11 Movie Korea Berkaitan Pandemic Bencana
11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA | Sudah berapa minggu sejak kerajaan keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berada di rumah bagi menghentikan penyebaran virus coronavirus atau COVID-19. Mesti ramai diantara kita mula berasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan untuk mengisi masa terluang yang ada
Langkah yang paling baik untuk mangatasi masalah bosan ketika berkurung di rumah adalah dengan menonton film. Dengan keadaan dunia yang sedang dilanda wabak virus COVID-19 ni, film berkaitan dengan pandemi banyak dicari kebelakangan ini. Jadi, sini saya nak kongsikan dengan korang 11 movie Korea yang berkaitan dengan wabak penyakit dan bencana alam mengikut susunan tahun yang mungkin menarik untuk korang tonton buat masa ni
The Host (2006)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han. Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat
Deranged (2012)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat. Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang
Tidal Wave (2009)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Haeundae, lokasi percutian pantai popular yang terletak ditenggara Semenanjung Korea. Lokasi tersebut menjadi tumpuan hampir satu juta orang setiap tahun. Bagaimanapun, seorang pakar penyelidikan tusnami mendapati, Laut Timur mempunyai tanda-tanda awal gempa bumi seperti yang berlaku di Lautan Hindi ketika tsunami tahun 20004
Walaupun diberi amaran, Agensi Pencegahan Bencana menegaskan Korea tidak akan diancam bahaya tsunami. Bagaimanapun, segalanya terlambat apabila tsunami besar yang bermula di Tsushima, Jepun sedang menuju ke Haeundae dengan laju dan pengunjung pantai percutian tersebut hanya mempunyai 10 minit untuk menyelamatkan diri
The Tower (2012)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Pada Malam Krismas, di gedung menara berkembar Tower Sky di pusat Seoul, penduduk dan anggota kakitangan sibuk melakukan persiapan Krismas. Kejadian api kecil di dapur sebuah restoran telah menarik perhatian kakitangan Tower Sky, Lee Dae-Ho (Kim Sang-Kyung), yang mendapati sistem pemadam api telah rosak. Pemilik bangunan Jo (Cha In-Pyo) mengabaikan amaran itu dan meneruskan pesta Krismas malam itu
Sebuah helikopter telah disewa untuk mengelilingi bangunan dan menyembur salji buatan kepada para tetamu semasa pesta Krismas. Penduduk yang berkumpul untuk acara itu kagum dengan pertunjukkan tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan mereka bertukar menjadi kejadian menakutkan apabila helikopter terbabit kehilangan kawalan dan terhempas pada bangunan yang kemudiannya berlaku rantaian kejadiaan yang akan menggancam nyawa penduduk pada bangunan tersebut
The Terror Live (2013)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas dalam kejadian letupan Jambatan Mapo di Sungai Han
The Flu (2013)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati. Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak
Pandora (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan. Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik
Tunnel (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku, berlaku kejaduan terowong runtuh. Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri ‘terkubur’ di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya
Train To Busan (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan
Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie
Ashfall (2019)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Diarahkan oleh Lee Hae-Jun dan Kim Byung-Seo, Ashfall berkisarkan tentang sekumpulan invidivu yang berjuang untuk mengelakkan letusan gunung berapi Gunung Baekdu di Korea Utara
Filem ini dibintangi Lee Byung Hun akan memainkan peranan sebagai ejen Korea Utara bernama Ri Jun Pyeong yang cuba menyekat letusan itu. Dia seorang agen utama tetapi dipenjarakan kerana mengintip. Ha Jung Woo akan memainkan peranan sebagai anggota pasukan EOD (Pakar letupan Korea Selatan) yang bernama Jo In Chang. Bae Suzy sebagai isteri Jo In Chang. Ma Dong Seok pula membawa peranan sebagai Kang Bong Rae, seorang profesor geologi yang telah meramalkan letusan Gunung Baekdu
Exit (2019)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
Menempatkan dua watak utama iaitu Yongnam (Cho Jung Seok) dan Eui Joo (Lim YoonA), yang terperangkap ketika penyebaran asap beracun yang telah disengajakan oleh pihak tertentu. Mereka kemudiannya harus bertahan menunggu sehingga bantuan datang menyelamatkan mereka sambil berusaha mengelakkan diri dan menolong orang di sekeliling mereka dari terkena gas beracun yang semakin lama semakin merebak dengan cepat
Sumber : kakimuvee.net ,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/05/10-movie-korea-berkaitan-pandemic.html