Ma Ahad Tahfiz Ismail Kindergarden Di Sungai Penchala Kuala Lumpur


Hello pembaca kesayangan ..



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika islam yang terletak di Sg. Penchala, Kuala Lumpur.




Misz-ella ke MTIK kerana dijemput oleh Pengarah Urusan Tadika tersebut, Puan Nur Natasha Binti Tan Sri Rozali Ismail untuk menghadiri Majlis Graduasi anak-anak sekolah tersebut. Terima Kasih Natasha, dapat saya tambah ilmu hari ini dan boleh saya kongsi dengan pembaca semua.





MTIK diasaskan oleh Y Bhg Tan Sri Rozali Ismail yang terlebih dahulu telah membuka Ma'ahad Tahfiz Ismail buat anak-anak di peringkat menengah yang terletak di Puncak Alam, Selangor. 

MTIK terletak di Lot 2746, Jalan Sri Penchala 2, Off Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, sebuah kawasan pinggir bandar yang bersempadan dengan kejiranan elit seperti Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Damansara dan pelbagai lagi.

Lokasi Sungai Penchala adalah sangat strategik dan boleh dihubungi melalui pelbagai lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya DUKE dan juga NKVE.

Menariknya, MTIK dikelilingi oleh persekitaran hijau berbukit bukau yang membuatkan sejuk mata kita memandangnya. 



Sebaik tiba, Misz-ella teruja dengan warna-warna ceria yang menyambut kedatangan tetamu di majlis itu *terserlah aura positif tadika ini*



Sementara itu tetamu turut disambut dengan kehijauan persekitaran halaman tadika ini. Besar, selesa, bersih dan selamat untuk anak-anak beriadah. MTIK memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menerima anak-anak dari usia 3 tahun hingga ke 6 tahun.






Misi utama MTIK adalah untuk menerapkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak kecil dengan cara menyediakan konsep pembelajaran yang lebih moden,  mudah dan ceria. Anak-anak di sini diberi pendidikan pra-sekolah dengan penekanan asas pendidikan Islam. Mereka dididik agar boleh membaca, memahami bahasa Arab, menghafal Al-Quran dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 
Dalam erti kata yang lebih mudah, anak-anak ini diberi pendedahan bahawa Islam itu adalah ad-din ataupun peraturan hidup (way of life), maka di sini, anak-anak dididik agar mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam sedari kecil lagi. 







Walaupun berasaskan pendidikan Islam, MTIK turut menitikberatkan pengisian pendidikan yang lain di mana anak-anak disini turut diberi pendedahan ilmu Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Aktiviti-aktiviti berkumpulan di dalam kelas dijalankan secara interaktif bagi membolehkan anak-anak ini ber-reaksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. 
Misz-ella tertarik dengan susunatur dan hiasan dalaman bilik-bilik darjah dan bilik aktiviti di MTIK ini. Sentuhan 'ceria' warna-warna terang serta lukisan-lukisan kreatif di dinding digunakan bagi membangkitkan semangat belajar dan suasana pembelajaran yang 'sihat' di kalangan anak-anak di sini.
Gambar dari laman web MTIK
Anak-anak kecil di sini dididik oleh "Murabbi" (cikgu) yang terlatih dan berkelayakan. Di MTIK, anak-anak memulakan pembelajaran seawal jam 8:30 pagi dan mereka dibenarkan berada di tadika berkenaan sehingga jam 5:30 petang di bawah pengawasan rapi oleh "Murabbi" mereka. Apa yang menarik ialah sessi pembelajaran anak-anak ini dibahagikan kepada beberapa sessi bagi membolehkan mereka kekal aktif, ceria dan bersemangat sepanjang berada di sini.  



Selain dari itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan di MTIK seperti kelas belajar berenang di bawah pengawasan jurulatih renang bertauliah, aktiviti berkebun, aktiviti riadah di taman permainan, aktiviti berkuda yang dijalankan di Felda Bukit Cherakah dan bermacam lagi. 
So, buat pembaca kesayangan, sekiranya anda sedang mencari Tadika Islam yang berkualiti dan seimbang dalam memberi pendidikan Islam dan pendidikan moden yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk anak anda seperti mengaji Al-Quran, kelas berenang dan lain-lain lagi, boleh lah you all consider Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ni. Dari pagi sampai ke petang anak you all berada di sini menuntut ilmu sambil dijaga rapi oleh "Murabbi" berpengalaman, boleh la mak-mak semua bekerja dengan senang hati, kan.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan MTIK, you all boleh layari laman web MTIK dengan menekan link ini atau hubungi nombor telefon 03-7733 2598 dan 019-354 4836.

Kepada pihak pengurusan MTIK, Tahniah Misz-ella.blogspot.com ucapkan di atas usaha murni ini. Nasib baik i tak da anak kecik, kan ..
OK pembaca kesayangan .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Terima Kasih baca. Bye.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/12/maahad-tahfiz-ismail-kindergarden-mtik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Kuala Lumpur 2019 Batu Caves Dan Saujana Utama Sungai Buloh

Trip Kuala Lumpur 2019 Batu Caves Dan Saujana Utama Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 875 hits
Hari pertama ni kami jalan2 di Batu Caves sebab dekat dengan Selayang Cuaca mendung kadang2 hujan renyai2 Nak masuk ke sini 3 kali terlepas pintu utama kena pusing lagi Haha Maklumlah banyak sangat kenderaan termasuk bas pelancong depan pin...
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 786 hits
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipe...
The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur

The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 691 hits
The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur Salam semua Malaysia terkenal dengan pelbagai menu masakan yang unik Salah satunya adalah Char Kuey Teow Kalau ikutkan char kuey teow adalah menu masakan cina Tetapi sekarang menu...
5 Western Restaurants To Check Out In Kuala Lumpur

5 Western Restaurants To Check Out In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 372 hits
5 western restaurants to check out in Kuala Lumpur Malaysia negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan kerana rakyatnya yang berbilang bangsa Selain makanan tempatan Malaysia juga sangat mengalu alukan makanan yang berasal dari luar negar...
19 Disember 2019 Klinik Tiroid Di Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur

19 Disember 2019 Klinik Tiroid Di Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 634 hits
19 DISEMBER 2019 KLINIK TIROID DI PEMBEDAHAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR Semalam aku tak rasa bosan sangat masa Klinik Tiroid dekat Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur Sebab apa Sebab Aliah teman aku Bukan apa biasanya aku seorang diri Sunyi s...
Terkejut Papan Iklan Perkhidmatan Sugar Daddy Secara Terbuka Di Kuala Lumpur

Terkejut Papan Iklan Perkhidmatan Sugar Daddy Secara Terbuka Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 482 hits
Warganet terkejut dengan pengiklanan platform perkhidmatan janji temu sugar daddy yang dilakukan secara terbuka di papan iklan elektronik di Kuala Lumpur Mengikut Facebook syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu Sugar papan iklan elekroni...
Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 603 hits
Order food online from the best restaurants in Kuala Lumpur Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Di arus pembangunan yang pesat sekarang ini banyak perkara yang kita tak perlu bersusah payah seperti dahulu kerana semuanya hanya di huju...
Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019

Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 432 hits
Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019 Sejak berlangsungnya Sidang Kemuncak Kuala Lumpur Arab Saudi yang tidak menghantar wakil dilihat terguris dengan penganjuran sidang negara negara Islam berkenaan Beberapa laporan media sebe...
5 Best Restaurants In Kuala Lumpur Malaysia

5 Best Restaurants In Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 636 hits
5 Best Restaurants in Kuala Lumpur MalaysiaKetika TB sedang menaip entri ni kelihatan hujan renyai renyai diluar sana perut pula berkeroncong lapar kerana cuaca hujan yang sejuk ni Mulalah mencari something yang boleh mengenyangkan perut in...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan

Khutbah Jumat Jangan Tasyabbuh Larangan Menyerupai Non Muslim Dalam Islam

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Daun Kesum

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen