Macam Penguin Jalan Lambat Lambat Kaki Pun Bengkak Waktu Hamil


Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Walaupun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.
KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL – BAHAYA KE? Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.

Artikel Menarik: [Air Ketuban Ibu Kurang Mungkin Sebab Bayi Ada Masalah Buah Pinggang & Saluran Kencing]
PUNCA Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
TIP MENGURANGKAN BENGKAK PADA KAKI SEMASA HAMIL #1: MINUM AIR MENCUKUPI Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.
#2: TINGGIKAN KAKI SEMASA BARING Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.

#3: MENGIRING KE KIRI Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
 
#4: BANYAKKAN PERGERAKAN  Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.

#6: COMPRESSION STOCKINGS Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
#7: KASUT YANG SELESA Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!
Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia  boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Artikel Menarik: [Teringat Nikmat Baby Tendang Dalam Perut, Dari Serik Terus Rasa Nak Pregnant Balik!]
Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome – penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
KAKI BENGKAK SEBELAH ADALAH TIDAK NORMAL! Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. Macam mana?
TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
DEEP VEIN THROMBOSIS Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.

Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.
Artikel Menarik: [Bini Bila Mengandung Memang Selalu Mood Swings, Suami Layankan Je]
CELLULITIS Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga (tanpa kita sedari) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.
Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.
The post Macam Penguin, Jalan Lambat-Lambat. Kaki Pun Bengkak Waktu Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/macam-penguin-jalan-lambat-lambat-kaki-pun-bengkak-waktu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Makan Banyak Suplemen Waktu Hamil Tak Boleh Telan Itu Bukan Alasan

Kena Makan Banyak Suplemen Waktu Hamil Tak Boleh Telan Itu Bukan Alasan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 316 hits
Bukan hanya untuk ibu hamil tetapi wanita yang sedang merancang untuk mengandung juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka Harus jaga pemakanan dan carilah suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh Tidak semestinya bergantung k...
Uri Melekat Tak Ada Kaitan Dengan Ibu Makan Sotong Waktu Hamil Karut

Uri Melekat Tak Ada Kaitan Dengan Ibu Makan Sotong Waktu Hamil Karut

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 613 hits
Masalah uri melekat selepas kelahiran dipanggil sebagai retained placenta Ia jarang berlaku tetapi sekiranya berlak boleh jadi secebis atau keseluruhan uri melekat Artikel Menarik Di dalam penulisannya mengatakan masalah tumpah darah yang b...
Jangan Pejam Mata Kalau Ada Keputihan Serius Waktu Hamil Berisiko Kepada Bayi

Jangan Pejam Mata Kalau Ada Keputihan Serius Waktu Hamil Berisiko Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 492 hits
Keputihan adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku dalam kalangan wanita Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah keputihan yang lebih banyak berbanyak wanita yang tidak mengandung Jika keputihan berwarna jernih tiada masalah Namun ia ...
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 661 hits
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak Pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati muka dan badan anak kesayangan mereka tiba tiba bengkak sebelum membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan Pada ...
Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 397 hits
Jijik dan meloyakan Itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki sanggup memasak dan menjamah daging yang digoreng daripada bahagian kakinya yang terputus Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Reddit lelaki yang dikenali sebagai Sh...
Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 329 hits
SOALAN Antara solat pada awal waktu dengan solat berjemaah mana patut diutamakan Contohnya si isteri ingin solat pada awal waktu tetapi suami jenis solat lewat tetapi ingin berjemaah bersama JAWAPAN Solat pada awal waktu dan solat berjemaah...
Cerita Santriwati Hafalkan 30 Juz Alquran Dalam Waktu 1 5 Bulan

Cerita Santriwati Hafalkan 30 Juz Alquran Dalam Waktu 1 5 Bulan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 329 hits
Sebelum masuk ke dalam kelas khusus Imelda menyebut bahwa hal pertama yang harus disiapkan adalah meluruskan niat
Paparan Polusi Udara Dalam Waktu Lama Bisa Sebabkan Munculnya Masalah Tulang

Paparan Polusi Udara Dalam Waktu Lama Bisa Sebabkan Munculnya Masalah Tulang

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 202 hits
Diketahui bahwa ternyata terdapat hubungan antara polusi udara dalam jangka waktu lama dengan kesehatan tulang yang buruk Peneliti menganalisis data lebih dari 3 700 orang dari 28 desa di India Selatan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba