The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur


The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur | Salam semua, Malaysia terkenal dengan pelbagai menu masakan yang unik. Salah satunya adalah Char Kuey Teow. Kalau ikutkan char kuey teow adalah menu masakan cina. Tetapi, sekarang menu ini adalah simbolik perpaduan rakyat Malaysia. Dah menjadi kegemaran tidak kira orang cina, orang india dan juga orang melayu. Peniaga berbangsa melayu pun dah ramai yang berniaga char kuey teow ni. Sis pun memang peminat char kuey teow.


Tapi itulah , banyak cara yang berbeza orang masak char kuey teow ni. Ada yang goreng basah dan ada juga yang goreng kering. Walaupun ada gaya masak yang berbeza, yang penting itu atas selera masing - masing.

Apa yang sis faham "Char" adalah bermaksud goreng, kalau sebut char kuey teow maksudnya kuey teow goreng. Walaupun pelbagai gaya ejaan yang dieja. Yang penting semua sebutan memberi maksud yang sama. Char kuey teow berasal dari loghat Hokkien iaitu kaum cina di sana. Char kuey teow sangat popular di Pulau Pinang. Keunikan char kuey teow yang asli adalah ketika digoreng api akan menjulang tinggi. Siapa yang pernah tengok kat warung - warung ada orang goreng style macam tu main angkat - angkat kuali, kita sendiri pun asyik tengok kan.

Kekuatan rasa char kuey teow adalah terletak pada kuah kicap. Kelainannya pula adalah kuah yang banyak sehingga banjir di seluruh pinggan ditambah udang dan kerang segar. Tapi itu lah bukan senang nak jumpa yang halal lagi sedap char kuey teow ni. Paling selamat boleh nak masak sendiri. Kalau nak cari tempat yang halal jual char kuey teow yang sedap ini, nanti sis nak kongsikan 5 tempat makan best untuk dapatkan char kuey teow yang halal.

Kali ini, sis nak kongsikan "The Best 5 Eateries For Halal Char Kuey Teow In Kuala Lumpur".


1. Aunty Gemuk Char Kuey Teow

Panggilan untuk Aunty gemuk ini dah lama sebab orang dah biasa terpanggil Aunty gemuk bukan untuk mengejek atau pun rasa tidak hormat. Ia adalah simbolik untuk char kuey teow versi Aunty gemuk. Aunty Gemuk Char Kuey Teow ni dah lama beroperasi lebih 20 tahun lamanya. Kuey teow Aunty gemuk di dalam Restoran Jamal Mohamed boleh dikatakan sebagai antara kuey teow pilihan ramai di sekitar Petaling Jaya.

Kuey teow yang dimasak oleh Aunty gemuk ini menggunakan bahan halal selain disediakan sambil duduk sahaja. Walaupun Aunty gemuk telah meninggal dunia dan warung nya diambil alih oleh anak saudaranya tetapi resepi dan rasa masih tetap sama.

Char kuey teow versi Aunty gemuk adalah lebih pedas dan biasanya lebih merah sikit berbanding char kuey teow yang lain. Harga sekarang untuk sepinggan adalah RM 6. Siapa suka versi char kuey teow yang lebih pedas, boleh cuba char kuey teow Aunty Gemuk ni. Sesiapa yang kerap datang di Wisma FAM di Kelana Jaya, pasti ramai yang mengetahu kewujudan sebuah gerai kuey toew yang cukup popular di hadapan bangunan tersebut.


2. Tudia Char Kuey Teow

Buat sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan Kota Damansara, pasti tidak lupa dengan kesedapan dan kelazatan char kuey teow dari Tudia Char kuey teow. Rata- rata ramai pemburu makanan char kuey teow bagi tahu kat sini memang wajib singgah. Bagi sesiapa yang ingin menikmati char kuey teow versi kuah banjir, memang wajib singgah sini.

Keistimewaan char kuey teow di sini adalah ketam yang sangat besar, Itupun pilihan kalau kalian rasa nak makan ketam boleh tambah atas char kuey teow. Ketam bunga pulak besar - besar. Yang versi biasa ada udang sahaja. Keunikan char kuey teow di sini untuk ketam tu dibakar terlebih dahulu. Harga pun agak berbaloi pandan lah dengan seekor ketam yang besar atas pinggan. Dah tak nampak dah mana kuey teow menghilang.

Bahan utama untuk char kuey teow selain daripada udang, kerang ada juga ketam yang besar yang segar. Untuk mengekalkan rasa manis char kuey teow mestilah menggunakan udang dan ketam yang segar.

Apa yang sis tahu, Tudia Char Kuey Teow ni banyak cawangan.


3. Sister's Place @ Pacific Place 

Ini satu lagi tempat makan halal untuk char kuey teow iaitu di Sister's Place. Sister's Place ni lokasi nya berdekatan di Pacific Place. Suasana di Sister's Place lebih kepada suasana kopitiam yang lebih modenBagi sesiapa yang biasa area situ memang mudah lah kot. Bagi yang tak biasa, jawabnya jenuh nak kena google dulu kat mana. Kat sini biasanya, char kuey teow digoreng dengan pelbagai makanan laut seperti udang, sotong dan juga kerang. Besar dan berjus lagi.

Walaupun harga untuk satu pinggan boleh dikatakan agak mahal dalam RM 12.90 tapi rasanya ianya berbaloi dengan penuh segala makanan laut dalam char kuey teow. Dan sudah tentu, ramai yang review kat sini tempat makan best untuk char kuey teow yang halal. Jadi, korang patut cuba makan di sini.


4. Big Bro Char Kuey Teow 

Salah satu sebab kenapa Big Bro Char kuey teow ini sangat popular. Nampak tak harganya. Permulaan untuk harga char kuey teow yang biasa ni untuk satu pinggan dalam RM 5.50. Murahnya.  Macam mana, boleh jual murah ya. Versi untuk char kuey teow ni pun ada dua sama ada basah dan kering.

Bisnes bermula pada pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi. Siapa nak tambah untuk udang ataupun kerang dikenakan dalam RM 1.50 sahaja. Berbaloi dah tu.



5. Mamu Penang Char Kuey Teow 

Sis pernah dengar Mamu Penang Char Kuey Teow ini sudah beroperasi sejak tahun 2000 lagi, lama tu kan. Lokasi di Ampang, Mamu Penang Char Kuey Teow konsep restoran nya adalah terbuka "open-air". Tempat makan hanya di bawah khemah besar dan meja dan kerusi berwarna kuning. Kalau orang kata mesti panas sebab makan bawah khemah. Jangan risau ya, bisnes Mamu beroperasi pada pukul 5 petang hingga 1 pagi. Jadi petang tu dah teduh tak ada berpanas - panas dah. Kalau malam lagi ramai orang.

Keistimewaan char kuey teow dekat sini, pelanggan boleh memilih sendiri pilihan makanan laut masing - masing. Sama ada nak dengan sotong, udang besar, ketam termasuk juga ada baby lobster ya. Banyak sungguh pilihan siap ada dengan baby lobster.

Ataupun, jika kalian nak kuey teow goreng yang simple pun boleh dengan telur goreng pun boleh. Orang kata hidangan simple adalah kepuasan.

Itulah di antara 5 tempat makan best untuk char kuey teow halal di Kuala Lumpur. Kalau sis ada kat Kuala Lumpur, ini lah tempat pertama nak pergi terjah nak cari kuey teow yang sedap dan halal. Tapi sis jauh. Yang mana ada di Kuala Lumpur tu, rasanya tak payah susah - susah dah kot bersesak di jalan raya. Apa kata kalian guna servis dari Food Panda Delivery Malaysia. Lagi senang kalau kalian download aplikasi Food Panda untuk memudahkan nak tempah makanan dari Food Panda.

Semuanya di hujung jari kan. Sudah tentu jimatkan masa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/the-best-5-eateries-for-halal-char-kuey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 553 hits
Order food online from the best restaurants in Kuala Lumpur Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Di arus pembangunan yang pesat sekarang ini banyak perkara yang kita tak perlu bersusah payah seperti dahulu kerana semuanya hanya di huju...
Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Best

Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Best

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 596 hits
Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Best Dah lama nieyl tak pergi short vacation dengan family husband Alhamdulillah hujung bulan November 2019 yang lepas ni kitaorang sekeluarga pergi vacation Cuba teka dekat mana hehehe dekat Kuala Lumpur Wala...
5 Best Restaurants In Kuala Lumpur Malaysia

5 Best Restaurants In Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 578 hits
5 Best Restaurants in Kuala Lumpur MalaysiaKetika TB sedang menaip entri ni kelihatan hujan renyai renyai diluar sana perut pula berkeroncong lapar kerana cuaca hujan yang sejuk ni Mulalah mencari something yang boleh mengenyangkan perut in...
Bouncy Castle For Rent For Kids Event In Kuala Lumpur

Bouncy Castle For Rent For Kids Event In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 482 hits
BOUNCY CASTLE FOR RENT FOR KIDS EVENT IN KUALA LUMPUR You heard that right and it is especially great for kids event in Kuala Lumpur Now you can rent them anytime and anywhere Your kid s dream castle and amazing party is on its way Kids hav...
Choosing The Best Roofing Material For Your Home S New Roof

Choosing The Best Roofing Material For Your Home S New Roof

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 365 hits
The roof might be the last piece that is added when building a home but that does not make it any less important It is quite the opposite The roof plays a huge role in The post appeared first on
Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

Kuala Lumpur Summit 2019 Might Just Be The Same Old Same Old

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 386 hits
If Kuala Lumpur Summit 2019 is a lesser or an ad hoc version of the Organisation of Islamic Conference an event summoned immediately due to extraordinary circumstances affecting the Muslim world the organisers have unwittingly enhanced the ...
Wordpress For Beginners Which Wordpress Is Best To Use When Starting A Web Page

Wordpress For Beginners Which Wordpress Is Best To Use When Starting A Web Page

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 275 hits
WordPress for Beginners Starting a Web Page or Blog Using WordPress WordPress is a free software program that anyone can use to build and maintain a website or blog Originally intended as an easy way to set up a blog WordPress today is also...
Aung San Suu Kyi Heads To The Hague For Myanmar Genocide Hearings

Aung San Suu Kyi Heads To The Hague For Myanmar Genocide Hearings

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 333 hits
A momentous legal confrontation will take place at the UN s highest court on Tuesday when the Nobel peace prize winner Aung San Suu Kyi appears in person to defend Myanmar against accusations of genocide Once internationally feted as a huma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba