Mahkamah Rayuan Benarkan 204 Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan


 

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan.
Panel tiga hakim, dianggotai Datuk Yaacob Md Sam, S Nantha Balan dan Datuk M Gunalan, membuat keputusan itu pada prosiding yang dijalankan menerusi aplikasi zoom.
"Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan untuk menangguhkan semua prosiding berhubung notis pengosongan sementara menunggu rayuan selesai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran untuk semakan kehakiman," kata peguam, Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif berkenaan.
Choon Jern juga berkata, tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan itu. Selain
Selain beliau, plaintif juga diwakili peguam, Brendan Navin Siva, Chua Pei Nee dan Lim Pit Feng.
Pada 23 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz menolak permohonan pekebun untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah berkenaan.
Hakim berpendapat, pekebun terbabit tidak seharusnya membuat permohonan itu kerana notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.
Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terbabit adalah penceroboh di tanah berkenaan dan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Pekebun memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 96 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Seramai 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos tahun lalu, manakala bakinya membuat permohonan sama pada 9 September.
Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan Farahah Mohd Nazari.
Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun berkenaan kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/mahkamah-rayuan-benarkan-penceroboh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King Dapatkan Kebenaran Semakan Notis Arahan Pengosongan Tanah Di Raub

Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King Dapatkan Kebenaran Semakan Notis Arahan Pengosongan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang Hakim D...
Penceroboh Musang King Dapat Tangguh Notis Arahan Kosong Tanah

Penceroboh Musang King Dapat Tangguh Notis Arahan Kosong Tanah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 288 hits
Tangguh sehingga rayuan mereka diselesaikan mahkamah PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub supaya menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan ...
Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King

Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 231 hits
CHOON Jern keluar dari Kompleks Mahkamah selepas pihak mahkamah menolak permohonan 204 pekebun Musang King Raub FOTO Farizul Hafiz AwangBERNAMAKuantan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sek...
Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 366 hits
KUANTAN Senario kawalan ketat di setiap penjuru kawasan termasuk sekitar simpang masuk ke tanah pencerobohan di Raub Pahang seperti didakwa Pertubuhan Pembela Pembela Islam dalam laporan sebelum ini hanya menggambarkan kegagalan kerajaan Pa...
Mb Penguatkuasaan Pengosongan Penerokaan Haram Musang King Raub Di Lakukan Segera

Mb Penguatkuasaan Pengosongan Penerokaan Haram Musang King Raub Di Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Tiada lagi tempoh masa akan diberikan kepada pekebun durian Musang King yang melakukan penerokaan haram di Raub apabila operasi penguatkuasaan bagi mengosongkan penerokaan haram itu akan dilakukan segera Menteri Besar Datuk Seri Wan...
204 Pekebun Musang King Gagal Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman

204 Pekebun Musang King Gagal Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 282 hits
BernamaDisember 23 2020Ahli ahli NGO memegang sepanduk di luar Mahkamah Tinggi Kuantan pada 9 Disember lalu berhubung kes semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah BernamaKUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak perm...
204 Penceroboh Tanah Raub Mesti Bayar Ganti Rugi Hasil Cukai

204 Penceroboh Tanah Raub Mesti Bayar Ganti Rugi Hasil Cukai

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 283 hits
PEMBELA pastikan RCI ditubuhkan siasat siri pencerobohan di Pahang BANGI Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memihak kepada kerajaan negeri Pahang Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam tetap mahu tiga tuntutannya terhadap pence...
Sakit Hati Dengan Penceroboh Pembela Nekad Ke Pejabat Daerah Raub

Sakit Hati Dengan Penceroboh Pembela Nekad Ke Pejabat Daerah Raub

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 261 hits
Harap perjuangan bebaskan tanah dari penjajah alaf baharu dipermudah BANGI Rentetan daripada pendedahan semalam Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam mengadakan kunjungan ke Pejabat Daerah dan Tanah Raub Kunjungan yang diketuai Naib Pengerusi...
Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 248 hits
Oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Foto NSTP KUANTAN Kerajaan negeri bersedia untuk meneruskan penguatkuasaan pengosongan tanah yang ditanam dengan durian Musang King secara haram di sekitar Raub dekat sini dalam temp...
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam

7 Tabiat Harian Mudah Untuk Kekal Sihat Secara Semulajadi

Salam Jumaat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

Munif Hijjaz Feat Fareast Asma Dzatun Nithaqain Chord