Rindu Nak Bercuti Ini Yang Boleh Dilakukan Percutian Selepas Pkp
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers ummizarradotcom. Harapnya semua sihat-sihat saja, Nora dan keluarga jua sihat Alhamdulillah. Semua orang pastinya bimbang untuk keluar memandangkan sekarang kita sedang jalani PKP 2.0. Pandemik Covid19 masih belum reda jadi rasa stress dan bosan bila tidakdapat lalui kehidupan seperti sebelum pandemik. Rindu sangat rasa nak pergi bercuti dengan family. Rindu nak pergi jalan-jalan dengan anak-anak yang baru kenal dunia. Sekarang nak pergi bercuti pun rasa terhad kan.
Dengan keadaan sekarang semua pergerakan terbatas dan orang ramai diminta untuk kekal di rumah serta tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya. Dari start Negara dilanda Covid, kita semua terpaksa menjalani kehidupan norma baharu. Jadi, tidak mustahil bahawa kebanyakan dari kita merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah mula 'rindu' nak bercuti.
Nora rindu nak perg bercuti, memadangkan Nora sekarang tinggal berdekatan dengan Negeri Melaka, memang ada perancangan selepas PKP berakhir nak bawa keluarga berjalan-jalan dan bercuti di negeri bersejarah.Ye lah cari hotel dekat-dekat je dengan Nora, jadi pergerakan tu tidak memerlukan perjalanan yang panjang dan memenatkan. Maklumlah Nora ada baby yang berusia 3 bulan dan anak berusia 1 tahun lebih dan Nora pilih merancang ke Melaka bagi mengelakkan pergi tempat ramai orang maka, Nora plan nak pilih hoteldi luar Bandar Melaka.
Namun, Nora pasti ada juga antara korang yang masih berasa takut dan tidak merancang sekali untuk keluar berjalan mahupun bercuti. Ini apa yang boleh dilakukan percutian selepas PKP nanti untuk keluar bersama-sama keluarga. Dengan membuat pilihan untuk bercuti di dalam Negara.
Kita semua maklum, nak buat pilihan hotel memang mudah sangat, just google sahaja hotel Melaka pasti akan berderet keluar senarai hotel yang ada. Boleh juga buat pilihan dari harga rendah sehingga harga tinggi bergantung kepada keinginan masing-masing. Tapi, jangan lupa untuk review juga hotel Melaka yang bakal menjadi pilihan supaya tidak tersalah pilih dan kecewa dikemudian hari.
Aspek kebersihan menjadi keutamaan Nora dan keluarga. Dengan keadaan virus Covid 19 masih belum hilang, Nora ingin pastikan premis hotel dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di setiap check-pointseperti di kawasan lobi, diruang lift, dan setiap sudut laluan orang ramai bangunan hotel.
Nora pasti, kebanyakkan hotel Melaka juga telah mengikut norma baharu dengan menyediakan kaedah daftar masuk tanpa sentuhan iaitu hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. Selain itu, pastinya kebanyakkan hotel teah menetap SOP seperti saranan kerajaan di mana setiap bilik akan di bersihkan dengan pembasmi kuman selepas pengunjung keluar dan bersedia menerima tetamu yang baru.
Nora lebih suka memilih hotel berbanding homestay sekiranya ingin bercuti bersama family kecil Nora. Sebab itu Nora plan nak mencari hotel di luar Bandar Melaka kerana Nora pasti kurang pengunjung atau tidak ramai orang disekeliling selain dapat menghirup udara yang segar dari alam semulajadi.
Nora lebih memilih untuk membuat pilihan hotel menggunakan Traveloka memandangkan ia selalu mengadakan promosi serta perkhidmatan Traveloka memudahkan Nora untuk mencari harga yang mampu dimiliki. Pilihan hotel juga banyak dan ia sangat mudah untuk diakses. Selain itu, Traveloka memaparkan harga yang jujur termasuk semua cukai berkenaan fi dan surcaj yang akan dikenakan. Harga rendah yang ditawarkan lagi-lagi sekiranya menggunakan aplikasi Traveloka boleh dapat harga terbaik dan ada promosi yang menarik untuk kita pilih. Kalau nak tahu, Traveloka juga amalkan StayGuarantee di mana tempahan hotel dijamin sepenuhnya jika berlaku lebihan tempahan dengan mencadangkan hotel lain yang setaraf tanpa kos tambahan. Nora suka tempah hotel dengan Traveloka sebab terdapat pelbagai pilihan pembayaran. Yelah banyak cara boleh guna untuk bayar tempahan antaranya melalui kad kredit, debit card, perbankan internet dan banyak lagi. Tapi, dalam keadaan sekarang Nora lagi gemar menggunakan perbankan internet sebab sampai hotel just daftar dan boleh terus stay.
Senang kata, Laman web traveloka.com memang sangat mudah digunakan untuk korang mencari hotel dengan mudah kerana pilihan yang meluas mengikut destinasi korang..
Secara umum, kesemua yang Nora kongsikan dengan korang adalah perancangan Nora dan korang juga boleh bercuti selepas PKP nanti. Sekurang-kurangnya apa yang Nora rancangkan ini dapat membantu industri pelancongan yang sememangnya terjejas akibat pandemic Covid 19.
Remark: Walau ke mana pun kita semua nak pergi bercuti atau berjalan-jalan, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri dengan dengan memakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan #KitaJagaKita #kitamestimenang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ummizarra.com/2021/01/rindu-nak-bercuti-ini-yang-boleh.html