Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019


Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019 | Sejak berlangsungnya Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL), Arab Saudi yang tidak menghantar wakil dilihat terguris dengan penganjuran sidang negara-negara Islam berkenaan

Beberapa laporan media sebelum ini menyatakan Arab Saudi memandang penganjuran itu sebagai satu ancaman kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), selain tidak gembira dengan kehadiran ‘musuh-musuhnya’ - Iran dan Qatar

Pada masa sama, penarikan diri Pakistan pada saat-saat akhir juga menarik perhatian banyak pihak

Meskipun media Pakistan mendakwa penarikan diri itu dibuat selepas mesyuarat diadakan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Imran Khan (perdana menteri Pakistan) mungkin mempunyai sebab tersendiri untuk menarik diri

Bagaimanapun, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam berkata ketidakhadiran Pakistan sememangnya disebabkan tekanan daripada Arab Saudi

“Malang sekali, kita lihat Arab Saudi beri tekanan kepada Pakistan. Sekarang, ada janji yang diberi oleh negara itu (Arab Saudi) kepada Pakistan berhubung bank pusat. Pun begitu, lebih daripada (janji-janji) itu, terdapat empat juta rakyat Pakistan bekerja di Arab Saudi.

Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019 
“Mereka (mengugut) menghantar pulang (rakyat Pakistan) dan mengambil semula pekerja dari Bangladesh,” kata Erdogan seperti dipetik media Turki, Daily Sabah

Erdogan mendakwa taktik digunakan Arab Saudi adalah dengan mengugut untuk mengeluarkan wang mereka dari bank pusat Pakistan, yang menyebabkan Pakistan terpaksa akur dengan ugutan tersebut

Media sebelum ini melaporkan bank pusat Pakistan menerima AS$1 bilion yang merupakan bahagian ketiga dan terakhir bayaran program sokongan daripada Riyadh

Ergodan turut memberi gambaran bahawa Indonesia berdepan ugutan yang sama

Sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak KL, Mahathir pada 17 Disember dilaporkan telah menghubungi Raja Salman Abdulaziz Al Saud bagi menjelaskan persidangan itu bukanlah untuk membina blok baru menggantikan OIC, dengan menyifatkan Malaysia “terlalu kecil” untuk melakukan perkara sebegitu

Hari ini pula, Mahathir mengakui ada pihak yang salah faham dengan niat penganjuran Sidang Kemuncak KL- sama ada dengan sengaja atau tidak - dan ada yang berasa sangsi dan terhina

Biarpun tidak menyebut secara langsung, ia dipercayai merujuk kontroversi yang timbul ekoran kritikan Arab Saudi terhadap pengajuran persidangan tersebut

Sidang Kemuncak KL 2019 berlangsung sejak 18 hingga 21 Disember (hari ini) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bagi membincangkan hala tuju dunia Islam bertemakan 'Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara'.

Punca Pakistan Tak Sertai Kuala Lumpur Summit 2019 
Sidang Kemuncak tersebut memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet

Ia turut menyentuh isu seperti Islamophobia, penahanan umat Islam di seluruh dunia dan penghijrahan besar-besaran umat Islam akibat perang saudara

Mahathir hari ini menyuarakan kebanggaannya apabila sidang itu menyaksikan 18 pertukaran instrumen berjaya diadakan, meliputi pelbagai bidang seperti teknologi tinggi, kerjasama media, keselamatan makanan, kepimpinan belia dan program pertukaran. -mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/12/punca-pakistan-tak-sertai-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 403 hits
If Kuala Lumpur Summit 2019 is a lesser or an ad hoc version of the Organisation of Islamic Conference an event summoned immediately due to extraordinary circumstances affecting the Muslim world the organisers have unwittingly enhanced the ...
Trip Kuala Lumpur 2019 Bermula Sebuah Perjalanan

Trip Kuala Lumpur 2019 Bermula Sebuah Perjalanan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 572 hits
Cuti sekolah akhir tahun 2019 kali ini kami memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur Sebenarnya sudah lama kami tidak ke sana Pergi ni pun kira last minute punya plan Kalau plan awal kot2 tak jadi nanti frust pula anak2 Hehe Kami bertolak pada...
Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 410 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang BANYAK kesilapan tafsira...
Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur Tahun 2019

Pengunjung Ke 1 Juta Menara Kuala Lumpur Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 383 hits
Selama anda mendengar nama Menara Kuala Lumpur sudah berapa kali agaknya anda singgah di lokasi popular di Kuala Lumpur ini Kalau belum apa kata buat rancangan untuk ke sini sebab mana tahu anda juga bertuah sebagai salah seorang pemenang d...
Trip Kuala Lumpur 2019 Batu Caves Dan Saujana Utama Sungai Buloh

Trip Kuala Lumpur 2019 Batu Caves Dan Saujana Utama Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 821 hits
Hari pertama ni kami jalan2 di Batu Caves sebab dekat dengan Selayang Cuaca mendung kadang2 hujan renyai2 Nak masuk ke sini 3 kali terlepas pintu utama kena pusing lagi Haha Maklumlah banyak sangat kenderaan termasuk bas pelancong depan pin...
Kuala Lumpur Bike Week 2019 Meriah

Kuala Lumpur Bike Week 2019 Meriah

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 412 hits
Kuala Lumpur Bike Week 2019 yang berlangsung selama dua hari di The Hangar Bandar Malaysia Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara Pengajuran ini bersempena ulangtahun Red Garage...
19 Disember 2019 Klinik Tiroid Di Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur

19 Disember 2019 Klinik Tiroid Di Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 583 hits
19 DISEMBER 2019 KLINIK TIROID DI PEMBEDAHAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR Semalam aku tak rasa bosan sangat masa Klinik Tiroid dekat Pembedahan Am Hospital Kuala Lumpur Sebab apa Sebab Aliah teman aku Bukan apa biasanya aku seorang diri Sunyi s...
5 Western Restaurants To Check Out In Kuala Lumpur

5 Western Restaurants To Check Out In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 339 hits
5 western restaurants to check out in Kuala Lumpur Malaysia negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan kerana rakyatnya yang berbilang bangsa Selain makanan tempatan Malaysia juga sangat mengalu alukan makanan yang berasal dari luar negar...
Terkejut Papan Iklan Perkhidmatan Sugar Daddy Secara Terbuka Di Kuala Lumpur

Terkejut Papan Iklan Perkhidmatan Sugar Daddy Secara Terbuka Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 447 hits
Warganet terkejut dengan pengiklanan platform perkhidmatan janji temu sugar daddy yang dilakukan secara terbuka di papan iklan elektronik di Kuala Lumpur Mengikut Facebook syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu Sugar papan iklan elekroni...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai