Mahathir Manusia Yang Tak Boleh Dibuat Kawan




 Rasanya tidak perlu ditulis lebih lanjut lagi tentang pelbagai pendedahan mengejutkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkenaan Tun Mahathir Mohamad, dalam bukunya yang baru diterbitkan, Justice In The Wilderness.


Daripada tindakan meletak jawatan, menolak permintaan Agong agar tidak berbuat demikian, mencadangkan namanya sendiri semula sebagai Perdana Menteri interim, tidak setuju dengan cadangan Agong agar Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, berkomplot dengan UMNO dan Pas mahu membentuk kerajaan perpaduan, menyingkirkan Lim Guan Eng dan Tommy Thomas sendiri sebagai Peguam Negara dalam kerajaan perpaduan yang bakal dibentuknya kerana ingin memenuhi permintaan UMNO dan Pas serta sehinggalah kepada tujuan paling jahat dalam agendanya itu iaitu mengenepi dan memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, gambaran paling tepat ialah Tun Mahathir merupakan seorang manusia yang paling tidak mengenang budi dan buruk sekali akhlak kepimpinannya.
Tun Mahathir, sebaik berkuasa jelas telah lupa segala jasa dan budi baik orang lain terhadapnya, termasuk Anwar dan keluarganya, parti-parti dalam PH dan semua yang menyokong perubahan kerajaan sebelum itu.
Lebih dahsyat, dengan tidak setuju berkenaan keinginan Agong untuk melantik Dr. Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara bagi memastikan PH kekal sebagai kerajaan, Tun Mahathir bukan saja lupa terhadap kesediaan PH menerimanya ke dalam gabungan itu, bahkan juga tidak menghargai langsung budi baik isteri Anwar itu yang pernah menolak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sebaik kejayaan menumbangkan BN pada 9 Mei 2018 lalu.
Ketika itu, Agong sebelum ini iaitu Sultan Kelantan telah menawarkan untuk melantik Dr. Wan Azizah sebagai Perdana Menteri lantaran baginda beranggapan parti yang sebenarnya menang ialah PKR, tetapi telah ditolak dengan baik oleh Ahli Parlimen Pandan itu kerana beliau berpegang kepada janji bahawa Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri bagi PH.
Kemudian baru-baru ini, tanpa rasa berdosa sedikit pun atas pengkhianatan yang dilakukannya, Tun Mahathir berkata, tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan mempunyai Perdana Menteri wanita yang pertama.
Cissss…bukankah jika beliau tidak membantah hasrat Agong untuk melantik Dr. Wan Azizah, Malaysia sudah pun mencatat sejarah sebagaimana yang disebutnya itu?
Lihatlah betapa dahsyatnya pura-pura seorang yang bernama Tun Mahathir ini.
Setelah hasratnya ingin kembali berkuasa itu tidak tercapai kerana dipintas oleh Muhyiddin Yassin, beliau kemudiannya terus meroyan menagih sokongan PH dan tidak henti-henti menyalahkan Anwar kerana enggan memberi peluang kepadanya menjadi Perdana Menteri hanya selama enam bulan lagi.
Bolehkah kita bayangkan apa jadi ketika ini jika ditakdirkan Anwar setuju dengan permintaan beliau itu?
Hanya satu yang nyata, dengan pelbagai perkara yang terdedah, sama ada ditulis secara terbuka atau melalui percakapan pelbagi pihak lain, tidak terkecual buku Tommy Thomas ini, keputusan Anwar menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Tun Mahathir sebenarnya adalah tepat sekali.
Tun Mahathir adalah seorang yang tidak boleh dipercayai bila berjanji, tidak pernah mengenang budi serta jasa orang lain, bahkan secara lebih tepatnya adalah seorang yang tidak boleh dibuat kawan dalam berpolitik.
Politik Tun Mahathir ialah hanya dia saja yang betul dan mesti dia jadi Perdana Menteri, lepas dia, dia lagi dan sampai mati pun tetap mahukan kerusi Perdana Menteri menjadi miliknya.
Dengan kuasa yang dimiliknya, siapa saja yang menjadi kawannya pasti akan dikhianati dan dikencingnya demi memastikan kelangsungannya kepada kemaruk kuasa tidak tergugat.
Sejak dalam UMNO dulu, itulah juga cara permainannya dan dalam semua tindakannya melalukan cantasan politik yang dilakukannya, ada saja orang yang diperguna dan diperalatkannya bagi menampakkan dirinya dilihat suci bersih.
Dalam kes kejatuhan PH ini pun, semuanya juga berpunca daripada permainan yang diatur dan diorkestera olehnya, cuma segala yang dirancangnya tidak berjaya sebagaimana keinginannya.
Kini Tun Mahathir semakin meniti senja sebelum gelap malam datang menjelma menutup tirai kehidupannya, tetapi perlakuan, gerak geri dan nada cakapnya tidak sedikit pun menunjukkan ada penyesalan dan perubahan atas segala pengkhianatan dan tidak mengenang jasa kawan-kawan yang menjadi amalannya selama ini.
Mungkinkah panjang usia yang dikurniakan Tuhan kepadanya semata-mata untuk Yang Maha Esa memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk kian mengenalinya, mana tahu selepas ini ramai lagi yang tahu cerita-cerita di sebalik tabir pengkhianatannya akan turut menulis buku yang sama seperti Tommy Thomas juga? 


(Shahbudindotcom 31/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/mahathir-manusia-yang-tak-boleh-dibuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Akan Membekalkan 1 Juta Panel Skrin Boleh Lipat Ke Pengeluar Peranti Di China

Samsung Akan Membekalkan 1 Juta Panel Skrin Boleh Lipat Ke Pengeluar Peranti Di China

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 180 hits
Kalau sebut sahaja teknologi skrin pasti jenama Samsung orang ramai akan puji Kebanyakan peranti dengan skrin OLED yang berada di pasaran menggunakan panel AMOLED daripada Samsung Panel skrin Samsung sentiasa cantik cerah cukup gelap untuk ...
Mana Mainan Awak Bayi Mungkin Belum Faham Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak

Mana Mainan Awak Bayi Mungkin Belum Faham Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 288 hits
Si kecil mungkin tidak dapat memahami apa yang anda katakan namun ia tidak bermakna anda tidak boleh berbual dengan anak Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel Perlu ke berbual dengan anak Siapa cakap tidak perlu untuk ...
Samsung Galaxy Smarttag Turut Boleh Menjadi Alat Kawalan Peranti Berhubung

Samsung Galaxy Smarttag Turut Boleh Menjadi Alat Kawalan Peranti Berhubung

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 153 hits
Tahun ini tahun di mana pengeluar peranti akan fokus kepada aksesori baharu iaitu penjejak objek Aksesori ini sudah lama wujud di pasaran ia dipopularkan oleh jenama Tile sehinggakan banyak jenama dari China hadir dengan versi alternatif ya...
Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 311 hits
Bagi yang pernah melihat Dato Rizalman menyediakan pucuk ubi goreng pastinya teringat ingat akan resipi yang satu ini Nampak sedap dan paling penting rangup ketika dimakan bersama nasi panas Memang sedap Nak tahu macam mana nak masak pucuk ...
Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius

Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 281 hits
Sesekali anak mengadu sakit kepala ibu bapa jangan anggap perkara ni remeh ya Lagi lagi dalam keadaan sekarang gajet antara yang jadi keutamaan sama ada untuk belajar bermain game atau menonto Youtube Apa yang perlu dilakukan ibu bapa Bilak...
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan Ini Yang Kena Elak

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 343 hits
Penyakit batu karang tidak boleh di ambil ringan apatah lagi mengambil makanan yang boleh memudaratkan ataupun penyebab terjadinya pembentukan batu karang dalam tubuh Batu karang biasanya terbentuk di ginjal tetapi ia juga boleh jatuh beral...
Chimpanzee Boleh Bercakap Tetapi Mereka Terlalu Malas Nak Belajar Saintis

Chimpanzee Boleh Bercakap Tetapi Mereka Terlalu Malas Nak Belajar Saintis

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 175 hits
Haiwan primat sebenarnya berpotensi untuk bercakap namun mereka terlalu malas untuk belajar menurut para saintis nbsp Satu kajian mendakwa sekiranya gorila dan chimpanzee berusaha lebih keras mereka mampu untuk bercakap nbsp Ahli Biologi St...
Nampak Gayanya Boleh La Belajar Dari Pahang Bagaimana Nak Tebang Balak Atau Kelantan

Nampak Gayanya Boleh La Belajar Dari Pahang Bagaimana Nak Tebang Balak Atau Kelantan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 236 hits
Lupus hutan simpan Pemuda PKR kecam kerajaan Selangor kerana abaikan protes rakyatJanuary 29 2021 Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi mengingatkan pentadbiran negeri supaya mendengar suara dan protes dibangkitkan rakyat berhubung tindak...
Rindu Nak Bercuti Ini Yang Boleh Dilakukan Percutian Selepas Pkp

Rindu Nak Bercuti Ini Yang Boleh Dilakukan Percutian Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers ummizarradotcom Harapnya semua sihat sihat saja Nora dan keluarga jua sihat Alhamdulillah Semua orang pastinya bimbang untuk keluar memandangkan sekarang kita sedang jalani PKP 2 0 Pandemik Covid1...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Prm Denies Being Sponsored To Split Malay Vote In Kkb