Mahathir Kongsi Nasihat Dan Pengalaman Bangunkan Negara Dengan Afrika


 Foto oleh Bernama

DAKAR – Negara-negara Afrika bakal memperoleh manfaat besar daripada pelbagai nasihat dan petua mengenai kemajuan dan pembangunan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka berkumpul di ibu negara Senegal ini untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-3 Mengenai Kemunculan Afrika (3rd International Conference on the Emergence of Africa) (ICEA-III).

Perdana Menteri Malaysia itu, yang dijadualkan tiba di sini pada Rabu, akan menghadiri forum berkenaan bersama-sama Presiden Senegal Macky Sall dan para pemimpin serantau lain pada 17-19 Januari yang memfokus kepada tema utama Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangkuman (Emergence, Private Sector and Inclusiveness).

Loading...
“Mereka ingin mendengar daripada beliau sendiri mengenai pengalaman Malaysia dalam pembangunan negara. Inilah pemimpin yang telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebuah negara baharu muncul," kata Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin pada Selasa.

Dalam taklimatnya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan Dr Mahathir ke Senegal bagi menghadiri forum pada 16-17 Jan itu, Shazelina berkata, ICEA pada tahun ini juga akan menyentuh kepentingan apa yang dinamakan 'juara nasional' (national champions) dalam usaha untuk menjadi negara baru muncul.

“Kita mempunyai beberapa 'juara’ seperti itu misalnya Petronas dan AirAsia. Jadi mereka hendak mendengar daripada Tun sendiri bagaimana beliau melakukannya, pengajaran yang dapat dipelajari mereka daripada pengalaman kita menjadi negara baru muncul, dan apa peranan yang telah dimainkan oleh juara nasional berkenaan dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara baru muncul," kata beliau.


Menurut Shazelina yang ditugaskan ke negara Afrika Barat yang mempunyai penduduk seramai lebih 15 juta pada tahun lepas itu, Dr Mahathir adalah ketua kerajaan pertama dari luar Afrika yang menghadiri persidangan itu.

Beliau berkata apabila Senegal mendapat tahu Dr Mahathir akan menghadiri persidangan ICEA-III itu, para pegawainya telah menghulurkan segala bentuk bantuan kepada kedutaan bagi memastikan perkara itu menjadi kenyataan.

“Senegal gembira menyambut kehadiran beliau di sini. Beliau seorang tokoh yang sangat dihormati di Afrika,” kata beliau dan menambah, Dr Mahathir dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Sall di Istana Presiden sejurus tiba di Dakar.

Ini merupakan lawatan pertama Dr Mahathir ke Senegal dalam tempoh 27 tahun selepas lawatan terakhirnya ke negara ini ialah pada 1992 untuk menghadiri perhimpunan G15.

Semua mata akan tertumpu kepada Perdana Menteri Malaysia yang berusia 93 tahun itu apabila beliau mengambil bahagian dalam beberapa panel perbincangan pada ICEA-III itu. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/mahathir-kongsi-nasihat-dan-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Dapatkan Nasihat Doktor Tiada Masalah Bawa Sayf Issa Naik Kapal Terbang Mia Ahmad Kongsi Tips

Dah Dapatkan Nasihat Doktor Tiada Masalah Bawa Sayf Issa Naik Kapal Terbang Mia Ahmad Kongsi Tips

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 440 hits
Mia Ahmad kini cukup ceria dengan kehadiran si buah hati Sayf Issa Tentunya tidak akan membiarkan si anak selesa Mia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membawa Issa menaiki penerbangan kapal terbang Baru baru ini Mia suaminya Izham Ta...
Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 792 hits
Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram pada 20 Jun 2006 dan telah berakhir pada tahun 2008 ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan dengan talak dua Nora telah melahirkan anak sulungnya pada January 2009 Hari in...
Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 438 hits
Larangan merokok di restoran premis makanan di negara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2019 Rata rata masyarakat telah sedar akan undang undang tersebut dan ramai yang mula menghisa...
Salima Habibi Kongsi Pengalaman Penyusuan Tak Amalkan Milkbooster Tapi Anak 4 Bulan Tetap 11kg

Salima Habibi Kongsi Pengalaman Penyusuan Tak Amalkan Milkbooster Tapi Anak 4 Bulan Tetap 11kg

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 699 hits
Pengalaman menyusukan cahaya mata adalah momen yang terindah buat ibu Salima Habibi berkongsi tentang perjalanan penyusuan susu ibu buat cahaya matanya Tidak mengamalkan milkbooster tetapi anak keduanya tetap comel 4 bulan seberat 11kg Sali...
Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Sebak Lihat Keluarga Waris Bangsa Cina Sambut Jenazah Ayah Di Liang Lahad

Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Sebak Lihat Keluarga Waris Bangsa Cina Sambut Jenazah Ayah Di Liang Lahad

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 725 hits
Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Sebak Lihat Keluarga Waris Bangsa Cina Sambut Jenazah Ayah Di Liang LahadBICARA DARI BILIK MAAYAT
Mahathir Tidak Ada Gunanya Menjadi Negara Kaya Jika Buat Segelintir Orang

Mahathir Tidak Ada Gunanya Menjadi Negara Kaya Jika Buat Segelintir Orang

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 257 hits
Dia menuturkan Malaysia tidak dapat mengklaim berhasil jika beberapa warga negaranya masih tertinggal
Hari Ke 9 Luka Caeser Terbuka Keluar Air Bisa Ibu Kongsi Pengalaman Tip Cuci Luka

Hari Ke 9 Luka Caeser Terbuka Keluar Air Bisa Ibu Kongsi Pengalaman Tip Cuci Luka

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 2153 hits
Luka caeser terbuka semula igauan ngeri bagi ibu ibu yang bersalin secara pembedahan Ikuti pengalaman tips yang dikongsikan ibu ini yang melalui episod mendebarkan di mana luka bedahnya terbuka semula Dia yang tidak mahu dikenali berkongsi ...
Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 518 hits
Israel negara penjenayah kami tidak mahu penjenayah Tun Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel BACA Kata Perdana Menteri setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan...
Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa Ma Tv

Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 790 hits
Anaknya kerap demam bengkak tonsil dan lalui pembedahan untuk membuang tonsil Ibu ini menceritakan detik cemas dilalui akibat komplikasi pembedahan Puan Nurul Shazalina Zainudin ibu kepada Alexander Akil 5 tahun yang telah muncul dalam ranc...
Peran Desain Konstruksi Ramah Lingkungan Dalam Mengurangi Konsumsi Energi

Overplaying Palestine Issue Won T Backfire On Anwar Say Analysts

Drama Dendam Seorang Madu Lakonan Redza Rosli Hannah Delisha

Tadabbur Ayat 1 Surah Al Fatihah Kelebihan Bismillah Dalam Kehidupan Seharian

Simpanan Emas Orodesign Keahlian Rm299 Sahaja Februari 2025

Imran Ajmain Seribu Tahun Lagi Chord

Jalan Jalan Ke Nurseri Beli Pokok Baru

Siti Kasim To Pmx Don T Plead Ignorance As If Madani Cabinet Is Unaware Of Controversial Guidelines


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Cycling 1 Februari 2025

Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Goncang Anak Teman Wanita Hingga Mati Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

Kelantan Barang Kemas Rm40 000 Wang Tunai Hangus Dalam Kebakaran

Selera Tekak Masing Masing

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah