Mahasiswa Malas Membaca


Oleh Suliati [email protected]

"BUKU mengasuh diri sasa bersuara, membaca menjadi jambatan bertuah, kita merindu buku dan ghairah baca, agar sentiasa canggih dan berhemah"

Itulah kata-kata Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said menggambarkan betapa pentingnya membaca

Selain itu, kempen membaca setiap tahun menunjukkan budaya membaca perlu ditanam dalam masyarakat terutama pelajar

Namun, sejauh mana kempen itu memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat terutama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)

Benarkah berlaku kegersangan minat membaca di kalangan mahasiswa sehingga ia dijadikan topik perbincangan Wacana Malaysia Membaca di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini

Majlis anjuran pelajar semester empat jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber itu mendedahkan kepincangan membaca di kalangan mahasiswa

Tetapi pelik juga, mengapa mereka yang melanjutkan pelajaran di menara gading itu tiada minat membaca

Jika tidak membaca, bagaimana mampu memperoleh diploma atau ijazah

A Samad melihat senario golongan muda khususnya pelajar IPT hanya membaca buku teks untuk mendapatkan segulung ijazah dan selepas itu, mereka tidak lagi membaca

Kebanyakan pelajar masa kini juga ghairah membaca bahan bacaan sia-sia, hiburan dan berbau seksual. Tetapi, apa faedah pelajar peroleh daripada bahan bacaan sedemikian

"Banyak ilmu diperoleh daripada membaca dan buku adalah sumber ilmu sangat berharga, bukan sekadar lulus peperiksaan," katanya

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khairusy Syakirin Has Yun Hashim, berkata secara persepsinya, pelajar universiti kurang membaca dan hanya berkepit dengan buku bersifat ilmiah

Beliau berkata, mereka membaca hanya untuk lulus peperiksaan serta memenuhi kriteria pemarkahan kerja kursus

Namun, berdasarkan kajian terhadap 42 pelajar IPT mendapati mereka minat membaca walaupun skop tertumpu kepada karya fiksyen

"Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan pelajar membaca lebih daripada lima buku setahun

"Kajian itu turut mengubah kajian yang pernah dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) satu ketika dulu yang mengatakan rakyat di negara ini hanya membaca dua buku setahun," katanya

Namun, dari segi pembelian bahan bacaan di kalangan pelajar, hanya 48 peratus pelajar membeli buku dan baki 52 peratus tidak membeli buku

"Ini bukan bermakna pelajar tidak membaca, sebaliknya kebanyakan mereka menggunakan perpustakaan universiti atau koleksi keluarga sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan

"Kebanyakan pelajar mahu membeli buku tetapi faktor harga membantut hasrat mereka, akhirnya mereka tidak membeli apa-apa

"Kebanyakan buku ilmiah yang diimport mahal dan di perpustakaan, jumlahnya kecil berbanding mereka yang meminjam," katanya

Justeru, bagi menangani masalah itu dan menambah minat membaca, Khuirusy menyarankan gerakan membaca perlu lebih digiatkan terutama di kalangan pelajar

"Wujudkan pengurusan pembacaan di universiti sebagai lambang kepada bermulanya satu generasi baru yang minat dan menyintai buku," katanya

Bagi bekas Pegawai Perancangan Bahasa Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jaafar Abdul Rahim, kegersangan minat membaca di kalangan pelajar IPT memang ada tetapi itu tidak penting

Menurutnya, apa yang perlu difokuskan adalah mereka yang minat membaca dan pelajar patut memburu gelaran pakar buku dengan membuka pemikiran melalui pembacaan dalam pelbagai bidang

"Biasanya kita memperdebatkan mereka yang tidak minat membaca tetapi bagaimana pula mereka yang gila membaca

"Dengan membaca, mereka punya idea selain membangunkan karakter seseorang

"Justeru, saya meminta pensyarah memberi markah lebih kepada pelajar yang memberikan idea bernas, bukan 100 peratus daripada nota," katanya

Jaafar berkata, ilmu berubah setiap masa dan ia mengikut peredaran masa. Justeru, sebagai masyarakat terutama pelajar, kita perlu mendapatkan ilmu itu dengan membaca

"Pembacaan bahan bacaan tidak akan mati walaupun teknologi kini semakin canggih kerana walau apapun yang terjadi, buku akan kekal menjadi sumber ilmu sampai bila-bila," katanya

Sementara itu, bagi pelajar tahun akhir Pengurusan Maklumat, Mohd Nabil Zulhemay, 24, berkata minat membaca itu akan lahir jika bahan bacaan itu difahami selain diminati

Bagaimanapun, daripada minat sebenar pelajar untuk membaca, katanya, kebanyakan pelajar hanya membaca buku untuk mendapatkan ijazah

"Sebagai pelajar, saya tidak menafikan kebenaran terhadap kerisauan A Samad itu kerana pelajar hanya membaca untuk lulus peperiksaan

"Mereka gemar keluar dengan rakan atau menghabiskan masa melakukan aktiviti lain selain membaca. Jika membaca pun, majalah hiburan," katanya

Rujukan:HarianMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jazirah-alward.blogspot.com/2015/05/mahasiswa-malas-membaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Budak Malas Solat

Buasir Otak Tv Budak Malas Solat

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 278 hits
Bila ada budak malas solat sembahyang sebab terlalu leka main game Jom tonton animasi ini
Kisah Benar Anak Nak Hantar Ibunya Ke Pondok Ustaz Kazim Sebab Malas Nak Jaga Ibunya Ustaz Kazim

Kisah Benar Anak Nak Hantar Ibunya Ke Pondok Ustaz Kazim Sebab Malas Nak Jaga Ibunya Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 505 hits
Kisah Benar Anak Nak Hantar Ibunya Ke Pondok Ustaz Kazim Sebab MALAS NAK JAGA IBUNYA Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ayat Malas Paling Keli Shae

Ayat Malas Paling Keli Shae

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 113 hits
Sebagai penyarung jersi the red devils dan penyokong tegar alex the lion ataupun alex ferguson kekecewaan disebabkan kekalahan united terhadap real madrid memang tidak dapat dibendung sama ada dari segi fizikal mental mahupun jasmani namun ...
Malas Nak Taip Cakap Jer Pon Boleh Dengan Google Docs

Malas Nak Taip Cakap Jer Pon Boleh Dengan Google Docs

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 156 hits
Hai assalamualaikum Selamat petang anda malas menulis jangan risau sekarang dengan Google docs semua a b c semuanya menjadi mudah mari Saya tunjukkan bagaimana caranya 1 buka google docs 2 pilih tools dan voice typing3 bercakap dan tulisan ...
Penyakit Malas Tiada Ubatnya

Penyakit Malas Tiada Ubatnya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 85 hits
Assalamualaikum dan hai pembaca semua Lama sudah saya tak menulis entri kat sini Episod malas menulis blog ni bermula sejak tahun lepas Tahun lepas ada la jugak saya tulis beberapa buah entri Itupun tak aktif macam sebelum ni Tapi bila masu...
Cara Ajar Anak Membaca Lagi Cepat Ikut Teknik Suku Kata Sambil Bermain Ni

Cara Ajar Anak Membaca Lagi Cepat Ikut Teknik Suku Kata Sambil Bermain Ni

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 259 hits
Kebuntuan mak ayah untuk mengajar anak supaya cepat cepat mengenal suku kata dan seterusnya membaca perlu diselesaikan segera Bagaimana Cara mudah memperkenalkan suku kata yang dikongsikan oleh ini bukan hanya memecah kebuntuan mak ayah bah...
Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 231 hits
Ibu bapa yang ada anak usia antara 4 hingga 6 tahun pasti akan memikirkan teknik apa yang sesuai untuk ajar anak cepat membaca Maklumlah silibus Tahun Satu sekarang bukanlah seperti zaman kita dulu dulu yang mana murid tak kenal huruf dan t...
Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur Rugi Besar Kalau Tak Amalkan

Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur Rugi Besar Kalau Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 163 hits
Yang dimaksud dengan 3 surah qul adalah surah Al Ikhlas Al Falaq dan An Naas Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali kerana amalan ini dapat Menolak gangguan jin syaitan sihir was was dan segala kejahatan Terhindar dari segala perkara yang bur...
Membaca Pikiran Para Penerobos Palang Kereta Api Nggak Pada Sayang Nyawa Apa Ya

Membaca Pikiran Para Penerobos Palang Kereta Api Nggak Pada Sayang Nyawa Apa Ya

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 191 hits
Jatuh cinta aja sakitnya udah minta ampun ini kenapa masih pada pengin nantangin maut sih
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja