Macam Mana Ibu Ayah Begitulah Anak Jangan Marah Lihat Diri Sendiri Dulu


Seperti mana sikap ibu ayah, ia akan ‘menurun’ pada anak-anak. Oleh itu, ibu ayah sendiri harus menunjukkan contoh yang baik serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Jika anak-anak diajar sejak kecil untuk menjaga tingkah laku, mereka akan disayangi dan membesar menjadi anak yang baik.

Sebagai ibu ayah, terdapat tujuh jenis adab yang perlu kita ajarkan kepada anak-anak sedari mereka kecil. Apabila anak-anak sudah menguasai adab-adab ini, mereka akan membesar sebagai individu yang sopan dan disenangi ramai.
Artikel Menarik: [Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium & Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak]
7 JENIS ADAB, AJARKAN PADA ANAK-ANAK #1. Minta tolong dan berterima kasih
Ini perkara asas yang perlu diajarkan pada anak-anak. Biasakan mereka untuk menggunakan perkataan “Tolong” apabila menginginkan bantuan dan mengucapkan “Terimakasih” apabila menerima sesuatu daripada sesiapa. Terangkan kepada mereka, yang hal ini bukan saja perlu dibuat ketika mereka bersama anda tetapi perlu diucapkan kepada sesiapa sahaja.
#2. Tidak menyampuk
Ajarkan juga supaya anak tidak menyampuk ketika sesiapa bercakap. Tegaskan kepada mereka, ia adalah perbuatan yang biadap jika kita menyampuk ketika orang lain bercakap. Jangan ajarkan supaya mereka tidak menyampuk ketika orang dewasa bersembang tetapi sesiapa sahaja. Jika hanya diajarkan jangan menyampuk ketika orang dewasa bercakap, nanti mereka akan buat begitu apabila kawan-kawan bercakap.

#3. Tidak kritik atau ejek orang lain
Sebagai ibu ayah, kita perlu ajar anak-anak supaya menjaga mulut. Jangan suka mengejek atau mengkritik orang lain. Biasanya jika anak-anak, salah satu perkara yang selalu dijadikan bahan ejekan adalah fizikal kawan-kawannya. Selain itu, ajarkan juga kepada anak-anak agar tidak mengkritik tentang perkauman. Didiklah anak-anak untuk sentiasa memuji dan menghargai orang lain.
Artikel Menarik: [Sayangkan Bayi, Peluk Cium Selalu. Tak Perlu Mainan Banyak, Dia Tak Reti Main Pun!]
#4. Suka berkongsi
Salah satu adab lain yang perlu diajarkan pada anak-anak adalah kesanggupan mereka untuk berkongsi dengan orang lain. Selain dengan adik-beradik sendiri, didik anak untuk sentiasa berkongsi dengan orang lain. Dengan cara ini, anak-anak boleh berlajar untuk bertolak ansur serta bermain bersama-sama tanpa perlu bergaduh.

#5. Bercakap lembut di telefon
Ajarkan pada anak-anak untuk mengangkat telefon dnegan sapaan yang lembut. Gunakan permulaan ayat seperti memberi salam atau “Hello” dengan lembut. Kemudian, ajarkan juga kepada anak untuk menggunakan kata-kata yang baik semasa berkomunikasi dengan orang di telefon.
Artikel Menarik: [Ini Sebenarnya Kos Membesarkan Seorang Anak Di malaysia Terutama Di Ibu Kota]
#6. Adab bermain
Ketika anak bermain di luar rumah, disiplinkan mereka untuk membersihkan kaki dan terus mandi apabila selesai bermain. Selain itu, ibu ayah juga boleh menetapkan masa untuk anak-anak bermain di luar. Ajari mereka untuk menepati dan menghormati masa yang anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda dapat mendidik mereka untuk menjadi individu yang menghormati masa serta berdisiplin.
#7. Adab makan
Paling penting, ajarkan anak-anak untuk menunggu semua orang ada di meja makan terlebih dahulu sebelum mula makan. Selain itu, didiklah mereka untuk tidak bercakap ketika mulut penuh. Sebaiknya, didik anak untuk tidak bercakap ketika sedang makan. Ajar mereka untuk makan secara tertib dan tidak gelojoh. Paling penting, ajar mereka untuk menghormati dan menghargai makanan serta elakkan tabiat membazir.

Untuk membentuk sahsiah diri anak, banyak lagi adab lain yang harus diajarkan kepada mereka. Didiklah mereka perlahan-lahan supaya mereka terbiasa dan perkara itu menjadi tabiat. Apabila perkara itu selalu mereka lakukan, mereka tidak perlu diajar lagi pada masa depan tentang cara-cara untuk menjadi anak yang baik.
Sumber: Hello Doktor
The post Macam Mana Ibu Ayah, Begitulah Anak. Jangan Marah, Lihat Diri Sendiri Dulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/macam-mana-ibu-ayah-begitulah-anak-jangan-marah-lihat-diri-sendiri-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 516 hits
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim usik sana sini gurau semuanya jadi bertambah indah Penat pun sama sama Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenat...
Jangan Bila Marah Terus Up Status Jagalah Aib Maruah Seperti Menjaga Diri Sendiri

Jangan Bila Marah Terus Up Status Jagalah Aib Maruah Seperti Menjaga Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 341 hits
Pada hari ini laman sesawang media sosial mejadi medan utama masyarakat meluahkan perasaan dan perkongsian Bukan itu saja malah ada individu yang memaparkan keretakan rumah tangga pergeseran antara suami isteri pergaduhan pasangan bercinta ...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 683 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 539 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 659 hits
Tahukah anda ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak anak Apa yang jelas setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak Jika diperha...
Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 811 hits
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama ...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 528 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Kalau Susukan Anak Ibu Tahu Apa Yang Terbaik Jangan Dipengaruhi Unsur Negatif

Kalau Susukan Anak Ibu Tahu Apa Yang Terbaik Jangan Dipengaruhi Unsur Negatif

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 345 hits
Setiap ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan ada ujiannya yang tersendiri Ada yang kurang susu payudara terasa sakit dan banyak lagi Semua itu adalah normal dan sangat penting untuk para ibu yang menyusukan anak ini mendapatkan ilmu la...
Ibu Ayah Tumpah Air Mata Bangga Jadi Saksi Anak Soleh Hafaz 30 Juzuk Al Quran

Ibu Ayah Tumpah Air Mata Bangga Jadi Saksi Anak Soleh Hafaz 30 Juzuk Al Quran

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 395 hits
Ibu bapa mana yang tidak mengalirkan air mata dikala melihat kejayaan anak anak Merekalah orang pertama yang tersenyum bangga apabila anak yang dibesarkan berjaya menjulang kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi Gugur air mata syukur d...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order