Mana Mainan Awak Bayi Mungkin Belum Faham Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak


Si kecil mungkin tidak dapat memahami apa yang anda katakan, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh berbual dengan anak.
Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel.
Perlu ke berbual dengan anak? Siapa cakap tidak perlu untuk bercakap dengan si manja? Komunikasi antara ibu bapa dan anak adalah penting. Ia pastinya membantu mengeratkan ikatan kalian.
Malahan mengikut cadangan pakar, mereka menyarankan agar ibu bapa (terutamanya ibu) untuk mula berbual dengan anak walaupun sebelum si manja lahir.
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bercakap dengan anak akan dapat membantu dalam perkembangan kemahiran motor. Ia termasuklah keupayaan mereka untuk belajar kemudian hari.
Ada bukti yang menyatakan apabila anda kerap bercakap dengan bayi di dalam kandungan, ia membolehkan mereka mengenali suara anda. Bukankah itu sesuatu yang menakjubkan?
Tetapi menjadi persoalan kini, apakah topik yang membolehkan anda berbual dengan anak anda?
Topik berbual dengan anak Walaupun anda dan si kecil mungkin menggunakan bahasa yang berbeza, bak ayam dan itik. Namun ia bukan faktor penghalang untuk anda tidak bercakap dengan si manja.
Berikut adalah antara 7 perkara penting yang boleh anda katakan kepada si comel:
Chak! Kalau dalam English style ia akan berbunyi “Peek-a-boo”. Tetapi anda pasti lebih biasa dengan perkataan “Chak!”. Ia seperti 1 perkataan yang menyeronokkan untuk anda katakan kepada si comel.
Tanpa anda sedar, perkataan itu memberikan manfaat kepada fizikal dan mental si kecil.
Anda sedang membantu mereka membina hubungan mental antara apa yang dilafazkan dengan gambaran aktiviti.
Jika anda berasa seperti ingin bermain, katakan kepada si comel, “Chak!” sambil menutup dan membuka mata anda.
Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay! Ia adalah lumrah anak yang sedang membesar, untuk terjatuh, mengalami luka dan berada dalam kesakitan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit, bukan?
Selagi ia bukanlah 1 kecederaan serius, maka itu adalah pengalaman buat mereka. Tetapi anda tetap perlu memastikan mereka mengetahui bahawa anda faham apa yang dilalui mereka.
Melafazkan “Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay!”, pastinya lebih baik daripada terus mengatakan “Alaaaa, sikit sahaja luka tu”.
Pandai anak Mama! Siapa yang tidak sukakan pujian? Jika kita sebagai individu dewasa pun boleh kalah dengan pujian, apatah lagi si kecil.
Berikan penghargaan kepada mereka atas apa yang mereka lakukan bergantung kepada usia mereka.
Sebagai contoh jika si kecil berjaya mengemas barang mainannya, ungkapkan kata-kata pujian seperti, “Pandai anak Mama kemas mainan dia. Sayang dia”. Jangan kedekut pujian, okay?
Mana mainan awak, sayang? Sudah tentu anda tahu di mana letaknya barang mainan, pakaian atau segala yang menjadi milik si comel. Tetapi tiada salahnya jika anda bertanyakan kepada mereka jika anda mahu berbual dengan anak.
Daripada anda memberikan apa yang mereka mahu, anda boleh tanyakan apa sahaja yang mudah untuk dicapai atau diambil sendiri oleh anak tanpa bantuan anda.
Ia bukan sahaja dapat membantu si kecil mengenal pasti barangan yang terdapat di rumah, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan rasa ingin tahu dan sifat ingin meneroka mereka.
Siapa ini? Daripada Hello Kitty, Pinkie Pie, Upin Ipin, Elsa Frozen hingga kepada Tok, Pak Long dan Abang Amsyar, si kecil akan perlu mengingati ramai individu dan pelbagai karektor dalam kehidupan seharian mereka.
Pastinya menyeronokkan jika anda bertanyakan kepada si manja tentang individu yang mereka kenal walaupun mungkin jawapan yang diberikan tidak tepat.
Ia secara tidak langsung akan dapat menggalakkan anak untuk bercakap dengan lebih banyak dan menggunakan perkataan-perkataan baharu. Sekali gus ia membantu mengembangkan penggunaan bahasa mereka.
Nak tak, sayang? Hulurkan apa sahaja kepada si manja, pastinya mereka tidak akan menolak apa yang anda tawarkan. Tetapi mungkin anda boleh memberikan mereka beberapa pilihan.
Ini pastinya dapat memberikan manfaat interaksi sosial kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka akan belajar untuk bertindak balas dengan mengatakan ya atau tidak.
Mama sayang awak Rasanya tidak perlu untuk diterangkan lagi mengenai ungkapan tersebut. Ia sudah tentu perkara yang terbaik untuk anda katakan kepada si comel setiap hari dan setiap masa.
Ungkapan itu pastinya 1 cara untuk menyatakan rasa kasih sayang anda kepada si kecil. I love you, adalah perkataan mudah yang boleh anda ajarkan kepada mereka walaupun sebelum mereka dilahirkan lagi.
Eratkan jalinan kasih Sebenarnya banyak lagi ungkapan yang boleh anda katakan kepada si comel dan banyak lagi perkara dan topik untuk anda berbual dengan anak.
Parents, jangan terlalu leka menghadap gajet. Sebaliknya luangkan masa bersama anak selagi mereka mahukan perhatian anda. Jangan lepaskan peluang dan masa yang ada, hargainya!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Mana Mainan Awak?” Bayi Mungkin Belum Faham, Tapi Kerap Berbual Boleh Jadikan Dia Bijak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mana-mainan-awak-bayi-mungkin-belum-faham-tapi-kerap-berbual-boleh-jadikan-dia-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 339 hits
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3 4 kg hingga 3 5 kg Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai Berat lahir adalah melebihi 9...
Suka Sangat Pukul Kawan Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan Baru Anak Faham

Suka Sangat Pukul Kawan Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan Baru Anak Faham

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 322 hits
Anak umur baru dua tahun tapi dah pandai pukul kawan Jangan salah angkap pada anak kecil kita Bukan memukul tetapi tangannya belum cukup mahir untuk mengawal Masih lemah Pun begitu bila anak mula memukul rakan jangan pula dibiarkan cepat ce...
Pegawai Kesihatan Boleh Digerakkan Ke Mana Mana

Pegawai Kesihatan Boleh Digerakkan Ke Mana Mana

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR DR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Seseorang pegawai kesihatan kini boleh bertugas di mana mana sahaja yang memerlukan perkhidmatannya susulan penambahbaikan Sijil Amalan Tahunan di bawah Ordinan Darurat Covid 19 Ke...
Jika Bayi Kerap Batuk Selesema Hidung Tersumbat Buat Urutan Ini Confirm Bayi Lega

Jika Bayi Kerap Batuk Selesema Hidung Tersumbat Buat Urutan Ini Confirm Bayi Lega

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 202 hits
Selesema dan batuk merupakan antara penyakit yang sering dihadapi oleh bayi Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti cuaca dan sistem kekebalan tubuhnya yang belum sempurna Walaupun selesema dan batuk dikategorikan sebagai penyakit ringan...
Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 315 hits
Ibu janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam Kelak saya yang tanggung akibatnya Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda pasti anda tidak sampai hati kan Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang larang kerana makanan diam...
Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja Baik Untuk Otak Bayi Lebih Bijak

Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja Baik Untuk Otak Bayi Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 340 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak kan Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi confirm si cilik cerdik selepas ini Memahami perkembangan otak bayi Semasa dilahirkan otak bayi mengandungi 100 bilion neu...
Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 347 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Buat Urutan Ini Pada Bayi Boleh Merangsang Sistem Saraf Perkembangan Motor Mereka

Buat Urutan Ini Pada Bayi Boleh Merangsang Sistem Saraf Perkembangan Motor Mereka

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 212 hits
Ibu ibu pernah tak mengurut bayi Tahu tak sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja Teruskan membaca perkongsian artikel dari Hello Doktor ini untuk mengetahui lebih lanjut Galakkan untuk mengurut bayi Walaupun pada dasarnya masi...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu