Ini Caranya Tips Berguna Beli Kereta Second Hand


Tak semua orang mampu nak beli kereta baru, jadi pilihan lain yang ada ialah beli kereta terpakai, atau lagi senang faham beli kereta second hand.

Lagi-lagi time Covid-19 lepas, ramai yang hilang pekerjaan - dan tahun 2022 adalah fasa pemulihan, so kalau yang berniat nak beli kereta tapi tak mampu beli kereta baru, janganlah rasa malu pula beli kereta second hand.

Kena ingat, kita perlukan kereta untuk memudahkan pergerakan nak ke sana sini, nak ke tempat kerja, so tak mampu beli kereta baru, apa salahnya beli kereta terpakai. Lainlah kalau memang sangat berkemampuan, tiada halangan nak beli kereta Tesla sekalipun.

Nak beli kereta terpakai tapi tak tahu caranya? Jom kita tengok ini caranya tips berguna beli kereta second hand - kena rajin cari info juga, jangan main beli kereta terpakai tanpa ilmu pengetahuan, nanti ditipu oleh sang penjual yang hanya ingin mengaut keuntungan besar tanpa memikirkan keutamaan pelanggan.



Kredit Gambar Pixabay
1. Periksa Bajet Anda
Apabila nak beli kereta terpakai, tetapkanlah bajet yang kita ada. Kalau kita nak beli secara cash, maka peruntukkan duit tunai. Kalau nak buat pinjaman, maka peruntukan kesanggupan kita nak bayar berapa banyak sebulan mengikut gaji kita.

Pasti bila kita sudah memperuntukkan bajet, senang kita nak sesuaikan kereta jenis apa yang kita nak bersesuaian dengan bajet yang kita ada.

Melalui bacaan saya, tips untuk pembelian kereta terpakai ialah

Kalau anda makan gaji, nilai kereta tersebut sebaik-baiknya tidak lebih daripada gaji setahun anda (Contoh: Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000) - jadi beli kereta terpakai tidak melebihi harga RM36,000
Jika anda membuat ansuran bulanan, bayaran jangan melebihi 15% daripada gaji bulanan anda  (Contoh: 15% x RM3,000 gaji bulanan = RM450) - bayaran bulanan yang dikira baik adalah sekitar RM450 - RM550 dan tempoh bayaran ansuran sekitar 5 tahun jika mampu. Lagi pendek tempoh ansuran, sememangnya lagi baik namun bergantung juga dengan keadaan ekonomi anda.
Belilah kereta untuk memenuhi keperluan anda, jangan mudah termakan pujuk rayu dengan keadaan sekeliling sehingga anda membuat keputusan membeli kereta mengikut kehendak anda.

Sekiranya anda risau atau tiada idea bagaimana untuk membuat anggaran bayaran bulanan untuk membeli kereta second hand, anda boleh menggunakan loan calculator, ianya lebih mudah untuk anda menentukan bajet anda dan mengawal perbelanjaan untuk membeli kereta terpakai >>> Cara Mudah Mengira Bajet Bayaran Bulanan Pembelian Kereta Second Hand  

Contoh:-
Harga kereta second hand : RM36,000
Bayaran duit muka yang anda bayar (jika ada) : RM5,000
Tempoh bayaran ansuran : 6 Tahun
Interest tahunan : 3.5%



Mengikut loan calculator, bayaran sebulan yang anda perlu bayar ialah RM477.97

2. Pemeriksaan Luaran Dan Dalaman Kereta 
Biasanya, ada dua hal penting yang perlu kita lihat pada sesebuah kereta second hand

i) Pertama, melihat bahagian luaran - jangan tengok asal berkilat dan cantik, itu sudah memadai. Tidak sama sekali. Lagi-lagi kita golongan wanita, mudah sangat terpedaya apabila sesuatu yang cantik, betul tak? Tapi membeli kereta tidak sama dengan membeli beg tangan atau kasut cantik.

ii) Kedua, melihat bahagian dalaman - asal enjin boleh dihidupkan, kereta boleh bergerak, kita ingat itu sudah cukup bagus. Juga tidak sama sekali. Ada beberapa hal penting yang perlu kita ambil peduli apabila melihat bahagian dalaman kereta terpakai.

Mengikut laman web Carsome dan beberapa laman web lain, ada beberapa hal yang perlu diambil kira dengan teliti sebelum membuat keputusan membeli kereta terpakai. 

Jangan terburu-buru membuat pembelian. Membeli kereta terpakai tidak sama seperti membeli kereta baru - pastikan kita betul-betul berpuashati dengan kenderaan tersebut sebelum membelinya.


(A) Untuk bahagian luaran,  periksa


Enjin - tengok tanda marking pada enjin - kipas, radiator, gearbox, dan lain-lain. Semasa pemasangan enjin di kilang, biasanya ia akan dimarking untuk memberitahu pemasangan yang betul telah dilakukan. Jadi kalau marking hilang, kemungkinan kereta ini pernah dibaik pulih selepas kemalangan. 


Bateri kereta - pastikan bateri kereta berada dalam keadaan yang baik - tidak kembung atau berbau tengik atau berasid. Kalau ya, pastikan penjual kereta menggantikan dengan kotak bateri yang baru terlebih dahulu.


Spot welding - tengok juga kalau kalau body chassis dan body part mempunyai spot welding atau MIG welding. Jika spot welding tidak kelihatan, mungkin  kenderaan ini pernah mengalami kemalangan dan cantuman MIG welding digunakan bengkel luar untuk cantuman semula.


Brek dan tayar - pastikan brek berfungsi dengan baik semasa pemanduan dan jangan lupa untuk periksa juga bunga tayar. 


Suspensi - Cuba tekan bahagian depan kereta dan perhatikan lantunan kereta tersebut. Bergoyang atau melantun dengan kuat menandakan suspensi perlu ditukar.


Cecair kereta - periksalah juga aras minyak hitam, coolant, aras air berada pada tahap yang baik. Paling bagus jika boleh mendapatkan jadual terakhir kereta tersebut diservis.

(B) Untuk bahagian dalaman,  periksa


Penyaman udara - cuba hidupkan penyaman udara untuk seketika dalam keadaan rehat dan ketika pemanduan. Rasai jika penyaman udara sejuk atau tidak. Jika tidak, kemungkinan penyaman udara perlu diselenggarakan.


Lampu dan komponen elektrik - periksa juga semua lampu kereta berada dalam keadaan yang baik dan boleh menyala. Jangan lupa untuk memeriksa tingkap kereta boleh dinaikkan dan diturunkan dengan mudah.


Gear - penggunaan gear juga perlu berada dalam keadaan yang mudah digunakan dan tidak tersekat.


Stereng - penggunaan stereng juga perlu dalam keadaan yang baik tanpa sebarang gegaran kerana gegaran mungkin menandakan ada masalah pada suspensi atau tayar kereta.


Kerusi & tali pinggang keselamatan - jangan abaikan juga untuk memeriksa keadaan kerusi kereta. Kerusi depan boleh dilaraskan dengan baik serta tali pinggang keselamatan juga berfungsi dengan elok.


Mileage - jangan lupa untuk semak mileage kereta dan disesuaikan dengan tahun kereta digunapakai. Biasanya, lagi tinggi mileage kereta, maka nilai harga kereta menjadi rendah dan kemungkinan kos baik pulih apabila kereta meragam juga tinggi. 

Pilihlah mileage yang rendah atau sederhana sesuai dengan usia kenderaan tersebut. Dan kalau boleh, hadkan juga tahun pengeluaran kereta - ada yang mengesyorkan untuk membeli kereta terpakai yang berusia kurang 10 tahun.

3. Pandu Uji Kereta
Pandu uji sangat penting sebelum membuat keputusan membeli kereta terpakai. Ketika pandu uji, buatlah beberapa ujian seperti ujian brek biasa, ujian brek kecemasan, pusing di selekoh, pandu dengan kelajuan hadlaju berbeza-beza, pandu di kawasan berbukit dan tidak rata - dan perhatikan sama ada kereta tadi berfungsi pada tahap yang memuaskan atau tidak.


Kredit Gambar Jeshoots
Anda yang biasa memandu kereta pasti boleh merasai perbezaan kereta sama ada bermasalah atau tidak.

4. Periksa Sejarah Kereta
Ya, ini juga penting untuk mengetahui selain kereta pernah mengalami kemalangan, adakah kereta pernah terlibat dengan banjir dan berendam di dalam air, misalnya? Pernahkah kereta tersebut dihantar untuk servis akibat banjir dan sebagainya.

Selain itu, jangan lupa periksa adakah kereta tersebut bebas saman trafik, jika ada saman tertunggak pemilik terdahulu perlu menjelaskan bayaran saman tersebut.

Memeriksa sejarah kereta boleh membantu anda mengurangkan risiko daripada ditipu membeli kereta second hand yang kelihatan seperti baru padahal nilainya hampir kepada total loss.

5. Bawa Mekanik Atau Mereka Yang Arif Berkaitan Kereta
Sekiranya anda tidak mempunyai kepakaran dalam memeriksa kenderaan terpakai atau risau ditipu, seelok-eloknya bawalah mekanik kereta bersama anda atau mereka yang biasa dalam pemeriksaan kereta.

Dan janganlah kedekut untuk membayar khidmat nasihat mekanik / formen atau mereka yang ikut serta dengan anda ketika membuat pemeriksaan kereta terpakai.

Bayarlah ikut harga yang sesuai sekitar RM50-RM100. Biarlah anda hilang RM100 membayar mekanik tersebut berbanding anda rugi beribu ringgit di kemudian hari kerana tersalah pilih kereta second hand.

Akhir Kata

Sebenarnya, ada banyak lagi perkara lain yang perlu anda ambil tahu ketika membeli kereta terpakai, antaranya ialah memeriksa kelengkapan dan peralatan asas lain seperti hon, wiper, lampu signal, periksa dengan teliti kereta tersebut bukan total loss, pilih kenderaan yang mudah dijaga dan tidak diubahsuai secara berlebihan.

Pilihlah kereta mengikut kemampuan anda, dan jangan lupa ambil kira juga antaranya kos servis, kos alat ganti, cukai jalan - sebelum membeli kereta tersebut. 

Semoga tips beli kereta second hand ini sedikit sebanyak berguna untuk anda jadikan panduan sebelum membeli kereta terpakai.

Permainan Arked Kereta (Car Arcade) Online Game Percuma
Oh ya, dah alang-alang cerita tentang kereta, jomlah main car arcade online game.

Terhibur pula sesekali main online game, percuma pula tu. Ada beberapa pilihan permainan, antara yang rasa best nak cuba ialah Cars Lightning Speed dan Go Chicken Go. 

_______________________Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2022/06/tips-berguna-beli-kereta-second-hand-terpakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 331 hits
Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah Kereta satu keperluan hidup zaman sekarang Kalau dulu tak kisah takde kereta ada motosikal atau basikal sudah memadai Tapi zaman sekarang tak boleh takde kereta Biarlah kecil asalkan ada Bagi yang ba...
Tips And Tactics For Purchasing Second Hand Kitchen

Tips And Tactics For Purchasing Second Hand Kitchen

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 247 hits
Are you dreaming of owning a new kitchen and want to shop sustainably Are you on a tight budget Worry no more You can go shopping for used kitchens instead of new ones which will The post appeared first on
Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

Perfgg Warga Emas Beli Kereta Mahal Secara Tunai

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 362 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki warga emas membeli kereta mahal secara tunai InstagramShare on telegramJAKARTA Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang lelaki warga emas membeli kereta...
Tips Beli Kenderaan Ikut Kemampuan Bulanan

Tips Beli Kenderaan Ikut Kemampuan Bulanan

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 292 hits
TIPS BELI KENDERAAN IKUT KEMAMPUAN BULANAN Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua lama lah tak keudara since kita bercerita pasal perihal kasut yang lepas Baru baru ni suami merungut lah pasal dah habis berbelas ribu baiki kenderaan tap...
Jangan Tertipu Ini 13 Tips Kalau Nak Beli Durian Yang Isi Bagus

Jangan Tertipu Ini 13 Tips Kalau Nak Beli Durian Yang Isi Bagus

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 177 hits
Sekarang ni semua orang tengah tergila gila nak makan durian tapi tak semua tahu cara yang betul nak pastikan durian yang dibeli tu berbaloi ke tak biasalah penjual durian sekarang fikir untung je kepuasan pelanggan pun diabaikan Ini yang a...
Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 579 hits
Nissan Sylphy 1 8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016 Beli baru terus dari showroom Nissan di Glenmarie Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya Bukan pasal produk sangat Tapi lebih kepada cara...
Hasil Penat Lelah Bersama Akhirnya Alieff Irfan Dapat Beli Kereta Sport Mclaren 720s Bernilai Rm2 Juta

Hasil Penat Lelah Bersama Akhirnya Alieff Irfan Dapat Beli Kereta Sport Mclaren 720s Bernilai Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 287 hits
Personaliti media sosial yang berjaya iaitu Alieff Irfan atau nama sebenarnya adalah Mohd Alieff Irfan Aziki menganggap rezeki yang diperolehnya selama ini adalah hasil usaha dirinya selama beberapa tahun menjadi You Tuber Impian bagi Alief...
Beli Kereta Terpakai Dibantu Mak Sendiri Vs 5 Jurutera Asas Jual Beli Adalah Kepercayaan

Beli Kereta Terpakai Dibantu Mak Sendiri Vs 5 Jurutera Asas Jual Beli Adalah Kepercayaan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 429 hits
Macam mana nak beli 10 buah kereta sekali gus yang setiap satunya berada dalam keadaan baik dan sangat memuaskan hati Kalau ada banyak duit paling mudah pergi beli kereta baru saja Habis cerita Insyaallah kesemuanya baik baik belaka Kondisi...
Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama Untuk Beli Kereta Baru

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama Untuk Beli Kereta Baru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 293 hits
Cara Trade in Kereta Lama Alkisahnya kereta pertama yang saya beli tahun 2010 dulu kini dah berusia 12 tahun Kereta yang diberi nama Sophie ini masih elok dan selesa digunakan untuk ambil dan hantar anak ke sekolah atau untuk dibawa pulang ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut