Sekolah Vernakular Diiktiraf Sebelum Merdeka Lagi Kata Hakim


KUALA LUMPUR: Sekolah vernakular telah lama diiktiraf dalam rangka kerja perundangan sistem pendidikan sebelum Merdeka dan wujudnya Perlembagaan Persekutuan, kata seorang hakim Mahkamah Tinggi.
Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, ini terbukti dalam Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957

Beliau berkata, susulan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, sekolah vernakular diberi pengiktirafan sewajarnya bawah Akta Pendidikan 1961 serta 1996

Menurut Nazlan, pelaksanaan hak perlembagaan ini oleh kerajaan bukan sahaja terhad kepada pengajian Bahasa Tamil dan Mandarin, malah diperluaskan kepada penggunaannya sebagai bahasa pengantar pengajaran.

“Menggunakan pendekatan prismatik kepada penggubalan peruntukan Perlembagaan, saya menganggap penggunaan Bahasa Mandarin atau Tamil sebagai bahasa pengantar adalah untuk mengajar mata pelajaran lain,” katanya dalam penghakimannya ketika menolak saman yang mempersoalkan keperlembagaan sekolah vernakular.

Justeru, katanya, kerajaan melalui Akta Pendidikan terus memelihara dan mengekalkan penggunaan dan pengajian bahasa komuniti di negara ini.

“Ini dilindungi bawah Perkara 152(1)(b) Perlembagaan,” katanya.

Oleh itu, katanya, “jika kerajaan persekutuan mahu, ia mempunyai kuasa untuk memelihara dan mengekalkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Mandarin atau Tamil di negara ini.”

Nazlan membuat kenyataan ini ketika membatalkan saman yang dikemukakan oleh tiga kumpulan Melayu-Islam yang menyatakan kewujudan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa-bahasa ini mengenepikan penggunaan Bahasa Malaysia, bahasa rasmi negara.

Beliau berkata, tidak seperti universiti, sekolah vernakular bukanlah pihak berkuasa awam dan oleh itu, penggunaan bahasa pengantar bukan Melayu untuk pengajaran bukan untuk tujuan rasmi.

Katanya, Penyata Razak pada 1956 memperkenalkan langkah kompromi di mana sekolah vernakular dibenarkan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda, manakala Bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan.

Oleh itu, rekod dan latar belakang sejarah menunjukkan bahawa sebelum Merdeka, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular telah lama diiktiraf dan diterima di negara ini

“Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak pernah diragui dan, pada masa sama, secara nyata dihasratkan untuk tidak menjejaskan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan,” katanya

“Boleh dikatakan dengan adil bahawa tujuan dan niat Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan bukanlah untuk melarang penggunaan bahasa lain di sekolah vernakular.”
Saman itu dimulakan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) pada Disember 2019

Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, justeru batal dan tidak sah. - freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/sekolah-vernakular-diiktiraf-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Singapura Indonesia Thailand Filipina Dll Tak Ada Pun Sekolah Vernakular

Di Singapura Indonesia Thailand Filipina Dll Tak Ada Pun Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 200 hits
Vernakular Bola kini di tangan kerajaan serius atau pun tidak KUALA LUMPUR Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menghormati keputusan Mahkamah Tinggi hari ini berhubung keabsahan sekolah vernakular dan...
Silap Pemimpin Dahulu Biarkan Sekolah Vernakular Wujud

Silap Pemimpin Dahulu Biarkan Sekolah Vernakular Wujud

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 193 hits
BANGI Malangnya apabila sekolah vernakular yang jelas menjadi punca tidak tercapainya perpaduan antara kaum masih wujud hingga sekarang Tidak dinafikan kewujudan sekolah vernakular ini disebabkan salah percaturan daripada pemimpin lama yang...
Wujud Perbezaan Dalam Sistem Pembelajaran Kerana Sekolah Vernakular

Wujud Perbezaan Dalam Sistem Pembelajaran Kerana Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 253 hits
Mahu rakyat bersatu padu tapi masih kekalkan polisi pecah belah kaumKUALA LUMPUR Meskipun sedikit kecewa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes sekolah vernakular tidak memihak kepada empat badan bukan kerajaan namun ia tidak ...
Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan saman tiga buah NGO bagi mencabar keabsahan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan Perkara ini disahkan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla sejurus ...
Isu Vernakular Tak Mustahil Uec Pula Diiktiraf Selepas Ini

Isu Vernakular Tak Mustahil Uec Pula Diiktiraf Selepas Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 269 hits
BANGI Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan Cina dan Tamil tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan bukan perkara mengejutkan Setidak tidaknya keputusan itu membuka mata semua pihak terutama pihak ...
Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 292 hits
Kerajaan Sabah menyediakan perkhidmatan doktor berdaftar bagi menjalani ujian RT PCR di pintu masuk KLIA secara percuma kepada rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Dis lalu KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan...
Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 251 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla Harap dapat diselesaikan di peringkat lanjut medan mahkamah 1 PADA 16 12 2019 firma guaman Amelda Fuad Abi Adil telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak dua pertubuhan NG...
Mahkamah Putuskan Sekolah Vernakular Sah Berperlembagaan

Mahkamah Putuskan Sekolah Vernakular Sah Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 344 hits
BERNAMA Hakim berkata sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Guru kelas bersama murid murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee Segambut Terdapat lebih 1 800 seko...
Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 501 hits
Tempoh permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Keluarga Malaysia 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 Bagi pemohon BPR sebelum ini jika anda terlupa kata laluan penukaran kata laluan baru boleh dilakukan di p...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur