5988 Macam Mana Dia Lompat Pagar Harian Metro 15 10 2020




Kuala Lumpur: Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.
Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.
Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.
"Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?
"Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?
"Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi," katanya.
Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.
"Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?
"Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.
"Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini," katanya.
Isnin lalu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.


Artikel oleh: Harian Metro
MACAM MANA DIA LOMPAT PAGAR?
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/630840/macam-mana-dia-lompat-pagar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/5988-macam-mana-dia-lompat-pagar-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakap Macam Takda Agama Datin Alyaa Naik Angin Suami Dituduh Lari Lompat Pagar Sprm

Cakap Macam Takda Agama Datin Alyaa Naik Angin Suami Dituduh Lari Lompat Pagar Sprm

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 381 hits
Masih lagi diperkatakan mengenai isu individu yang didakwa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan Macau Scam berjaya melarikan diri dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Susulan daripada itu antara individu yan...
5987 Ngo Mahu Siasatan Telus Kes Suspek Utama Hilang Harian Metro 14 10 2020

5987 Ngo Mahu Siasatan Telus Kes Suspek Utama Hilang Harian Metro 14 10 2020

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 423 hits
Kuala Lumpur Badan bukan kerajaan menyarankan pihak berkuasa supaya mengadakan siasatan khas berhubung kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket pengubahan wang haram Malah NGO meminta siasatan itu dilakukan...
Bagaimana Dato Seri Debab Boleh Lompat Pagar

Bagaimana Dato Seri Debab Boleh Lompat Pagar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 483 hits
Kuala Lumpur Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya Malah timbul tanda tanya adakah su...
Macam Mana Cara Nak Reply Tweet Di Twitter

Macam Mana Cara Nak Reply Tweet Di Twitter

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 708 hits
MACAM MANA CARA NAK REPLY TWEET DI TWITTER Soalan yang paling kerap saya dapat tentang twitter ialah macam mana nak guna twitter Dah ada akaun twitter tapi tak tahu nak guna Tak reti nak guna twitter sebab tak tahu nak tekan apa Sebelum tu ...
5997 Cari Penyelesaian Tuntas Isu Bekalan Air Berita Harian 20 10 2020

5997 Cari Penyelesaian Tuntas Isu Bekalan Air Berita Harian 20 10 2020

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 436 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor digesa mempertimbangkan penyelesaian tuntas menerusi penubuhan jawatankuasa bertindak merangkumi pelbagai pihak khusus untuk sumber air Tampil mengemukakan cadangan itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkat...
Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 586 hits
Benda tu nak mai nak buat macam mana Kes Covid 19 meningkat MB Kedah kata tak boleh salahkan kerajaan negeriKedah semalam mencatatkan 153 kes baharu positif Covid 19 yang kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar Bagi Menteri Besar Kedah ...
Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 379 hits
Ku Li Umno tolak disogok Pas pula macam mana Oleh October 16 2020IpohmaliBila baca surat Ku Li yang dia menolak jawatan dari PM Tebuk Atap sebagai Pengerusi Petronas yang elaunnya ratusan ribu RM sebulan Sedangkan Ku Li jauh lebih layak mem...
Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air

Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Negara Apa Bahasanya Nama Orang Be Like

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Keberanian Bank Bank Besar As Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Loela Drakel Api Cinta Chord