204 Pekebun Musang King Gagal Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman


 
BernamaDisember 23, 2020Ahli-ahli NGO memegang sepanduk di luar Mahkamah Tinggi Kuantan pada 9 Disember lalu berhubung kes semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah. - BernamaKUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan fizikal dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat
Siew berkata, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah
"Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini," katanya
Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara
Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat
"Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan
"Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965," katanya
Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar
Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 Sept dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden
Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak
Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd
Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/204-pekebun-musang-king-gagal-peroleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King Dapatkan Kebenaran Semakan Notis Arahan Pengosongan Tanah Di Raub

Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King Dapatkan Kebenaran Semakan Notis Arahan Pengosongan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 268 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang Hakim D...
Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King

Mahkamah Tolak Permohonan 204 Pekebun Musang King

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 222 hits
CHOON Jern keluar dari Kompleks Mahkamah selepas pihak mahkamah menolak permohonan 204 pekebun Musang King Raub FOTO Farizul Hafiz AwangBERNAMAKuantan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sek...
Syor Senarai Hitamkan Pekebun Haram Musang King

Syor Senarai Hitamkan Pekebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 218 hits
HARAKAH DAILY TEMERLOH Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap isu pekebun durian Musang King Raub telah mengesahkan bahawa perbuatan mereka tersebut selama berpuluh tahun adalah satu pencerobohan Pun begitu telah ada bayangan bahawa mer...
Durian Crepe Musang King Cake Kek Hari Jadi Dan Bunga Dari Flower Chimps

Durian Crepe Musang King Cake Kek Hari Jadi Dan Bunga Dari Flower Chimps

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah sampai ke hari ini tak putus putus lagi ucapan Selamat Hari Lahir dikirimkan melalui pm tepi Kita bukan artis tetapi kalau kita baik dengan orang orang tak akan lupakan kita Durian Crepe Musang King Cake kek ha...
Antara Tanah Rizab Melayu Dan Tanah Musang King

Antara Tanah Rizab Melayu Dan Tanah Musang King

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 368 hits
Tanah rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang Manakala tanah HARAM musang king tidak berkurang makin bertambah dan berleluasa Apa dah jadi Hairan sungguh yang HALAL tidak dijaga yang HARAM dibiarkan bermaharajalela Inilah kuasa...
Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 233 hits
Oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Foto NSTP KUANTAN Kerajaan negeri bersedia untuk meneruskan penguatkuasaan pengosongan tanah yang ditanam dengan durian Musang King secara haram di sekitar Raub dekat sini dalam temp...
Mb Penguatkuasaan Pengosongan Penerokaan Haram Musang King Raub Di Lakukan Segera

Mb Penguatkuasaan Pengosongan Penerokaan Haram Musang King Raub Di Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Tiada lagi tempoh masa akan diberikan kepada pekebun durian Musang King yang melakukan penerokaan haram di Raub apabila operasi penguatkuasaan bagi mengosongkan penerokaan haram itu akan dilakukan segera Menteri Besar Datuk Seri Wan...
Kelebihan Pm Berdoa Dan Kerajaan Pintu Belakang Gagal Kawal Covid 19

Kelebihan Pm Berdoa Dan Kerajaan Pintu Belakang Gagal Kawal Covid 19

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 321 hits
HAMDAN TAHAAsalamualaikum Pada awal covid 19 dan juga pada awal kerajaan PN rakyat memuji PM dan Ketua Pengarah KKM kononnya ada tiga orang ni negara kita selamat dari bahaya covid 19 1 Tan Sri Muhyudin Yasin 2 Dato seri Azmin Ali 3 Tan Sri...
Tukar Kepemimpinan Atau Ph Akan Gagal Pada Pru15 Kata Shafie

Tukar Kepemimpinan Atau Ph Akan Gagal Pada Pru15 Kata Shafie

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 248 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama Beliau berkata perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh pada kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan d...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn