Maaf Rakyat Tidak Boleh Terpedaya Lagi Kata Zahid


malaysiakini.com
Diterbitkan 16 Aug 2021, 8:49 am

KATA MP l Nada mereka mula berubah. Mula bertutur dalam nada sedih lagi pilu gara-gara sedang terdesak.

Harap maaf rakyat tidak boleh terpedaya lagi. Rakyat tahu ini cuma satu lagi permainan persepsi.

Hakikatnya rakyat lebih sedihkan berpuluh ribu mereka yang telah kehilangan orang tersayang angkara kerajaan gagal.

Saban hari ada rakyat kematian ibu, ayah, anak, isteri, suami, adik, abang, kakak akibat pandemik. Ini yang pilu.
Rakyat lebih sedihkan ramai yang kini hidup dalam kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan. Disebabkan oleh dasar dan polisi menguruskan pandemik yang bias serta beragendakan kepentingan politik.

Rakyat desak laksanakan "total lockdown", tetapi mereka laksanakan "total lockdown" suam-suam kuku.

Rakyat suruh tutup kilang bukan "essential", mereka tutup perniagaan-perniagaan kecil yang kurang berisiko.

Rakyat minta benarkan keluar wang KWSP, Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank. Rakyat minta moratorium 2.0, kerajaan kata itu adalah mustahil.

Selepas diasak bertalu-talu baru mereka benarkan. Itupun selepas Institusi Diraja mula bersuara.

Ordinan Darurat pula seolah-olah diperkudakan untuk menggantung demokrasi.
Jauh berbeza seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan Darurat untuk membendung penularan Covid-19.

Sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat jangkitan wabak malah semakin memburuk.

Semasa Ordinan Darurat bermula kes jangkitan harian sekitar 3,000 dan selepas lapan bulan pelaksanaannya cecah 21,000.

Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara.

Rakyat desak percepatkan pemberian vaksin macam-macam alasan diberi sehingga negara Eropah pun dijadikan kambing hitam.

Selepas kedudukan dan jawatan sudah tergugat baru kelam kabut dipercepatkan. Baru mempertimbangkan keluhan peniaga.

Bahaya kerajaan seperti ini. Kaki "spin". Jika mahu dirungkai satu persatu kegagalan panjang senarainya.
Maka rakyat sukar terpengaruh dengan cerita sedih mereka kerana rakyat ada masalah kepercayaan yang besar terhadap kerajaan PN.

Dan sebab itu juga Umno sebagai sebuah parti politik perlu bertindak demi memastikan nyawa rakyat dan nasib negara tidak terus dipertaruhkan.

Kepada Allah jua kita berserah.

AHMAD ZAHID HAMIDI adalah presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.

Tulisan ini pertama kli dimuatnaikkan di Facebooknya dan ia adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/maaf-rakyat-tidak-boleh-terpedaya-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 269 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR UMNO memberi jaminan akan memperbaiki keadaan yang menghimpit rakyat akibat kesan pandemik Covid 19 secepat mungkin sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan Persekutuan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid H...
No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 353 hits
agendadaily com8 8 2021Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kawan rapat politik sejak 1980 an Laungan No Anwar No DAP dibawa UMNO hanya berbentuk sentimen dan boleh berubah sekali gus menjayakan kerjasama parti itu den...
Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 360 hits
Sidang khas Dewan Rakyat boleh dipanggil tanpa notis mencukupi bagi tujuan membentang dan membahaskan undi percaya terhadap Perdana Menteri kata seorang peguam PETALING JAYA Mana mana Ahli Parlimen kini boleh memohon menghadap Yang di Pertu...
Letak Jawatan Mp Masih Boleh Berkhidmat Untuk Rakyat

Letak Jawatan Mp Masih Boleh Berkhidmat Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 353 hits
Kalau demi untuk Gaji pangkat kuasa segala mak nenek lain memang kena pegang jawatan kalau boleh biar sampai kiamat Letak jawatan kerajaan tidak AKAN LUMPUH fronliner ada Menteri biasa PALING belakang di kerusi empuk beri arahan Kalau terpu...
Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 272 hits
Pemimpin Bersatu dakwa Muhyiddin ada cara nak jinakkan UmnoAugust 7 2021 Berpengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjinakkan Umno kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian Katan...
Zahid Kata Kini Kita Tahu Mana Intan Mana Kaca

Zahid Kata Kini Kita Tahu Mana Intan Mana Kaca

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 245 hits
Zahid kata Kini kita tahu mana intan mana kaca Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti itu kini boleh melihat pemimpin mana yang intan dan kaca selepas ada yang masih menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata ahl...
Sidang Dun Kelantan Diteruskan Semua Wakil Rakyat Perlu Disaring Kata Speaker

Sidang Dun Kelantan Diteruskan Semua Wakil Rakyat Perlu Disaring Kata Speaker

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 395 hits
Persidangan DUN Kelantan yang berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan secara bersemuka di Kompleks Kota Darulnaim KOTA BHARU Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini akan diteruskan kat...
Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Akaun I Egold Bank Rakyat Kelebihan Syarat Dan Cara Mohon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km