Maajun Nenda Warisan Turun Temurun Dari Bidan Istana Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita
Maajun Nenda Warisan Turun Temurun Dari Bidan Istana Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita | Perasan tak mak-mak kita ni, walaupun mereka dah berusia tapi kudrat mereka masih kuat, sihat dan bertenaga kalah kita yang masih muda ni.
Tak seperti kita sekarang ni, selalu sakit sana sini, sengal-sengal badan, lemau dan cepat letih. Pernah tak korang tanya apa rahsia mereka sentiasa bertenaga?
Confirm la mereka akan jawab, kita kena jaga pemakanan, perbanyakkan makan ulam-ulaman dan sebagainya tapi dalam masa yang sama mereka juga mengamalkan pengambilan maajun. Serius la? Bukan ke maajun ni bahaya ke
Jika bahaya la maajun ni, takkan la sampai sekarang masih ada yang mengamalkannya. Kinah sendiri pernah tengok mak kinah ambik maajun, tapi kinah tak pernah la cuba sebab masa tu sekolah lagi. Masa tu mak siap pesan
" kamu jangan cuba makan maajun ni".
Bila dah ada anak dan usia pun dah 30 an barulah terdetik nak makan maajun. Sebabnya badan ni selalu sakit sana sini, boleh dikatakan hampir setiap hari mintak tolong suami picitkan dan minta si kakak tolong pijak belakang badan. Bila dah mintak tolong hari-hari, mulalah dua beranak tu bunyi
"Ibu ni, asyik-asyik suruh kakak pijak je"
" Awak ni, sakit sana sakit sini"
Hmm bila dah ada yang complaint gitu, takkan nak biarkan je. Kinah pun cuba la ambik maajun nenda viral tu dan selalu tengok status whatsapp member share pasal maajun nenda ni. Terdetik hati nak cuba. Roger beliau dan kinah terus grab dua botol terus. Senang stok untuk 48 hari
Selain sakit-sakit badan ni, kinah perasan cycle period macam lari sikit selepas keguguran masa raya aritu. Itu yang menjadi lebih confident nak cuba maajun kerana dikatakan dapat membantu memulihkan semula kesihatan dalaman. Badan ni nak pakai lama uiii.
Maajun Nenda Warisan Turun Temurun Dari Bidan Istana Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita
Kinah ni sebelum nak mencuba apa-apa memang kinah suka baca, tengok review, feedback semua. Bukannya apa, untuk menambah keyakinan kita untuk mencuba. Rupanya Maajun Nenda ni dah lama kot sejak dari tahun 1928 lagi. Kiranya dah 94 tahun dah weh maajun ni. Walaupun sudah lama, namun cara pembuatannya masih dikekalkan iaitu 100% homemade menggunakan kuali tembaga dan bukannya dari kilang
Bila tengok ramai yang bagi feedback positif. Kita pun nak try la. Sebelum tu, kinah nak tanya, korang ada tanda-tanda seperti di bawah ni tak? Jika ada, itu tandanya rahim kita tidak sihat
Banyak keputihan keluarPerut selalu rasa kejangPeriod tak menentuPerut buncit Sakit ketika bersamaSakit tumitKerap terkencing
Khasiat Maajun NendaAda banyak khasiat maajun Nenda ni ye. Kenapalah kinah tak kenal dari dulu lagi. Antara khasiatnya ialah :
1) Melawaskan buang air besar dan mengatasi masalah sembelit
2) Memperbanyakkan susu ibu
3) Membantu mengecutkan rahim ibu selepas bersalin
4) Melancarkan peredaran darah haid dan masalah senggugut
5) Membuang angin dalam badan96) Kurus tanpa lapar
7) Mengetatkan, menegang dan menganjalkan
8) Membantu mengempiskan perut
Cara Makan Maajun NendaCara nak makan maajun nenda ni senang aje. Dalam setiap botol, ada 3 biji boba. 1 biji boba tu korang boleh potong pada 8 bahagian. Kiranya semua ada 24 biji kesemuanya. Tapi...
Haa ada tapinya, kalau korang malas nak potong, boleh je nak cubit kemudian gentel sikit dan boleh kunyah macam biasa
Makan 2 kali sehari, bagi mereka yang baru nak mencuba makan maajun, boleh ambil dalam kuantiti sedikit, kemudian bila dah serasi boleh ikut dos seperti biasa
Bagi remaja dan wanita yang belum berkahwin, korang disarankan untuk mengambil 1-2 biji sehari anggaran sebesar biji jagung. Biasanya satu botol ni boleh tahan dalam masa 2 atau 3 minggu jika mengikut saranan yang diberi
Sedap kot maajun ni. Tak perit dan tak kering tekak. Bila dah lama korang amalkan, macam kunyah coklat je.
Mengapa Wajib Dapatkan Maajun Nenda?1. Jamu original pertama yang rasanya lembut dan sedap, tidak kering tapi lembap seperti kuih asyura
2. Terbukti homemade dan masak dari dapur nenda, tiada bahan berbahaya, tiada bahan pengawet, serta tiada bahan penguat. Hanya menggunakan rempah, herba, daun dan akar yang berkhasiat
3. Berkesan serta merta kerana apabila kita kunyah, segala khasiat dari herba dan rempah semua akan meresap ke dalam badan terus
4. Rasanya sedap dan manis dari madu gurun asli yang berkualiti tinggi tau bukan guna madu yang biasa jual di pasaran.
5. Senang di bawa, dan boleh disimpan di dalam beg tangan saja
6. Tidak panas, tidak keringkan tekak, dan tidak sakit kepala
7. Resipi original jamu dari Bidan Istana sejak tahun 1928. Semua bahan ramuan dari herba rempah terpilih yang berkualiti tinggi
8. Bukan sahaja untuk kesihatan dalaman wanita juga untuk kesihatan luaran serta awet muda
9. Wanita dan lelaki boleh amalkan maajun Nenda
Bagaimana Nak Dapatkan Maajun Nenda?
Kinah tau, korang mesti nak tahu cara nak dapatkan maajun Nenda ni. Ingat ye, korang kena beli pada agen atau stokis yang sah sebab dah ada maajun Nenda yang fake. Jadi boleh beli di Shopee mynenda ataupun di Instagram mynenda ye
#maajunnenda #maajunviral #mynenda #maajunhomemade
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2022/10/maajun-nenda-untuk-kesihatan-dalaman-wanita.html