Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan


“Along, dah tu tengok TV. Gi mandi. Jap lagi dah nak maghrib.”
Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya.
“Along, dengar tak mama panggil. Pergi mandi.” Mama ulang lagi arahannya.
“Aaa…”Along menjawab pendek.

“Along…SEKARANG!!” suara mama dah macam gaya Kak Ros pangil Upin Ipin mandi dah.
“Mama, jap la dulu. Sikit lagi, nak abis dah ni.” Along bagi alasan.
“Dah..dah..sudah. Tutup TV tu sekarang. Dari tadi lagi mama dah suruh. Kalau tak, mama cubit kang. Sudah mama cakap!.” Mama mengeraskan suaranya.

“Ishh…yelah..yelah..yelah..orang tutup la ni.” Dengan mula masam mencuka, hentakan kaki yang begitu, nampak sangat along sedang bengang dengan arahan mama nya tadi. Along, tutup TV dan masuk ke biliknya.
Anak yang lain, di masa yang lain :
“Ala…mama..tak naklah susu macam ni. Ali nak susu panas sikit. Ini dah sejuk. Tak sedap.” Ali berumur 4tahun merengek.
“Cuba Ali rasa dulu. Sedap ni.”mama memujuk.
“Tak nak..Ali tak suka yang macam ni.” Ali menjawab.
“Ali ni, mama dah penat-penat buat. Biasa ok je. Hari ni, tak nak pulak. Bukan sejuk mana pun. Boleh minum terus ni.” Mama menjawab.
“Tak nakkk…nak panas sikit.” Ali menegaskan suaranya.
“Suka hatilah. Kalau nak, minum je. Kalau tak nak, tak yah minum. Ngada-ngada plak budak ni.” Dengan rasa penuh geram mama biarkan saja air tu dengan Ali.
Dihujung hari, si mama ni terfikir-fikir, apalah yang jadi sebenarnya. Kenapalah anak-anak perangai macam ni. Kecik-kecik dah pandai melawan. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, kalau mak ayah suruh je buat apa-apa, laju je buat. Tak de nak jawab-jawab bagai macam anak-anak ni. Apa yang tak kena sebenarnya?. Salah aku ke yang mendidik? Atau memang aku tak bagus jadi mama?

Antara soalannya:
Boleh kongsikan tips anak yang suka membetah (melawan) cakap ibu bapa mereka? Anak saya contohnya sering memberi alasan untuk sesuatu perkara seperti’ nak tengok kartun ni dulu sebelum mandi?’, ‘tak nak susu panas, nak susu sejuk’ sedangkan kebiasaanya ok je.
Saya selalu cuba melayan semua pertanyaannya tapi bila terlalu banyak alasan diberi, saya jadi kurang sabar. Bila saya tinggikan suara, dia kata saya garang dan selalu marah dia.

Baik, mari Ibu kongsikan pandangan dan jawapan Ibu ya.
Sebenarnya jika anda kaji betul-betul anak begini, bukan melawan kata, dia hanya mahukan OPTION. Dia mahu negotiate dengan ibunya. Oleh itu para ibu bapa perlu bijak untuk pro-aktif.
Jangan hanya suruh dia mandi, beri dia OPTION nak mandi sebelum kartun atau nak mandi selepas kartun. Kalau anak pilih nak mandi selepas kartun habis, immediately selepas kartun TV ditutup. Di sini ibu bapa perlu tegas dengan masa menonton TV.
Mungkin selama hari ini kita hanya terdedah dengan keibubapaan cara ARAH dan PATUH yang hanya sesuai untuk zaman peringkat umur Ibu ni. Generasi BABY BOOMERS orang panggil, yang lahir sekitar 1944 – 1965.
Anak-anak zaman sekarang ni, kita panggil anak Zaman Milenia, lebih kepada option dan mahu dipengaruhi supaya mereka boleh memilih sendiri untuk bekerjasama dan bukan taat dan patuh sahaja.
Kenapa?
Kerana sekiranya anak-anak itu dibesarkan dengan arah dan patuh sahaja, anda mungkin akan mematahkan semangat anak-anak yang kuat semangat. Anak zaman ni cerdik. Anda perlu bijak mempengaruhinya untuk bekerjasama dengannya dan bukan paksa untuk dia beri bekerjasama saja.
Jadi sekarang, apa yang anda perlu lakukan adalah:
1. BERI PILIHAN
2. PENGARUHI DIA DENGAN PERBINCANGAN dan PENERANGAN.
Memanglah nampak macam panjang je caranya, beza dengan ARAH dan PATUH. Namun, ia akan sangat membantu membina anak menjadi orang yang lebih reasonable pada masa depan. Pecayalah, sebab Ibu sendiri dah lalui banyak pengalaman.
Semoga perkongsian Ibu ini dapat membantu anda meningkatkan kefahaman mengenai ‘loving & firm’ parenting.
Salam Sayang.
Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-zaman-sekarang-nak-pilihan-tak-sama-macam-anak-zaman-dulu-yang-patuh-pada-arahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa 10 Anak Zaman Mak Dulu Tak Sama Dengan 3 Anak Zaman Sekarang

Kenapa 10 Anak Zaman Mak Dulu Tak Sama Dengan 3 Anak Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 687 hits
Tu pasal mental mak mak sekarang koyak KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH Kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan bukan Eleh makcik dulu anak ramai boleh je jaga ko baru tiga dah macam tak...
Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah

Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 349 hits
Tahniah anda hamil sekali lagi Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah benarkah Debaran melahirkan anak kedua Mengetahui anda hamil kembali pasti membuatkan anda tertanya tanya bagaimana proses...
Besarkan Anak Hari Ni Tak Macam Dulu Dengan Fahrel Saya Isteri Tegas Fahrin

Besarkan Anak Hari Ni Tak Macam Dulu Dengan Fahrel Saya Isteri Tegas Fahrin

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 350 hits
Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengakui membesarkan anak pada zaman sekarang tak semudah seperti ibu bapa kita zaman dulu Dulu ketika usia anak bawah 6 tahun bermain adalah keutamaan tetapi kini ia jauh berbeza Anak anak didedahkan deng...
Ibu Zaman Sekarang Lebih Stres Berbanding Ibu Zaman Dulu Semua Benda Kena Buat

Ibu Zaman Sekarang Lebih Stres Berbanding Ibu Zaman Dulu Semua Benda Kena Buat

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 315 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
Ramai Atau Sedikit Berapa Bilangan Anak Paling Sesuai Untuk Pasangan Zaman Sekarang

Ramai Atau Sedikit Berapa Bilangan Anak Paling Sesuai Untuk Pasangan Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 311 hits
Memang memiliki anak itu adalah rezeki bagi setiap pasangan Tetapi pernahkah pasangan zaman sekarang ini terfikir berapakah bilangan anak paling ideal yang patut mereka miliki Bukan mahu menolak rezeki tetapi ada beberapa perkara yang perlu...
Khairuddin Nasihat Orang Ramai Patuh Arahan Kuarantin Diri Eeeewwwww Orang Macam Ni Tak Ada Malu Kah

Khairuddin Nasihat Orang Ramai Patuh Arahan Kuarantin Diri Eeeewwwww Orang Macam Ni Tak Ada Malu Kah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 248 hits
October 9 2020 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan kuarantin diri yang ditetapkan kerajaan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata arahan kuarantin sa...
Resipi Cucur Kembung Ikan Bilis Cukup Lembut Gebu Mudah Anak Nak Pegang

Resipi Cucur Kembung Ikan Bilis Cukup Lembut Gebu Mudah Anak Nak Pegang

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 489 hits
Cucur antara finger food yang cukup mudah disediakan buat anak anak kita Selain cucur nasi atau cucur daripada roti gabungan cucur dengan bahan bahan lain seperti ayam ikan bilis serta beraneka sayuran yang dihancurkan menjadi potongan dadu...
Nak Kenal Learning Style Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka

Nak Kenal Learning Style Anak Mak Ayah Kena Selalu Perhati Tapi Tak Perlu Label Bimbang Anak Takut Meneroka

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 342 hits
Mempunyai ilmu keibubapaan dalam membesarkan anak anak memang penting Sekurang kurangnya kita tahu apa yang anak anak kita cenderung dan minat untuk masa depan mereka Salah satu yang penting untuk anda tahu adalah learning style anak anak M...
Astaghfirullahalazim Ingatkan Nak Peluk Disepaknya Plak Anak Tu

Astaghfirullahalazim Ingatkan Nak Peluk Disepaknya Plak Anak Tu

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 6585 hits
Astaghfirullahalazim Ingatkan nak peluk disepaknya plak anak tu Netizen di media sosial meluahkan rasa geram terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menyepak anak perempuannya yang terjatuh dari motosikal Kejadian itu berlaku pada Ju...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri