wang Rm6 5 Juta Daripada Saidi Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 492 hits
206 total views 206 views today KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima wang tunai RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Ab...
Rizal Mansor Admits To Taking Almost Rm1m From Jepak Holdings While Working For Rosmah Calls It Political Donation

Rizal Mansor Admits To Taking Almost Rm1m From Jepak Holdings While Working For Rosmah Calls It Political Donation

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 326 hits
Datin Seri Rosmah Mansor s former aide Datuk Rizal Mansor told the High Court today that he had accepted nearly RM1 million in what he called political donations from Jepak Holdings managing director Saidi Abang Samsudin and the latter s bu...
Rosmah Dilihat Sebagai Isteri Pm Yang Garang Boleh Pengaruhi Pm Rizal Mansor

Rosmah Dilihat Sebagai Isteri Pm Yang Garang Boleh Pengaruhi Pm Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 310 hits
Datuk Rizal Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau berpandangan nbsp warga perkhidmatan awam takut kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sebagai isteri perdana menteri yang garang dan boleh mempengaruhi perdana me...
Rosmah Gagal Halang Media Melaporkan Penyataan Saksi Rizal Mansor

Rosmah Gagal Halang Media Melaporkan Penyataan Saksi Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 294 hits
1 976 total views 1 976 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melarang media melaporkan bahagian tertentu dalam penyataan saksi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor y...
Mahkamah Rizal Mansor Dakwa Rm5 Juta Sumbangan Politik Untuk Najib Dan Bn

Mahkamah Rizal Mansor Dakwa Rm5 Juta Sumbangan Politik Untuk Najib Dan Bn

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Wang RM5 juta yang diterima daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berhubung projek solar hibrid di Sarawak adalah sumbangan politik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak da...
Jom Menangi Hadiah Wang Tunai Dengan Era Sinar Gegar Amp Zayan

Jom Menangi Hadiah Wang Tunai Dengan Era Sinar Gegar Amp Zayan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 246 hits
Hiburan Para pendengar radio ERA SINAR GEGAR dan ZAYAN berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan peraduan peraduan menarik Kini empat stesen radio ini menampilkan peraduan Gelak Khas ERA Negaraku Di SINAR Lagu 3 Saat GEGAR dan Panah Sun...
Rizal Denies Conspiring With Prosecution Against Rosmah

Rizal Denies Conspiring With Prosecution Against Rosmah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 195 hits
Datuk Rizal Mansor denied in the High Court here today that he had cut a deal with the prosecution to testify as crown witness against his former employer Datin Seri Rosmah Mansor in her corruption case in connection with the supply and ins...
Ex Aide Rosmah Never Solicited Money From Jepak For Herself

Ex Aide Rosmah Never Solicited Money From Jepak For Herself

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 221 hits
ROSMAH TRIAL A former aide to Rosmah Mansor told the Kuala Lumpur High Court today that the latter had never solicited money for herself as a reward to help Jepak Holdings secure the RM1 25 billion solar hybrid project for 369 rural schools...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping