Mahathir Anwar Mengamati Krisis 1998 Dan 2020
                ANUAR SHAARI 

SEKADAR catatan pengalaman ketika Krisis 1998 pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.  
 Enam (6) bulan sebelum 2 September 1998 (tarikh Anwar dipecat) 
 Dr Mahathir: “Saya tidak akan pecat Anwar, dia Timbalan yang bagus. Anwar lulus cemerlang ketika memangku jawatan PM selama saya bercuti.” 
 Anwar Ibrahim: “Dr.  Mahathir ketua yang baik. Hubungan saya dengan Dr. Mahathir umpama anak  beranak. Mahathir sudah seperti bapa saya. Saya amat menghormati beliau  dan tidak mungkin beliau akan membuang saya.” 
 31 Ogos 1998 
 Dr Mahathir: “Saya  tidak akan pecat Anwar. Semua itu hanya cerita rekaan. Hubungan saya  dengan Anwar amat baik. Lihat, saya mai Penang negeri Anwar ni. Kami tak  gaduh.”
    Anwar Ibrahim: “Semua itu (pemecatan) saya hanya spekulasi.  Hubungan saya dengan Dr. Mahathir cukup baik. Semalam saya ada bincang  banyak perkara mengenai negara sambil minum teh dengan beliau“.
        1 September 1998
    Dr. Mahathir: “Saya tidak akan pecat Anwar. Anwar adalah seorang  Menteri Kewangan yang bagus. Ketika ekonomi negara tidak baik, kita  perlukan Menteri Kewangan seperti beliau.”
    Anwar Ibrahim: “Saya masih bekerja. Lepas ini pun saya ada banyak mesyuarat. Kita perlu tumpu untuk memulihkan ekonomi negara.”
        2 September 1998
    Pagi sebelum mesyuarat Kabinet, mereka bertengkar di bilik Dr Mahathir. Mahathir beri ultimatum kepada Anwar sama ada letak jawatan atau dipecat.
    Anwar dipecat pada tarikh ini setelah mereka berdua cuba menafikan keretakan hubungan mereka.
        22 tahun pun berlalu…
    Enam (6) bulan sebelum 21 Februari 2020
    Tun Mahathir: “Saya akan serahkan jawatan kepada Anwar. Saya dah janji, saya akan tunaikan.”
    Anwar Ibrahim: “Jangan bebankan Mahathir dengan isu peralihan kuasa. Semua patut tumpu ekonomi dan perbaiki hidup rakyat.”
        21 Februari 2020
    Tun Mahathir: “Terpulang kepada saya bila nak serah jawatan kepada Anwar.”
    Anwar Ibrahim: “Saya kena banyak bersabar.”
        23 Februari 2020
    Tun Mahathir: Senyap. Umno, PPBM, Azmin mengadakan mesyuarat tertutup.
    Anwar Ibrahim: “Saya rasa dikhianati apabila ada gerakan cuba mengambil alih kerajaan.”
        24 Februari 2020 
    Tun Mahathir: Letak jawatan. Sebelum itu ada berjumpa Anwar dan beberapa pemimpin lain.
    Anwar Ibrahim: “Saya cuba menasihati Mahathir agar tidak meletak jawatan, tapi beliau tak mau dengar.”
    Anwar masih cuba ‘main cantik’. Masih nak ‘control damage’ apabila Kerajaan PH tumbang.
    25 Februari 2020?
    26 Februari 2020?
    Nasihat saya, dengar dari sumber sahih dan tepat. Dialog-dialog di  atas adalah dari sumber yang sahih. Saya terlibat sepenuhnya dalam  Krisis 1998. Krisis 2020 pula, saya rujuk dari sumber yang sahih.
    Sekarang hendak percaya siapa? Dua-dua boleh buat selamba tidak  bergaduh, hari berikutnya sudah boleh maki-makian kerana tidak mampu  bendung perasaan.
    Perseteruan sekian lama terbongkar setelah masing-masing keluarkan  ‘peluru’. Doakan yang terbaik sahajalah. Semoga bermanfaat dan menjadi  panduan menghadapi krisis kali ini…– HARAKAHDAILY 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/mahathir-anwar-mengamati-krisis-1998.html