Mahkamah Putuskan Sekolah Vernakular Sah Berperlembagaan


BERNAMA
Hakim berkata sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan tidak bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

Guru kelas bersama murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee, Segambut. Terdapat lebih 1,800 sekolah vernakular di seluruh negara dengan kira-kira setengah juta pelajar daripada komposisi kaum yang berbeza secara keseluruhan. Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang bukan Melayu untuk pengajaran di sekolah vernakular Cina serta Tamil bukanlah bagi tujuan rasmi, oleh itu, tidak bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata ketika ini, terdapat lebih 1,800 sekolah vernakular di seluruh negara dengan kira-kira setengah juta pelajar daripada komposisi kaum yang berbeza secara keseluruhan.
“Oleh itu, penggunaan bahasa terbabit tidak bercanggah dengan perlembagaan dan dilindungi di bawah pengecualian dalam Perkara 152(1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.
“Tafsiran yang benar dan tepat kesemua proviso ini dalam Perkara 152(1) tidak menghalang penubuhan dan penyelenggaraan sekolah vernakular sebagai sekolah jenis kebangsaan yang turut menggunakan kurikulum kebangsaan seperti yang diterima pakai oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan negara,” katanya.
Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas menolak saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) yang memohon deklarasi bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan di bawah Perkara 152(1) mentakrifkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Beliau juga memutuskan bahawa tidak ada asas untuk menyatakan bahawa penubuhan serta kewujudan sekolah vernakular adalah tidak konsisten atau bercanggah dengan Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim itu berkata dalam apa jua keadaan, tidak pernah dibuktikan bagaimana penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular telah mencabuli hak asasi mana-mana orang seperti yang dijamin dalam Perkara terbabit di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Kemasukan ke sekolah vernakular adalah satu pilihan. Sukar untuk melihat bagaimana penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil melanggar hak asasi mana-mana orang di bawah Perlembagaan,” katanya.
Nazlan juga berkata mahkamah secara amnya akan lebih cenderung kepada keperlembagaan sesuatu statut atas dasar bahawa Parlimen memahami dan menghargai keperluan rakyat.
“Ini juga telah disifatkan sebagai tangguhan kehakiman iaitu mahkamah hendaklah mematuhi keputusan badan perundangan yang dipilih secara demoraktik. Ia juga adalah aspek penting kepada doktrin pengasingan kuasa,” katanya.
Hakim itu juga berkata ini adalah sebab mengapa penghakimannya lebih memfokus kepada tafsiran Perkara 152(1) dan tidak mendalami isu peranan bahasa kebangsaan dalam mempromosi identiti serta perpaduan nasional, atau perjalanan berterusan pembinaan bangsa.
Beliau berkata persoalan kritikal mengenai standard pembelajaran dan pengajaran di semua sekolah, sama ada sistem pendidikan negara benar-benar inklusif, dan sama ada kemajuan serta kecemerlangan akademik diutamakan berbanding perkara lain adalah isu yang sebaiknya ditangani oleh Eksekutif dan Badan Perundangan.
Dalam saman yang difailkan pada Disember 2019, ketiga-tiga plaintif telah menamakan kerajaan dan 13 lagi sebagai defendan.
Antaranya ialah Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) serta empat parti politik iaitu MIC, MCA, Gerakan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/mahkamah-putuskan-sekolah-vernakular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan saman tiga buah NGO bagi mencabar keabsahan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan Perkara ini disahkan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla sejurus ...
Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 347 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla Harap dapat diselesaikan di peringkat lanjut medan mahkamah 1 PADA 16 12 2019 firma guaman Amelda Fuad Abi Adil telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak dua pertubuhan NG...
Wujud Perbezaan Dalam Sistem Pembelajaran Kerana Sekolah Vernakular

Wujud Perbezaan Dalam Sistem Pembelajaran Kerana Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 332 hits
Mahu rakyat bersatu padu tapi masih kekalkan polisi pecah belah kaumKUALA LUMPUR Meskipun sedikit kecewa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes sekolah vernakular tidak memihak kepada empat badan bukan kerajaan namun ia tidak ...
Di Singapura Indonesia Thailand Filipina Dll Tak Ada Pun Sekolah Vernakular

Di Singapura Indonesia Thailand Filipina Dll Tak Ada Pun Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 267 hits
Vernakular Bola kini di tangan kerajaan serius atau pun tidak KUALA LUMPUR Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menghormati keputusan Mahkamah Tinggi hari ini berhubung keabsahan sekolah vernakular dan...
Sekolah Vernakular Diiktiraf Sebelum Merdeka Lagi Kata Hakim

Sekolah Vernakular Diiktiraf Sebelum Merdeka Lagi Kata Hakim

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Sekolah vernakular telah lama diiktiraf dalam rangka kerja perundangan sistem pendidikan sebelum Merdeka dan wujudnya Perlembagaan Persekutuan kata seorang hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata ini terbukti dal...
Silap Pemimpin Dahulu Biarkan Sekolah Vernakular Wujud

Silap Pemimpin Dahulu Biarkan Sekolah Vernakular Wujud

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 281 hits
BANGI Malangnya apabila sekolah vernakular yang jelas menjadi punca tidak tercapainya perpaduan antara kaum masih wujud hingga sekarang Tidak dinafikan kewujudan sekolah vernakular ini disebabkan salah percaturan daripada pemimpin lama yang...
Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan

Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 338 hits
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyatakan bahawa dasar sekolah vernakular merupakan antara masalah utama yang masyarakat di Malaysia perlu selesaikan dalam menghapuskan jurang sosial antara kaum di Malaysia Dalam ucapan beliau di forum Prinsip ...
Bila Cuti Sekolah Walimatulurus Dan Berkhatan Memang Waktunya

Bila Cuti Sekolah Walimatulurus Dan Berkhatan Memang Waktunya

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 291 hits
BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SEJAK PC KECIL ini sudah menjadi satu kebiasaan Bukan lagi suatu yang aneh Kalau cuti sekolah je dua s...
Kenapa Pilih Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Dari Dulu Hingga Sekarang

Kenapa Pilih Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Dari Dulu Hingga Sekarang

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum Selamat Petang Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Tak lama lagi Sarawak akan beralih ke fasa 4 Plan Pemulihan Negara Itu bermakna sekolah juga akan mula beroperasi Menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan seko...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi