Mahkamah Nama Jho Low Disembunyikan Untuk Lindungi Najib Bekas Ceo 1mdb


Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta untuk menghadiri perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB. - Foto NSTP/Fathil Asri
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu adalah menjadi kelaziman nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak dinyatakan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melindungi Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, bersetuju bahawa beliau diminta untuk mengikut kelaziman itu dan mengambil langkah 'menyembunyikan' pembabitan Jho Low daripada Lembaga Pengarah.

Wan Aizuddin kemudian mencadangkan bahawa alasan saksi itu 'menyembunyikan' pembabitan Jho Low adalah kerana beliau bersekongkol dengan ahli perniagaan terbabit bagi mendapatkan habuan daripada firma pelaburan Goldman Sachs.


Shahrol Azral bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu. Beliau memberikan keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu, saksi pendakwaan kesembilan itu mengesahkan bahawa Jho Low terbabit dalam rancangan 1MDB pada tahun 2012 untuk mengambil alih syarikat pengendali loji janakuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion.

Beliau turut mengesahkan bahawa Jho Low yang mencadangkan supaya Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan bagi tawaran pengambilalihan Tanjong Energy oleh 1MDB.

Peguam kemudian mencadangkan kepada saksi bahawa peranan Jho Low adalah seperti seorang broker dalam perolehan itu. Bagaimanapun Shahrol Azral tidak setuju, sebaliknya berkata, ia adalah berperanan 'memudahkan pihak berkepentingan'.

Pelantikan Goldman Sachs oleh Jho Low juga tidak dinyatakan kepada Lembaga Pengarah bagi melindungi Najib.

Bagaimanapun, peguam itu mencadangkan bahawa berdasarkan dakwaan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap Jho Low dan pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, jelas menunjukkan bahawa ahli perniagaan itu adalah seorang broker.

Menjawab soalan terbabit, Shahrol Azral berkata beliau tidak mengetahui butiran lengkap pendakwaan oleh DoJ.

Menjawab soalan peguam selanjutnya, Shahrol Azral mengakui bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bahawa harga pengambilalihan Tanjong Energy dikurangkan sebanyak RM2.1 bilion yang bermakna 1MDB hanya perlu membayar RM8.5 bilion.

Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan bahawa harga perolehan adalah hingga RM10.6 bilion atau berkemungkinan lagi rendah.

Saksi kemudian dicadangkan oleh peguam bahawa berikutan itu, Jho Low dan Goldman Sachs sememangnya berniat untuk memperdayakan Lembaga Pengarah 1MDB.

Shahrol Azral menjawab, beliau tidak menyedari mereka memperdayakan Lembaga Pengarah pada ketika itu, bagaimanapun apabila difikirkan kemudian, beliau bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Saksi turut bersetuju dengan cadangan bahawa Goldman Sachs dianggap melanggar tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat dalam pengambilalihan Tanjong Energy.

Bagaimanapun Shahrol Azral menafikan cadangan peguam bahawa beliau juga melanggar tanggungjawab fidusiari ke atas 1MDB dalam kapasitinya selaku CEO.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah, Najib dijadualkan berucap pada persidangan Dewan Rakyat esok.

Sehubungan itu, Muhammad Shafee mencadangkan supaya perbicaraan esok berakhir jam 1.30 tengah hari kerana anak guamnya memilih untuk berucap pada jam 2 petang.

Ahli Parlimen yang juga seorang tertuduh dikecualikan daripada menghadiri prosiding di mahkamah di mana tindakan menghalang mereka daripada menghadiri sidang boleh tertakluk kepada menghina Parlimen.

Sequerah kemudian bertanya kepada peguam sama ada ia bermakna beliau (hakim) dikira menghina Parlimen jika tidak membenarkan Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Muhammad Shafee menjawab; "Ahli Parlimen ada keistimewaan untuk menghadiri sidang."

Sequerah bagaimanapun mengarahkan prosiding berjalan seperti biasa esok.

"Saya memahami beliau (Najib) ada tanggungjawab, tetapi mahkamah ini ada tanggungjawab juga. Perbicaraan bersambung esok (hari ini) daripada 9.30 pagi sehingga 4.30 petang," katanya.

-BH Online


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/07/mahkamah-nama-jho-low-disembunyikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Perintah Anak Najib Bayar Tunggakan Cukai Rm37 6 Juta

Mahkamah Perintah Anak Najib Bayar Tunggakan Cukai Rm37 6 Juta

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 82 hits
10 total views 10 views today KUALA LUMPUR 7 Julai Datuk Mohd Nazifuddin Najib dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37 6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini...
Govt Seeks To Amend Forfeiture Notice Against Jho Low S Dad

Govt Seeks To Amend Forfeiture Notice Against Jho Low S Dad

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 56 hits
The government is seeking to amend its forfeiture notice against the father of fugitive tycoon Low Taek Jho to recover over RM48 million in the businessman s accounts citing differences from the original application in the amount in the acc...
Mahathir Kalah Lagi Dengan Najib Kali Ini Di Mahkamah Persekutuan

Mahathir Kalah Lagi Dengan Najib Kali Ini Di Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 72 hits
Mahkamah Tolak Permohonan Kes Saman Misfeasans Mahathir Terhadap Najib PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu H...
Lagi Mahkamah Tolak Saman Sprm Berkaitang Wang 1mdb

Lagi Mahkamah Tolak Saman Sprm Berkaitang Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 49 hits
Mahkamah tolak saman SPRM untuk sita RM3 juta dari syarikat IT AGA Touch Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman sivil SPRM terhadap syarikat teknologi maklumat AGA Touch Sdn Bhd untuk melucutkan RM3 juta yang didakwa dari 1MDB Hakim Muh...
Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 95 hits
PRK Dun Chini berakhir dengan kemenangan bergaya calon BN Mohd Sharin Md Zain yang berjaya mengalahkan dua calon Bebas dengan majoriti 12 650 undi Beliau memperolehi 13 872 undi manakala calon Bebas Tengku Zainul Hisham Tengku Shukri mendap...
Ex 1mdb Ceo Regardless Of Ipic S Bond Guarantee Govt Ultimately Liable

Ex 1mdb Ceo Regardless Of Ipic S Bond Guarantee Govt Ultimately Liable

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 53 hits
1MDB TRIAL Although UAE s International Petroleum Investment Co had guaranteed 1MDB s bonds worth US 1 75 billion in 2012 Malaysia was the ultimate guarantor the Kuala Lumpur High Court heard today During cross examination by ex premier Naj...
Rentasan 707 Bekas Timbalan Kewangan Dedah Kerajaan Pn Tiada Jalan Penyelesaian Untuk Hutang 1mdb

Rentasan 707 Bekas Timbalan Kewangan Dedah Kerajaan Pn Tiada Jalan Penyelesaian Untuk Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 81 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7071 SELEPAS PILIH PERDANA MENTERI UMNO BERSATU BERANTAKAN 2 BENAR DAN SALAH DICATAT MALAIKAT WAHAI MENTERI AGAMA 3 PASTI PAS GANTI UMNO 4 1MDB PENGKHIANATAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA
Court Fixes Dec 2 For Case Management Of Pua S 1mdb Suit Against Najib

Court Fixes Dec 2 For Case Management Of Pua S 1mdb Suit Against Najib

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 58 hits
The proceedings of the suit filed by Damansara MP Tony Pua against former prime minister Najib Abdul Razak for alleged misfeasance in public office in relation to 1Malaysia Development Berhad has been set for case management on Dec 2 Counse...
Malaysia Is Rehabilitating Najib After 1mdb Scandal

Malaysia Is Rehabilitating Najib After 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 87 hits
At the personal level there is every incentive for the top UMNO leadership to push for the 1MDB and other corruption trials to be settled as soon as possible Many of those charged hold the most senior positions in UMNO and some were denied ...
Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

Cek Fakta Tanda Salib Di Belakang Aa Gym Ternyata

Sokong Pendedahan Najib Seperti Kita Sokong Dap Londehkan Najib

Pemimpin Jangan Over Komen Akar Umbi Berguling Nak Ketawa

Pejuang Untuk Menyatukan Melayu Dan Bangsa Malaysia

Ayam Miliknya Berkokok Tiap Pagi Kakek Ini Didenda Rp 2 8 Juta

A Few Small Decorating Ideas For Small Bedrooms

Kadar Pinjaman Asb Terkini Cimb Maybank Rhb



5 Pengurus Bola Sepak Terkenal Tak Pernah Main Tahap Pro

Bagaimana TikToker Menjana Pendapatan

Asal Usul Nama Matawang Negara Asia

Biodata Malek Mccrone Pelakon Drama Kebaya Kasut Kanvas

5 Kereta Keluaran Malaysia Yang Gagal Teruk di Pasaran Tempatan


Tips Kurus Bila Bercuti Balik Kampung

Scammer Di Mudah My

Asid Atau Alkali Ketahui Tentang Kertas Litmus

Tuai Enzim Sampah Apa Yang Bakal Terjadi

Anak Rela Dukung Bapa Lumpuh Penuhi Permintaan Hari Hari

King Of Bahrain Arrives In Dubai With Robot Bodyguard