Macam Mana Cara Nak Reply Tweet Di Twitter
MACAM MANA CARA NAK REPLY TWEET DI TWITTER | Soalan yang paling kerap saya dapat tentang twitter ialah, macam mana nak guna twitter.? Dah ada akaun twitter tapi tak tahu nak guna. Tak reti nak guna twitter sebab tak tahu nak tekan apa.
Sebelum tu saya nak terangkan sikit perbezaan Twitter dengan facebook.
Sebenarnya tak de beza sangat pun. Cuma istilah-istilah yang digunakan pada Twitter tu lain dari facebook.
Retweet = Share
❤ = Like
Kalau di Facebook kita akan comment dan like post kawan-kawan yang kita dah biasa. Hari ni aku komen post kau. Esok kau pulak komen post aku. Aku like post kau, kau like post aku.
Tapi di twitter tak macam tu.
Tak kira siapa pun, kalau tweet kau menarik orang akan retweet dan kasi ❤ . Maksud menarik di sini ialah menarik untuk diulas, menarik untuk di kecam atau menarik sekadar untuk di baca dan kongsi.
Tak de istilah ": eh.. kau siapa ye tiba2 je datang reply tweet aku,padahal kita bukan saling follow pun"
" kau ni tak pernah retweet tweet aku, tak pernah ❤ tweet aku. Malas la aku nak follow kau"
Kat Twitter tak boleh macam tu.
Kalau kat facebook boleh la kita nak pilih2 siapa boleh like siapa boleh komen. Tapi di Twitter , bila kau tweet je semua orang boleh reply, retweet dan ❤.
Korang boleh la lock akaun twitter supaya tweet korang tak de siapa boleh kecam. Tapi tak de siapa la nampak tweet korang tu. Umpama macam korang bercakap sorang2.
Kalau ada yang baca pun setakat orang yang follow korang je.
Bila korang lock akaun twitter korang, komen balas korang kat post orang lain pun tak boleh dibaca oleh orang lain yang tak follow korang. Rugi tak?
Selalunya tweet2 yang di lock, orang tak berminat sangat. Sebab bila kita lock tweet maknanya kita dah had kan kebebasan orang lain untuk retweet dan bagi pendapat.
Jadi pilih la nak lock tweet atau pun tidak, Mana yang dirasakan bagus untuk diri sendiri.
Ada orang tak tahu nak retweet apa sebab dekat timeline dia tak de apa yang best.
Twitter ni, kalau korang nak best korang kena follow ramai orang. Kalau follow 2,3 kerat je memang tak best. Follow juga account2 yang aktif di twitter.
Jangan follow orang yang kau kenal je. Nanti buka twitter nampak post sama je dengan post kat fb.
Sebab tu saya tak suka link kan acc fb dan Insta saya dengan twitter. Boring kot. Nampak benda sama je.
Macam mana cara nak reply tweet?Rujuk pada gambar bawah ni..
Saya andaikan yang korang dah ada account twitter. Dah follow beberapa orang di twitter dan tak lock account twitter korang ye.
So paparan twitter korang akan keluar macam ni.
1- Repy Tweet2- retweet3- favourite this tweet4- Show Ths Thread5- compose tweet6- view tweet7- share tweet
Tutorial hari ni ialah tentang Cara Reply Tweet. Iaitu icon yang saya tandakan dengan no 1
1- Reply tweetUntuk reply korang tekan icon berbual yang no 1.
Untuk Twitter tak boleh reply panjang2. Limit hanya sampai bulatan di bahagian tepi tu habis je. Rujuk gambar dibawah"
Korang pilih satu tweet yang korang rasa nak reply.. Kemudian pilih pada icon berbual tu. Korang paham2 la yang mana satu icon berbual tu ye. hahahah.
Bila korang click icon berbual tu , keluar gambar macam dibawah ni.
Nampak bulatan kat bucu digambar atas ni? Korang reply jangan sampai bulatan tu jadi warna merah.Tu maknanya dah terlebih perkataan.
Kalau nak tulis panjang2 boleh clik icon berbual kat korang punya komen pertama. Dan sambung tulis komen korang
Bila dah siap tulis komen , klik pada bulatan yang saya buat kat tulisan biru tu. Ada 2 nama kat situ..Kan
Saya nak reply pada Mohd Redzuan.jadi saya kena buang nama KetengahKetepi tu.
Klik pada tulisan biru dan akan keluar macam di bawah ni. Kalau ada satu nama je kat situ, (nama pemilik asal tweet) abaikan bahagian ni
Hilangkan tanda ✔️ warna biru pada nama Ketengahketepi tu. kemudian Done .Lepas tu dah terpapar komen korang kat tweet tu
Peraturan nak reply ni ialah jangan mention nama orang yang retweet atau like, kalau korang nak reply pada tweet asal.
Kalau tidak nanti korang dapat ayat gini.." hello sis, please unmention i... " susah nanti sebab twiter ni bukan boleh edit2 komen atau tweet.
Ok..tu je la. tutorial hari ni. Cer pergi twitter dan try reply tweet siapa2. Kat twitter,orang yang kita tak kenal pun kita boleh reply tweet dia. So tak boleh malu2 nak reply tweet orang lain ye
Tu je la..Lain kali saya buat tutorial lain pulak.Terima kasih kerana membaca artikel macam mana cara nak reply tweet di twitter. Semoga bermanfaat untuk semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/10/macam-mana-cara-nak-reply-tweet-di.html