Mahkamah Persekutuan Tak Benarkan Najib Tangguh Rayuan Src


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 29, 2022 4:10 PM
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran bagi rayuan kes rasuah SRC International yang dijadual bulan depan.

Sehubungan itu rayuan berkenaan akan didengar selama 10 hari mulai 15 Ogos di Mahkamah Persekutuan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pada Selasa lalu, peguam yang baru dilantik Najib diketuai Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguhan berkenaan memandangkan pasukan itu baru dilantik.

Pasukan peguam yang baru menggantikan pasukan peguam terdahulu yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah bagi kes rayuan berkenaan.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berusaha untuk membatalkan sabitan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Ketika dihubungi pihak media, timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan mahkamah persekutuan tidak membenarkan permohonan penangguhan itu semasa pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah dan Siti Hajar Mustaffa.
“Hari ini pengurusan kes bagi permohonan bukti baru yang difailkan peguam terdahulu (bagi Najib, iaitu peguam dari Shafee & Co). Kemudian pindaan kepada usul tersebut untuk mendapatkan bukti baru.

“Kemudian isu pertukaran peguam (melibatkan pasukan peguam diketuai Hisyam) untuk rayuan utama.

“Mahkamah (persekutuan) telah memaklumkan bahawa tarikh pendengaran yang ditetapkan pada 15 hingga 26 Ogos 2022 dikekalkan, dan arahan untuk mematuhi perlu dipatuhi,” kata DPP, sambil menambah pendengaran akan dijalankan secara fizikal di mahkamah terbuka.

Usul untuk mendapatkan bukti baru merujuk kepada permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan bagi membatalkan sabitan bersalah terhadapnya dalam kes SRC, berhubung dakwaan bahawa hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.

Ashrof berkata, mahkamah persekutuan menetapkan 15 Ogos untuk mendengar permohonan bukti baru Najib.

Semasa pengurusan kes yang diadakan melalui aplikasi zoom, pihak pendakwaan turut diwakili oleh DPP V Sithambaram.

Najib diwakili oleh Hisyam serta peguam Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam.
Turut hadir ialah Shafee, yang sebelum ini merupakan peguam bela Najib dalam rayuan itu.

Malaysiakini telah menghubungi Hisyam untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu.

Pada 8 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan pada 2020 oleh Nazlan yang merupakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib.

Nazlan kemudian dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.

Najib didapati bersalah dan dikenakan denda atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana SRC.

Sebelum ini anak syarikat 1MDB, SRC menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

1MDB juga dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.

Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/mahkamah-persekutuan-tak-benarkan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Baru Najib Mohon Tangguh Pendengaran Rayuan Kes Src

Peguam Baru Najib Mohon Tangguh Pendengaran Rayuan Kes Src

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 195 hits
malaysiakini comPeguam yang baru dilantik Najib membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menangguhkan pendengaran selama 10 hari bagi rayuan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta yang dijadual bulan depan Menurut sura...
Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak melantik pasukan pembelaan baharu yang diketuai oleh Zaid Ibrahim untuk mewakili pasukan pembelaan dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International Dalam surat kepa...
Isu Perbicaraan Src International Tangguh Perbicaraan Adalah Hak Tertuduh

Isu Perbicaraan Src International Tangguh Perbicaraan Adalah Hak Tertuduh

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 200 hits
Perbicaraan kes Sodomi 1 Anwar Ibrahim mengambil masa 6 tahun dan kes Sodomi 2 pula selama 6 tahun juga Dan perbicaraan Sodomi 2 ditangguh sebanyak 69 kali Ini adalah hak tertuduh sekiranya ada sebab sebab yang sah untuk penangguhan ini Jad...
Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 186 hits
bharian com myOleh Julai 26 2022 11 45amPeguam kepada Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2019 Foto hiasan NSTPKUALA LU...
Najib Ditches Shafee Appoints Zaid To Lead Src Final Appeal

Najib Ditches Shafee Appoints Zaid To Lead Src Final Appeal

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 230 hits
Former law minister Zaid Ibrahim has been appointed by Najib Razak to represent him in his SRC International appeal at the Federal Court PETALING JAYA Najib Razak has appointed a new defence team led by former law minister Zaid Ibrahim to a...
Hisyam Dilantik Peguam Utama Dalam Kes Rayuan Akhir Najib

Hisyam Dilantik Peguam Utama Dalam Kes Rayuan Akhir Najib

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 137 hits
Datuk Seri Najib Razak telah melantik peguam terkenal Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama mewakilinya dalam prosiding akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang akan didengar pada 15 Ogos depan Untuk makluman Hisyam ju...
Do Najib S New Lawyers Deserve More Time To Bring Src Appeal

Do Najib S New Lawyers Deserve More Time To Bring Src Appeal

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 161 hits
A litigant who changed lawyers was doing so at the risk of the courts disallowing requests for postponements adding that the new counsel must be ready to follow court dates which have already been scheduled The Federal Court s decision last...
Mahkamah Tolak Queen S Counsel Wakili Najib

Mahkamah Tolak Queen S Counsel Wakili Najib

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comQueen s Counsel dari United Kingdom tidak akan mewakili Najib Razak dalam rayuan kes rasuah SRC International bekas perdana menteri itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi menolak permohonan untuk membenarkan kemasukan ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih