Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman


Saya sering ditanya tentang makanan yang patut atau tidak patut diambil pada masa yang sama. Ada sesetengah individu berpendapat bahawa dengan tidak menggabungkan protein dan karbohidrat dalam sajian yang sama, mereka dapat mengurangkan berat badan. Namun, satu kajian yang diterbitkan kira-kira 10 tahun lalu telah menyanggah dengan idea tersebut

Susan Bowerman, M.S., R.D., CSSD, CSOWM, FAND – Pengarah Kanan, Latihan dan Pendidikan Pemakanan Sedunia, Herbalife
Sebaliknya, terdapat satu lagi konsep berkaitan gabungan makanan yang kadangkala digelar sinergi atau gandingan makanan yang mengiktiraf bahawa makanan tertentu menawarkan lebih banyak manfaat pemakanan apabila diambil bersama berbanding jika dimakan secara berasingan. Kita boleh membayangkan konsep ini dari segi khasiat pemakanan sebagai “satu campur satu jadi tiga.”
Bagaimana Untuk Memaksimumkan Khasiat Pemakanan Menerusi Gandingan Makanan 
Sayur berwarna-warni dengan sedikit lemak 
Banyak buah dan sayur mengandungi sebatian yang dinamakan karotenoid. Ini merupakan pigmen semula jadi yang memberikan warna yang menarik kepada makanan seperti tomato, lobak merah dan bayam. Pigmen khusus tersebut masing-masing dinamakan likopena, beta-karotena dan lutein



Karotenoid berfungsi sebagai antioksidan dalam badan, yang merupakan salah satu sebab mengapa buah dan sayur adalah sebahagian penting daripada diet yang sihat. Sebatian penting ini larut lemak, dan ini bermakna apabila anda makan sayur dengan sedikit lemak, badan anda boleh menyerap lebih banyak karotenoid. Justeru, menambah lemak sihat seperti memasukkan avokado dalam salad atau menggunakan kuah salad yang disediakan dengan minyak zaitun akan membantu badan anda menyerap karotenoid yang ditemui dalam daun salad romaine, lobak merah dan tomato. 
Vitamin C dengan sayur dan bijian yang mengandungi zat besi
Zat besi wujud dalam dua bentuk berbeza. Satu bentuk dinamakan besi “heme” boleh didapati dalam ikan, daging dan ayam, dan lebih mudah diserap oleh badan berbanding zat besi “bukan-heme” yang didapati dalam makanan tumbuhan. 


Apabila anda mengambil Vitamin C bersama sumber zat besi bukan heme, badan anda akan menyerap zat besi dengan lebih baik  Tidak banyak yang diperlukan: Jumlah Vitamin C dalam sebiji oren atau tomato boleh meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak tiga kali ganda. Strawberi akan membantu anda mengambil zat besi dalam bijirin anda. Zat besi dalam bayam akan diserap dengan lebih baik jika anda memasukkan oren atau potongan limau gedang ke dalam salad bayam anda
 Lemon dan teh hijau
Fitonutrien dalam teh hijau, yang wujud secara semula jadi dan mengandungi antioksidan unik dan bermanfaat yang dinamakan katekin, bertindak membantu melindungi sel dan tisu badan daripada kerosakan pengoksidaan. Apabila anda menambah lemon ke dalam teh hijau, Vitamin C boleh membantu badan anda menyerap sebatian berguna ini. Jika anda tidak suka lemon dalam teh anda, makan buah yang kaya dengan Vitamin C seperti semangkuk beri atau sepotong oren bersama minuman teh anda




Ikan dan sayur hijau 
Apabila anda minum susu yang diperkayakan dengan Vitamin D, vitamin tersebut membantu badan menyerap kalsium dalam susu. 


Tetapi ada satu lagi cara yang baik untuk menggandingkan dua nutrien ini – ikan dan sayur. Ikan berlemak seperti salmon dan tenggiri membekalkan Vitamin D dan sayuran hijau seperti daun lobak putih, daun sawi, kubis keriting dan sawi Jepun membekalkan kalsium.  Menggandingkan kedua-duanya akan membantu badan anda menyerap kalsium di dalam sayur. 
Gandingan makanan berasaskan tumbuhan
Makanan berasaskan tumbuhan – termasuk buah, sayur dan kekacang – adalah antara sumber antioksidan yang terbaik. Manfaat antioksidan dipertingkatkan apabila anda mencampurkan makanan, dan bukannya makan secara berasingan. Kombinasi oren, epal, anggur dan beri biru didapati mempunyai kapasiti antioksidan lebih tinggi berbanding jumlah buah yang sama apabila dimakan secara berasingan. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2024/05/lima-gandingan-makanan-hebat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spesialis Gizi Ingatkan Untuk Tidak Memanasi Berulang Makanan Bersantan

Spesialis Gizi Ingatkan Untuk Tidak Memanasi Berulang Makanan Bersantan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 46 hits
Pada saat Lebaran kerap kali makanan bersantan yang kita miliki dipanasi secara berulang Hal ini dianggap spesialis gizi tidak ideal
8 Makanan Yang Lebih Sehat Dan Bernutrisi Saat Dikonsumsi Ketika Mentah

8 Makanan Yang Lebih Sehat Dan Bernutrisi Saat Dikonsumsi Ketika Mentah

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 26 hits
Sejumlah sayuran dan buah ternyata lebih baik dikonsumsi secara mentah demi mengoptimalkan kandungan nutrisinya
7 Makanan Yang Bikin Mood Jadi Baik Auto Happy Sekejap

7 Makanan Yang Bikin Mood Jadi Baik Auto Happy Sekejap

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 24 hits
Ini beberapa makanan yang bisa membantu meningkatkan mood kamu saat beraktivitas
Dilarang Konsumsi Makanan Ini Bila Kolesterol Sedang Tinggi Risikonya Penyakit Berbahaya

Dilarang Konsumsi Makanan Ini Bila Kolesterol Sedang Tinggi Risikonya Penyakit Berbahaya

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 20 hits
Individu dengan tingkat kolesterol tinggi disarankan untuk menghindari konsumsi makanan tertentu terutama yang memiliki kandungan lemak tinggi
Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 103 hits
APA ITU POT LUCK Pot Luck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu menyumbang makanan yang berbeza dan unik lazimnya dimasak sendiri untuk dikongsi Tetapi pada masa kini kebiasaannya ada yang hanya memesan makanan sahaja kerana mengalami ke...
Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema Demam

Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema Demam

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 98 hits
Makanan yang harus dihindari bila anak yang ada eczema demam Ibu mana yang tidak susah hati bila melihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema Tergaru garu badan yang terasa gatal hingga ada yang terluka dibuatnya Sudahlah begitu...
Syl Pakai Uang Dinas Kementan Rp3 Juta Hari Buat Pesan Makanan Online

Syl Pakai Uang Dinas Kementan Rp3 Juta Hari Buat Pesan Makanan Online

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 22 hits
Hal itu diungkap Staf Biro Umum Pengadaan Kementerian Pertanian Muhammad Yunus saat menjadi saksi
Makanan Perlis Paling Popular

Makanan Perlis Paling Popular

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 153 hits
GALAKSI VIRAL Makanan Perlis Indera Kayangan memang sangat sedap dan unik Tambahan pula oghang oghang Peghelih tu hemoi hemoi belaka Terbaik Jom kita lihat apakah makanan Perlis yang popular di sini 1 LAKSA KUALA PERLISCatatan Hampa kalau d...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq