5 Best Restaurants In Kuala Lumpur Malaysia
5 Best Restaurants in Kuala Lumpur, Malaysia
Ketika TB sedang menaip entri ni, kelihatan hujan renyai-renyai diluar sana, perut pula berkeroncong lapar kerana cuaca hujan yang sejuk ni. Mulalah mencari something yang boleh mengenyangkan perut ini. hehe .
Apa yang seronoknya di Kuala Lumpur ni tidak susah nak makan yang sedap-sedap, cari je kat Google dah boleh jumpa banyak restoran-restoran yang menyajikan hidangan yang menyelerakan mengikut selera kita..
Disebabkan dah jemu dengan makanan masakan sendiri, TB pun survey lah tempat-tempat makan / restauran yang best-best kat Kuala Lumpur ni.. Banyak sangat restauran yang menyediakan pelbagai pilihan menu makanan yang nampak menyelerakan.. Haaa.. Kat bawah ni TB kongsikan 5 Best Restaurant near me yang boleh korang cuba juga nanti..
Grella's
Haa.. bagi korang yang sukakan masakan ala Barat ni, Grella's adalah salah satu restoran terbaik di Kuala Lumpur . Lokasinya tak jauh dari area kediaman TB. Dekat Wangsa Maju je.. dan tidak jauh dari pusat bandar,
Haa.. banyak menu masakan Barat yang boleh korang try dekat Grella's ni, dari burger dan ayam panggang hinggalah ke daging kambing. Terdapat juga Hidangan panggang campuran dengan pilihan daging dan sosej yang menjadi signature dish kepada restauran Grella's yang mesra halal dan 100 % Milik Muslim ini.
Oh ya, kalau korang nak tahu, Menu makan tengah hari dan makan malam bersama dengan hidangan gaya buffet pun ada disediakan ye... So terserah kepada korang nak pilih yang mana satu.. tepuk dada tanya selera.. =)
Ingat Grellas Wangsa Maju ingat Grills, Burgers and Pastas... hehehe.. Lokasi Grella's ialah di belakang Wangsa Walk Mall (sebelah Bank Islam) .
Haaa.. jom tengok menu-menu dia pulak..
🔥 Crispy Fish Buttered rice dari RM9.90🔥 Crispy Chicken buttered rice rm10.90🔥 Crispy Chicken Chop RM10.90🔥 Fish and Chips RM11.90🔥 Grilled Lamb Burger RM15.90🔥 Grilled Chicken RM12.90🔥 Grilled Chicken and Rice RM14.90🔥 Oglio Spaghetti RM14.90🔥 1/4 pound Beef Burger RM13.90
Ada lagi....
*Grilled Lamb butter rice RM18.90*Marinated Grilled Lamb Chops RM26.90*Australian Striploin Steak 250g RM39.90*Grilled Salmon and Chips RM29.90
Devi’s Corner
Haaa.. Kalau ada yang nak merasa makan dalam daun pisang, korang boleh juga try makan di restoran daun pisang Devi's Corner ni. Di sini pelanggan memesan pilihan makanan yang disajikan atas daun pisang yang besar dan bukannya pinggan. Hidangan India Selatan yang lazat datang dengan tag harga yang berpatutan. Untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang jarang-jarang kita dapati ni (makan dalam daun pisang), alangkah bagusnya kalau makan pun menggunakan tangan.. barulah terasa syahdu nya menyuap.. kan!
Korang mempunyai pilihan untuk makan di tingkat bawah atau boleh juga makan di tingkat atas yang sepenuhnya berhawa dingin. Daun pisang boleh didapati di tingkat atas yang menarik orang ramai semasa waktu makan tengahari. Servis yang baik dan cepat. Kakitangan memberi perhatian terhadap keperluan pelanggan.
Oh ya.. Diingatkan, kalau boleh datang lebih awal jika korang berharap untuk meraih meja pada waktu makan tengah hari. Sebab restoran ni memang boleh jadi sesak pada waktu tengahari.. Menu pilihan yang hot disini antaranya Kari dulang, dengan banyak ikan, udang dan makanan laut yang lain.
Marosh Restaurant
Marosh Restaurant iaitu Restoran gaya Arab di Bukit Bintang ini dibuka telah sejak tahun 2011 dan telah menjadi salah satu tempat utama di ibu negara untuk masakan Timur Tengah. Marosh Restaurant terletak di sepanjang Jalan Bukit Bintang. Popular dengan menu mahalnya iaitu daging panggang dan kebab tetapi apa yang menariknya portion / saiz hidangannya sangat berbaloi.. kuantiti yang besar tau, jadi kalau korang mempunyai perut kecil, silalah berbahagi hidangan korang dengan kawan-kawan yea.. Dikhuatiri tak lalu nak habiskan sorang-sorang.. haha...
Oh ya disini korang mempunyai banyak pilihan dari pembuka selera, salad, hidangan utama, pencuci mulut dan sebagainya. dan menurut penilaian pelanggan yang pernah datang ke sini rata-rata mengatakan suasana dan lokasi restoran ini bagus dan mereka juga menyukai kualiti perkhidmatan yang sangat baik dimana korang boleh dapat 2 perkara disini iaitu Makanan dan Perkhidmatan Yang Hebat di tempat ini.
Bakti Woodlands
Haa.. bagi sesiapa yang sukakan hidangan mamak style, kat Kuala Lumpur ni ada satu restoran India terbaik yang korang boleh cuba. Ia Dinilai sebagai salah satu restoran India terbaik di Kuala Lumpur kerana ia menawarkan pelbagai makanan India Utara dan Selatan. haa.. ini dia, Bakti Woodlands iaitu restoran terkenal yang berhampiran Masjid Jamek.
Menampilkan menu Vegetarian dan Halal, pelanggan boleh memilih antara makanan set, uttapam, thali dan naan. Tetapi kemuncak terbesar adalah harga yang rendah untuk sebahagian besar menu.
Tempat ini tidak kelihatan menarik dari luar, tapi melalui review yang TB baca, ramai sukakan masakan dan hidangan yang ada di restoran ini.. malah memuji layanan dan servis terbaik yang diberikan oleh pelayan-pelayan di restoran ini.
The Ship
Untuk restoran bergaya Barat di Bukit Bintang, The Ship di sepanjang Jalan Sultan Ismail akan memuaskan selera makan untuk stik dan makanan laut. Dengan luaran yang menyerupai lambung kapal dan pedalaman bertema laut, makan di sini menawarkan pengalaman kuliner yang luar biasa. Menurut restoran, mereka menyajikan stik terbaik di Malaysia
Kapal adalah tema restoran yang hebat. Segala-galanya dibuat dalam gaya kapal, dari pedalaman hingga pakaian pelayan. Lokasi Kapal diletakkan dengan betul di tengah-tengah laut (Kuala Lumpur). Ia adalah satu hasil bina yang rumit dari dalam dan di luar. Restoran ini juga dikatakan menarik kerana Kakitangan semua berpakaian uniform kelasi kapal.
Makanan yang enak, perkhidmatan yang sangat baik dan harga berpatutan. itulah komen-komen yang TB baca tentang Restoran The Ship ini..
Walauapapun, TB tak pasti ia sesuai untuk golongan muslim atau tak sebab ada terbaca juga disana turut menghidangkan minuman wain.. So, pada pandangan TB mungkin tempat ini hanya sesuai dikunjungi untuk golongan non muslim sahaja..
Ok.. Itu saja setakat ni yang dapat TB kongsikan tentang 5 Restauran yang best di Kuala Lumpur. InsyaAllah kalau ada lagi masa lain TB akan share dengan korang lagi beberapa tempat lain yang patut kita cuba..
Haha.. sedang asyik bercerita tentang restoran dan makanan sedap, tak sedar perut dah berkocak-kocak minta diisi makanan.. Cadang nak ajak hubby makan kat luar, pilih antara 5 lokasi restoran yang TB sebut tadi.. Tapi memandangkan malasnya nak keluar time cuaca hujan kat luar tu.. So TB bercadang nak order je online food delivery ni haaa.. Alaa guna Food Panda tu kan.. Kalau nak bandingkan kos pembelian dan kos pengangkutan kita masa keluar rumah tu lebih kurang sama je.. so tak kisah lah order makanan melalui foodpanda ni kan.. Caj penghantaran yang dikenakan pun berpatutan.. Tunggu je makanan yang kita order tu sampai depan pintu.. hehehehe..
lapar dah ni.. Nanti kita sambung lagi yea.. bye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.tengkubutang.com/2019/12/5-best-restaurants-in-kuala-lumpur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)