Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama Untuk Beli Kereta Baru


Cara Trade-in Kereta Lama | Alkisahnya kereta pertama yang saya beli tahun 2010 dulu, kini dah berusia 12 tahun. Kereta yang diberi nama 'Sophie' ini masih elok dan selesa digunakan untuk ambil dan hantar anak ke sekolah atau untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi untuk perjalanan jarak jauh, kami dah lama tak bawa Sophie kerana risau dengan kemampuannya yang dah bertaraf veteren. Bimbang  tersadai di tepi jalan pula, naya..

Masalah yang kami hadapi sekarang adalah setiap kali nak berjalan jauh, kami empat beranak perlu berhimpit dalam kereta compact milik suami yang bersaiz lebih kecil dan sempit. Situasi ini sangatlah tak menyelesakan kerana selain perlu berhimpit anak beranak, kami juga kekurangan ruang untuk meletak beg barangan bagi perjalanan jauh dan panjang. Sebab itulah memiliki sebuah kereta sedan yang baru menjadi fokus kami buat masa ini.

Taknak terbeban dengan bayaran deposit yang tinggi, kami fikir apa salahnya jika kami trade-in saja kereta lama dan beli kereta baru? Tentu lebih mudah dan menjimatkan banyak perkara. Bukan saja kami tak perlu keluarkan duit simpanan sendiri bagi bayaran deposit kereta, kami juga tak perlu fikir di mana nak parkir kereta memandangkan porch kereta di rumah hanya boleh memuatkan dua buah kenderaan sahaja


Cara Trade-In Kereta Lama
Memiliki banyak kenderaan bermaksud menambah lebih banyak wang belanja tahunan. Bukan saja insurans dan roadtax kereta perlu sentiasa diperbaharui setiap tahun malah enjin kereta juga perlu dihidupkan paling kurang seminggu sekali untuk elakkan kerosakan pada komponen kereta jika tidak dihidupkan dalam jangka masa panjang. Agak melecehkan. Jadi trade-in kereta lama dirasakan penyelesaian terbaik kami buat masa ini. Tapi macammana cara nak trade-in kereta ni


Trade-in Kereta LamaUntuk dapatkan sedikit idea tentang trade-in kereta, macam biasa saya akan dapatkan bantuan doktor Google dan buat sedikit bacaan secara online ditambah juga dengan sedikit pengalaman peribadi pernah lihat kawan trade-in kereta masa muda remaja dulu. Jadi bagi mereka yang tengah plan untuk trade-in kereta sama macam saya, bolehlah baca tips di bawah untuk dijadikan rujukan ya



1. Semak baki pembiayaan kereta di bank
Sebelum boleh mula trade-in kereta, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah ketahui status kereta yang dimiliki. Adakah sudah buat full-settlement atau masih ada baki pinjaman yang perlu dilunaskan di bank? Jika dah buat bayaran penuh, bolehlah tarik nafas lega tapi jika belum, prosedur untuk trade-in kereta mungkin akan jadi lebih panjang


Untuk ketahui jumlah baki pembiayaan yang masih ada, kita boleh hubungi pihak bank pemberi pinjaman kenderaan masing-masing. Nak lagi senang, walk-in je ke bank dan minta penyata untuk rujukan. Bila dah tau jumlah baki yang masih ada, langkah seterusnya bolehlah dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta dan check juga harga kereta baru yang bakal dibeli nanti sebelum boleh buat kira-kira dan budgeting.


2. Dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta lama
Untuk dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta, kita boleh bandingkan harga secara atas talian samada di mudah.my, carsome atau banyak lagi laman web jual beli kereta yang lain. Kalau rajin, kita boleh terus walk-in ke kedai kereta berdekatan rumah dan tanya berapa harga yang mereka akan tawarkan jika kereta dijual kepada mereka. 


Harga yang ditawarkan ini boleh dikira sebagai anggaran harga pasaran kereta kerana harga tersebut dah diambil kira dengan jenis kereta, kadar milege, tahun buatan, tahap kerosakan yang perlu di touch-up dan pelbagai kriteria lain lagi. Jadi kalau tanya di kedai kereta yang lain pun, mereka akan tawarkan harga yang lebih kurang sama.


Cara lain pula, walk-in ke showroom jualan kereta dan tanya kepada perunding jualan tentang harga bagi trade-in kereta lama untuk ambil kereta baru daripada mereka. Mudah! Namun langkah paling bijak tentulah untuk membandingkan harga yang ditawarkan dan terima tawaran harga trade-in yang paling tinggi. Baru ada untung maa..


3. Pilih kereta pilihan dengan budget yang dikehendaki
Bila dah tahu berapa harga trade-in kereta lama, kena tahu juga berapa harga kereta yang nak dibeli nanti. Bagi yang dah buat full-settlement, mereka boleh terus gunakan duit trade-in kereta lama yang diterima untuk buat bayaran deposit kereta baru. Tapi bagi mereka yang trade-in kereta masih dengan hutang bank, ada dua perkara yang perlu diambil tahu. 


Jika nilai trade-in kereta yang diterima adalah lebih tinggi daripada baki hutang yang ada di bank, kita boleh gunakan duit lebihan bayaran hutang tersebut untuk dijadikan wang deposit pendahuluan untuk beli kereta baru. Tapi jika duit hasil trade-in kereta lama yang diterima lebih rendah daripada baki hutang di bank, jadi kita perlu top-up jumlah hutang yang tak mencukupi dan sediakan wang poket sendiri untuk buat bayaran deposit kereta yang baru.


Ukur baju di badan sendiri, begitu juga dengan beli kereta. Beli ikut kemampuan supaya tak perlu ikat perut setiap akhir bulan kerana terbeban dengan bayaran bulanan kereta baru. Sebab itu, sebelum membuat pilihan jenis kenderaan, saya buat dahulu kiraan bagi bayaran bulanan kenderaan yang bakal dibeli di https://www.carpaymentcalculator.net/. Jika melebihi kemampuan, saya tukar pilihan kepada kenderaan yang lebih mampu milik.


Bukan saja boleh tahu berapa yang kita perlu bayar mengikut tahun pembiayaan yang diingini, malah saya boleh terus masukkan nilai trade-in yang diterima untuk dapatkan kiraan secara details jumlah bayaran bulanan kereta baru saya nanti. Jika nilai trade-in yang diterima adalah lebih rendah daripada nilai hutang di bank, saya masukkan nilai tersebut ke negatif trade-in dan jumlah lengkap bayaran bulanan akan terus tertera selepas diklik pada pengiraan. Senang sangat!


4. Serahan Dokumen
Saya gunakan CarPaymentCalculator.net untuk buat perbandingan bayaran kereta yang mampu kami bayar setiap bulan sebelum mula buat serahan dokumen bagi proses jual beli. Yelah, risau jika tiap akhir bulan kami terbeban pula dengan bayaran kereta yang tinggi, jadi perlulah buat pilihan yang tak membebankan dan rancang dengan berhemah. Pastikan juga slip gaji bersesuaian dengan nilai kereta yang nak dibeli untuk elakkan daripada direject oleh pihak bank. 


5. Tandatangan surat perjanjian dengan bank
Jika semua dokumen yang dihantar mencukupi dan dah diluluskan, langkah seterusnya adalah untuk tandatangan surat perjanjian bank. Wang deposit kereta beserta dengan kereta lama akan dilepaskan pada masa ini. Jadi bila kereta dah bertukar tangan, kita boleh mula berangan untuk dapatkan kereta baru dalam masa beberapa hari atau bulan, bergantung kepada stok kereta yang ada. Jangan lupa untuk tanya pada jurujual samada mereka ada kereta ready-stock atau tidak supaya tak terlalu berharap kereta akan diterima awal.


Ha, ini adalah antara serba ringkas prosedur trade-in kereta lama yang saya tahu. Walaupun mungkin tak sedetails mana tapi harap boleh beri idea pada awak macammana cara nak trade-in kereta dibuat. Doakan saya dapat kereta yang elok dan terbaik sebab pernah dengar ada yang dapat kereta baru tapi dah ada defect, risau! Saya juga doakan semoga proses trade-in kereta awak berjalan lancar. Aamiin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/07/cara-trade-in-kereta-lama-beli-kereta-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum Cantik nie subjektif sangat Ada yang tak pakai make up pun dah cantik dan kalau nak cantik lagi calit calit lipstick sikit bagi naik seri muka pun dah okay Macam Fiza sendiri lebih senang mengenakan make up yang simple Meman...
Kereta Baru Atau Terpakai Cara Pengiraan Bayaran Bulanan

Kereta Baru Atau Terpakai Cara Pengiraan Bayaran Bulanan

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 260 hits
Kereta baru atau terpakai Cara pengiraan bayaran bulanan Korang pernah terfikir tak waktu nak beli kereta sama ada nak beli kereta yang baru atau pun yang terpakai Kalau nak tahu saya ada pengalaman beli kedua dua jenis kereta ni Dulu saya ...
Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 362 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki warga emas membeli kereta mahal secara tunai InstagramShare on telegramJAKARTA Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang lelaki warga emas membeli kereta...
Cara Daftar Akaun Gsc Cinema Melalui Aplikasi Beli Tiket Wayang Gsc Secara Online

Cara Daftar Akaun Gsc Cinema Melalui Aplikasi Beli Tiket Wayang Gsc Secara Online

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 333 hits
Melalui aplikasi Golden Screen Cinemas ia memudahkan anda untuk membuat pembelian tiket wayang di GSC secara online tanpa perlu ke kaunter mereka Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga anda disamping dapat melihat senarai movie yang bakal dit...
Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 238 hits
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat Menurut perkongsian pentingnya untuk mendedahkan anak dengan pengurus...
4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 294 hits
4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama Dah jadi acara wajib sebelum nak keluar kena sembur dulu minyak wangi Bukannya apa nak elak bau yang tak best bila berpeluh nanti Kita tak selesa orang lain apatah lagi Tambah nak keluar jumpa kekasih...
Ini Caranya Tips Berguna Beli Kereta Second Hand

Ini Caranya Tips Berguna Beli Kereta Second Hand

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 398 hits
Tak semua orang mampu nak beli kereta baru jadi pilihan lain yang ada ialah beli kereta terpakai atau lagi senang faham beli kereta second hand Lagi lagi time Covid 19 lepas ramai yang hilang pekerjaan dan tahun 2022 adalah fasa pemulihan s...
Baru Beroperasi Dua Hari Lee Hyori Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

Baru Beroperasi Dua Hari Lee Hyori Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 202 hits
Lee Hyo ri dan pasangannya Lee Sang soon baru baru ini telah membuka sebuah kafe di Pulau Jeju berdekatan dengan tempat tinggal mereka Namun hanya selepas 2 hari pembukaan kafe tersebut ianya terpaksa diubah dari segi operasi Kenapa ya ARTI...
Kereta Depan Tiba2 Mengundur Mangsa Langgar Pasrah Akak Honda Tetap Nak Menang

Kereta Depan Tiba2 Mengundur Mangsa Langgar Pasrah Akak Honda Tetap Nak Menang

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 212 hits
Setiap pengguna jalan raya seharusnya perlu kesedaran dan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna yang lain Jadi jika sayangkan kenderaan seharusnya lebih peka ketika membawa kenderaan terutamanya memandu Jika kita leka atau lalai sedikit...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner