Mac Bulan Bencana Sektor Penerbangan Kerana Permintaan Penumpang Jatuh Mendadak Iata


KUALA LUMPUR, 29 April — Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyifatkan Mac sebagai bulan bencana kepada industri penerbangan berikutan permintaan yang diukur daripada penumpang mengikut kilometer (RPK) jatuh mendadak 52.9 peratus berbanding tahun lepas.
Ini merupakan penurunan yang terbesar dalam sejarah, mencerminkan impak daripada langkah kerajaan untuk memperlahankan penularan COVID-19, kata IATA yang mewakili 290 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 82 peratus trafik udara global.
Bagi data pelarasan musim, jumlah penumpang global kembali kepada paras yang kali terakhir dilihat pada 2006.
Kapasiti Mac (tempat duduk tersedia mengikut kilometer (ASK) susut 36.2 peratus dan faktor muatan jatuh mendadak 21.4 mata peratusan kepada 60.6 peratus, kata IATA dalam kenyataan hari ini.
“Mac merupakan bulan bencana bagi penerbangan. Syarikat penerbangan secara progresif merasakan peningkatan impak daripada penutupan sempadan dan sekatan pergerakan berikutan COVID-19, termasuk di pasaran domestik.
“Permintaan berada pada paras yang sama seperti 2006, namun kami mempunyai pesawat dan pekerja untuk menggandakannya. Lebih memburukkan apabila kita tahu keadaan semakin merosot pada April dan kebanyakan isyarat menuju ke arah pemulihan yang perlahan,” kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac.
Permintaan penumpang antarabangsa bagi Mac 2020 menguncup 55.8 peratus berbanding Mac 2019.
Ia lebih buruk berbanding penurunan 10.3 peratus tahun ke tahun pada Februari. Semua rantau merekodkan penyusutan peratusan trafik dua angka. Kapasiti merosot 42.8 peratus dan faktor muatan menjunam 18.4 mata peratusan kepada 62.5 peratus, jelas IATA.
“Syarikat penerbangan Asia Pasifik mendahului penurunan itu memandangkan trafik Mac jatuh 65.5 peratus berbanding tahun lepas, iaitu melebihi dua kali ganda penurunan 30.7 peratus pada Februari. Kapasiti turun 51.4 peratus dan faktor muatan jatuh 23.4 mata peratusan kepada 57.1 peratus,” katanya.
Permintaan bagi perjalanan domestik menguncup 47.8 peratus pada Mac berbanding Mac 2019 dengan peratusan penurunan dua angka di seluruh pasaran. Ia berbanding kejatuhan 21. 3 peratus tahun ke tahun pada Februari. Kapasiti susut 24.5 peratus dan faktor muatan menjunam 26.0 mata peratusan kepada 58.1 peratus.
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019. Bagaimanapun, ia adalah penambahbaikan melebihi 85 peratus bagi penurunan tahun ke tahun pada Februari berikutan langkah negara untuk membuka semula penerbangan udara domestik.
Syarikat penerbangan Jepun mencatat pengurangan 55.8 peratus tahun ke tahun bagi RPK domestik walaupun tidak mengenakan sebarang sekatan keluar masuk yang meluas.
“Industri ini dalam keadaan merosot dan kita belum jatuh ke paras terendah. Namun, masanya akan tiba tidak lama lagi, saya harap — apabila pihak berkuasa bersedia melonggarkan sekatan pergerakan dan membuka sempadan. Adalah penting untuk kerajaan bekerjasama dengan industri pada masa ini untuk membuat persiapan menghadapinya,” kata de Juniac.
Beliau berkata ia adalah satu-satunya jalan bagi memastikan industri penerbangan mempunyai kaedah untuk mengekalkan keselamatan penumpang ketika perjalanan dan memberi keyakinan kepada kerajaan bahawa sektor penerbangan tidak akan menjadi vektor dalam penularan penyakit ini.
“Kita juga perlu mengelakkan kekeliruan dan kerumitan setelah 9.11. Piawaian global yang  dipersetujui bersama dan boleh dipraktikkan akan menjadi misi kritikal untuk mencapainya. Satu-satunya kaedah untuk mencapai hasrat itu adalah menerusi kerjasama,” kata beliau.
Sumber: BERNAMA
The post Mac Bulan Bencana Sektor Penerbangan Kerana Permintaan Penumpang Jatuh Mendadak – IATA appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/30/mac-bulan-bencana-sektor-penerbangan-kerana-permintaan-penumpang-jatuh-mendadak-iata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 3 Bulan Tapi Dah 3 Kali Jatuh Katil Habis Lebam Lebam Muka Baby Yatt Hamzah Risau Keadaan Anaknya

Baru 3 Bulan Tapi Dah 3 Kali Jatuh Katil Habis Lebam Lebam Muka Baby Yatt Hamzah Risau Keadaan Anaknya

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 485 hits
Perkara yang paling menyeramkan dan merisaukan para ibu ayah tentu sekali bila menyaksikan bayi kecil mereka jatuh dari tempat yang tinggi Ini kerana badan bayi masih lembut dan mudah cedera parah Baca Kejadian seperti ini tidak dapat diela...
Animal Crossing Nh Terjual Lebih 5 Juta Unit Di Bulan Mac Tertinggi Dalam Sejarah Permainan Konsol

Animal Crossing Nh Terjual Lebih 5 Juta Unit Di Bulan Mac Tertinggi Dalam Sejarah Permainan Konsol

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 250 hits
13 Kongsikan SuperData sebuah anak syarikat penyelidikan terkenal Nielsen mengeluarkan data mengenai statistik jualan permainan video digital untuk Mac 2020 Dari data tersebut apa yang menarik perhatian kami adalah mengenai statistik jualan...
Pesanan Mkn Bagi Bulan Mac 2020

Pesanan Mkn Bagi Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 346 hits
DAY 50 Hari ke dua belas RamadanSimpan sini sebagai kenangan RMO Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini RM0 dari awal ada di 28 Mac 2020 RM0 KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas jika terdapat peniaga y...
Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020

Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 521 hits
Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana sudi melayari Kami doakan anda semua sentiasa sihat sejahtera Kelmarin dapat emel dari Google Pemberitahuan pendapatan Google Adse...
Doni Monardo Hari Kesiapsiagaan Bencana Fokus Putus Penyebaran Virus Corona

Doni Monardo Hari Kesiapsiagaan Bencana Fokus Putus Penyebaran Virus Corona

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 296 hits
Doni menyebut Hari Kesiapsiagaan Bencana tahun ini akan berfokus terhadap kegiatan untuk memutus mata rantai penyebaran virus corona
Telkom Regional Ii Salurkan Donasi Tanggap Bencana Covid 19

Telkom Regional Ii Salurkan Donasi Tanggap Bencana Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 235 hits
Beberapa bantuan yang disumbangkan meliputi masker kain latex gloves hand sanitizer disinfektan sepatu boots dan baju hazmat Bantuan tersebut diberikan kepada empat Rumah Sakit rujukan pemerintah untuk menangani pandemi Covid 19
Kemenkes Sebut Bencana Berdampak Pada Kejiwaan Masyarakat Termasuk Covid 19

Kemenkes Sebut Bencana Berdampak Pada Kejiwaan Masyarakat Termasuk Covid 19

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 135 hits
Kelompok rentan ini termasuk beberapa kelompok misalnya lansia anak balita termasuk juga remaja kemudian juga beberapa kelompok lain termasuk kelompok orang yang mengalami gangguan jiwa imbuhnya
11 Movie Korea Berkaitan Pandemic Bencana

11 Movie Korea Berkaitan Pandemic Bencana

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 261 hits
11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC BENCANA Sudah berapa minggu sejak kerajaan keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk berada di rumah bagi menghentikan penyebaran virus coronavirus atau COVID 19 Mesti ramai diantara kita mula berasa bosa...
Jika Sektor Ekonomi Pekerja Gagal Patuh Sop Mereka Akan Kembali Duduk Di Rumah Kkm

Jika Sektor Ekonomi Pekerja Gagal Patuh Sop Mereka Akan Kembali Duduk Di Rumah Kkm

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 619 hits
Bermula hari ini rakyat Malaysia telah mula keluar bekerja seperti biasa dengan pelbagai SOP ketat bagi menggelakkan sebarang sentuhan dengan individu lain Menjaga jarak masing masing adalah perkara paling utama dalam menbendung wabak Covid...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut