4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama


4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama| Dah jadi acara wajib sebelum nak keluar kena sembur dulu minyak wangi. Bukannya apa, nak elak bau yang tak best bila berpeluh nanti. Kita tak selesa, orang lain apatah lagi. Tambah nak keluar jumpa kekasih, tapi bau Ya Ampun..
Namun begitu, timbul pula masalah lain apabila minyak wangi tu hanya tahan setengah jam saja, wehhh serius la. Takkan nak sembur setiap setengah jam, taukeh minyak wangi pun boleh bankrap macam ni. Nak jumpa orang nak tak nak kena sembur lagi. Nak kata guna minyak wangi murah, tak jugak. Harganya pun boleh tahan. Beli jenama lain pun macam tu jugak. 
Arghhhhhh!!!!
Stress kan, bila jadi macam tu. Dah bermacam jenis perfume kita beli, dan cuba tapi tak seperti yang kita harapkan. Korang jangan sedih okay, sebenarnya ada cara bagaimana nak bagi perfume yang tahan lama bau dia.


Cara-Cara Untuk Minyak Wangi Bau Tahan LamaSebenarnya, ada cara dia nak bagi minyak wangi kita tu bau dia tahan lebih lama. Kinah harap, korang lepas baca ni terus buat okeh

1. Simpan Minyak Wangi Dalam Suhu BilikKorang biasa simpan minyak wangi kat mana? Jangan ek simpan minyak wangi dalam bilik air atau tempat panas ye bimbang partikel minyak wangi korang akan pecah dan menyebabkan baunya tak tahan lama. Sayang tau, beli mahal tapi bau dia tak tahan lama

2. Simpan Minyak Wangi Dalam KotakHaaa yang ni biasanya bila kita beli dan keluarkan dari kotak, kotaknya kita lempor dalam tong sampah. No! No! Lepas ni jangan buang ek, simpan minyak wangi tu dalam kotak supaya selamat dari cahaya matahari dan suhu panas
3. Jangan Lupa Ketatkan Penutup Botol Minyak WangiBenda ni kita nampak, alaaa leceh la nak bukak tutup bagai. Belum lagi dengan kelam kabut nak siap pergi kerja dan sebagainya. Jangan ek amalkan. Pastikan pentup minyak wangi korang tutup ketat

4. Pilih Minyak Wangi Dalam Bekas KecilAla bekas kecil? Iye korang pilih yang bekas kecil supaya intensiti minyak wangi akan kekal berbanding dengan botol yang lebih besar. 
Amacam, dah tau kan cara supaya minyak wangi baunya tahan lama. Jangan lupa amalkan ye. Bagi mereka yang tengah nak cari perfume baru, kinah nak kongsi dengan korang jenama perfume baru dari Bagaidikata Perfumes


Minyak Wangi Bagaidikata Perfumes dari AlphaseriesWuhuuuu excited ni nak kongsi dengan korang perfume baru dari Bagaidikata Perfumes ni. 

Buat pengetahuan semua, Bagaidikata merupakan jenama baharu di Malaysia yang memfokuskan penghasilan minyak wangi secara handcraft dan ianya dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Projek Serius Sdn Bhd dan 100% anak Malaysia

Matlamat utama mereka adalah untuk menembusi pasaran minyak wangi di Malaysia dengan haruman / scents dari ciptaan / rekaan sendiri. Bagaidikata Perfume bukan inspired atau klon seperti jenama lain ye. Lagipun mereka dah menghasilkan pelbagai jenis wangian sejak 2019 lagi. Tapi pada masa tu mereka hanya menjualnya kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja untuk mendapatkan feedback kualiti wangian yang dihasilkan

Jadi, bermula 22 Mei 2022 lepas, Bagaidikata Perfumes mula melancarkan siri wangian pertama mereka iaitu Alpha Series yang diperkaya dengan Pheromones dan Copulins untuk lelaki dan juga wanita


ALPHA SERIES By Bagaidikata Perfumes
Alpha Series Bagaidikata Perfume kalau korang nak tahu, ianya berbeza dengan wangian lain yang ada di pasaran. Pertama sekali ianya dihasilkan secara handcraft di Malaysia dan hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti Pheromones dan Copulins (hormon sintetik) yang mana pheromones sintetik digunakan serta menjadikan wangian ini menjadi lebih memikat, mempersona, menggoda. Orang yang berada di sekeliling akan lebih mudah mesra, senang mendekati

Manfaat Pheromones dalam Minyak Wangi PerfumeSebenarnya banyak manfaat Pheromones dalam minyak wangi Alphaseries ni. Antaranya ialah

Alpha Series membolehkan penggunanya merasai pengalaman unik ketika memakainya. Si pemakai akan menarik perhatian orang  yang berada di sekelilingnya, mereka akan lebih mesra dan suka mendekati anda. Haaaa jangan pandang rendah dengan minyak wangi Bagaidikata ni ye

Dalam Bagaidikata Perfumes, ada 7 version kesemuanya dan bakal dilancar secara berperingkat. Bagi versi pertama telah dilancarkan pada Mei 2022 lepas dan ada wangian untuk lelaki dan wanita iaitu Alphamale V1 dan Alphafemale V1

Alphamale V1Alphamale V1
Untuk haruman Alphamale V1 ni kalau korang nak tahu mengandungi Musk, Vanilla, Woody Accords, Osmanthus, dan Fruity Accords. Serta kandungan tambahan iaitu 25mg Pheromones per oz
Alphafemale V1Alphafemale V1
Bagi haruman Alphafemale pula mengandungi Musk, Vanilla, Pomegranate, Ylang-Ylang, Grapefruit, Fruity, Flowe Accords serta mengandungi 25mg Pheromones per oz

Cara Guna Perfumes Bagaidikata Perfumes Dengan BetulKinah nak tanya, biasanya korang sembur perfumes bahagian mana? Ada tak yang sembur pada baju? 
Lepas ni jangan buat macam tu lagi tau terutama pada yang menggunakan perfumes Bagaidikata ni sebabnya kedua-dua perfumes ni dicipta untuk kulit ye bukan untuk baju kita. Sebab tu, kita disarankan menyembur minyak wangi pada kulit dibahagian badan seperti leher, bahu, pelipat tangan, serta kaki. Nak lagi best sembur selepas mandi


Apakata Kinah Mengenai Bagaidikata Perfumes
Kinah aritu lepas saja dilancarkan, kinah terus grab Alphamale V1 untuk husband, dan Alphafemale V1 untuk diri sendiri. Kedua-dua haruman perfumes ni kinah dah cuba, paling kinah suka haruman Alphamale V1 tu. Haruman maskulin gitu. Haha pelik betul citarasa, padahal ada je haruman untuk wanita. Lain orang lain citarasa dia. Haruman untuk wanita pun best jugak. Pada mulanya kinah spray Alphafemale, macam tak ngam dengan kinah. Tapi lepas spray dua ke tiga kali, bau tu macam dah serasi. Eh sedap pulak. Selepas pakai tu, bau dia masih ada di ruangan kita sembur padahal pemakainya dah keluar dah. Umpama kita pakai pewangi rumah pula

Satu lagi perkara yang kinah puas hati dengan perfume Bagaidikata ni semestinya bau dia tahan lama. Even baju tu dah basuh, baunya masih ada walaupun dah beberapa hari basuh. Memang berbaloi la beli. 
Korang yang nak minyak wangi ni kena beli cepat tau, sebab minyak wangi ni limited, sebab handcraft kan. Jadi, ambik.masa sikit nak hasilkan, tapi kualiti dia memang tiptop

Tak sabar pula nak tunggu versi ke dua pula. Mesti bau dia best

Korang yang nak dapatkan info mengenai Bagaidikata Perfumes ni boleh layari 
Website : https://alphaseries.myFacebook : https://www.facebook.com/alphaseriesbagaidikata/Instagram : https://instagram.com/alphaseriesmyTwitter : https://twitter.com/alphaseriesmyTiktok : tiktok.com/@bagaidikataperfumesShopee : https://shope.ee/4UyWgMSzOU




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2022/07/4-cara-bagi-minyak-wangi-bau-tahan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

Cara Nak Make Up Simple Tapi Cantik Dengan Slae Cosmetics Kosmetik Mesra Wuduk Serta Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum Cantik nie subjektif sangat Ada yang tak pakai make up pun dah cantik dan kalau nak cantik lagi calit calit lipstick sikit bagi naik seri muka pun dah okay Macam Fiza sendiri lebih senang mengenakan make up yang simple Meman...
10 Tip Tanam Pokok Daun Sup Tahan Lama Subur Gebu Daripada Cikgu Kebun

10 Tip Tanam Pokok Daun Sup Tahan Lama Subur Gebu Daripada Cikgu Kebun

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 165 hits
Bagusnya cikgu ni dia ajar satu2 cara berkebun bercucuk tanam dan jaga pokok free je banyak tips2 berguna untuk jaga pokok tanam pokok dan gemokkan pokok terbaik Cikgu Kebun kepada yang suka menanam pokok dari pokok sayur pokok hiasan dan p...
Minyak Masak Naik Harga Ini Cara Penjimatannya

Minyak Masak Naik Harga Ini Cara Penjimatannya

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 471 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Selamat berhujung minggu semua Semua kaum wanita okay This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Bantu Solekan Tahan Lama Walaupun Kulit Wajah Berminyak Bnb Loose Powder Finishing Makeup Wajib Ada

Bantu Solekan Tahan Lama Walaupun Kulit Wajah Berminyak Bnb Loose Powder Finishing Makeup Wajib Ada

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 230 hits
Untungnya jadi artis ni makeup stay je kat muka Kalau aku ni baru berpeluh hilang terus makeup Solekan dan cuaca merupakan dua perkara yang saling berkait rapat Memandangkan Malaysia ni boleh dikatakan panas sepanjang tahun rata rata daripa...
Minyak Wangi

Minyak Wangi

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 332 hits
JOM KITA BELAJAR Apa Beza Minyak Wangi Eau de Parfum Eau de Toilette dan Eau de Cologne Eau de Parfum Kepekatan minyak wangi 10 20 EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam ...
Cara Hilangkan Bau Nasi Hangit

Cara Hilangkan Bau Nasi Hangit

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 210 hits
GAMBAR HIASAN CARA HILANGKAN BAU NASI HANGIT Cara hilangkan bau nasi hangit Kalau nasi dah terlebih masak atau hangit pasti ada cara nak hilangkan bau hangit tu kan Takkan nak di buang semua Lebih lebih lagi kalau dah masak banyak untuk maj...
Kesan Kuning Dan Bau Cili Pada Blender Ini 3 Cara Mudah Nak Hilangkannya

Kesan Kuning Dan Bau Cili Pada Blender Ini 3 Cara Mudah Nak Hilangkannya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 171 hits
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili Lagi lagi kalau kerja memasak je setiap hari Makin lama akan makin jelas kesan kuning bau blender pun jadi kurang enak Jadi eloklah kita tahu cara yan...
Cara Pakai Cleansing Oil Yang Benar Untuk Tumpas Minyak Wajah

Cara Pakai Cleansing Oil Yang Benar Untuk Tumpas Minyak Wajah

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 141 hits
Justru bagus buat wajah berminyak Karena pakai yang water based aja nggak cukup
Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama Untuk Beli Kereta Baru

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama Untuk Beli Kereta Baru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 286 hits
Cara Trade in Kereta Lama Alkisahnya kereta pertama yang saya beli tahun 2010 dulu kini dah berusia 12 tahun Kereta yang diberi nama Sophie ini masih elok dan selesa digunakan untuk ambil dan hantar anak ke sekolah atau untuk dibawa pulang ...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior