M A D Wellness Homey Spa Dengan Harga Rawatan Paling Berpatutan
M.A.D Wellness | Spa paling selesa dengan kepakaran 3 doktor
Hai, Sekejap je masa berlalu kan, da bulan April. Moga semua kita rancang berjalan lancar tahun ini. Ok,Entri kali ini UA sangat teruja ingin berkongsi tentang pengalaman UA ke event pertama UA bersama rakan blogger yang berpeluang mendapatkan rawatan kecantikan di Sebuah spa yang terletak di Sunway Mentari petaling Jaya, iaitu M.A.D Wellness.
Sebelum ini memang UA tak pernah dengar tentang Spa ini, sememangnya UA tak begitu peka dan ambil tahu tentang spa dan rawatan kecantikan ini walaupun ada beberapa artis seperti Zizan Razak dan Azharina ada mendapatkan rawatan kecantikan disini
Mungkin kerana sudah lama sangat tak buat rawatan, kurang selesa untuk dapatkan rawatan pun ya juga tapi disebabkan keinginan untuk manjakan diri dan ingin tampil lebih cantik, UA beranikan diri menyertai rakan blogger lain ke event pertama UA ini sepanjang bergelar blogger
Rasa kurang selesa dan gementar itu serta merta hilang apabila UA dapat tahu yang, M.A.D Wellness ini diterajui oleh 3 orang doktor iaitu doktor Mansur, Doktor Aiina dan juga Doktor Davina yang mana nama spa ini diambil dari nama mereka bertiga,M.A.D. Jadi dengan kepakaran 3 orang doktor ini, keselesaan dan keselamatan rawatan yang dijalankan lebih terjamin pada UA kerana mereka lebih berpengetahuan dan arif tentang rawatan yang diberikan
Dr Aiina, Dr Davina, Dr Mansur dan Zizan Razak di M.A.D Wellness
sebelum rawatan dilakukan, Dr Aiina berikan penerangan tentang rawatan dan teknologi yang digunakan
Buat pengetahuan semua, M.A.D Wellness ini merupakan pusat rawatan kecantikan yang secara keseluruhannya menggunakan advanced technology atau lebih tepat menggunakan teknologi estetik. Jadi semua alatan rawatan kecantikannya menggunakan mesin yang canggih dan antara teknologi yang digunakan oleh selebriti hollywood seperti Jessica Alba, Emma Stone dan Katy Perry untuk kelihatan cantik
Di M.A.D Wellness ini bukan hanya tertumpu pada rawatan kecantikan muka sahaja ya, rawatan pelangsingan juga ada disediakan. Memang mudah, semua rawatan seluruh badan,dari rawatan muka hinggalah ke badan boleh dilakukan di sini
KEISTIMEWAAN M.A.D WELLNESS
Selain diterajui oleh doktor-doktor terlatih dan juga teknlogi yang canggih, apa yang UA tertarik apabila mendapakan rawatan di sini adalah suasana dan konsep spa di sini yang sangat cozy dan suasana yang selesa . UA sangat selesa sepanjang berada di sini, semasa menunggu untuk rawatan terasa sangat selesa seperti dirumah
Ruang menunggu yang berkonsepkan keselesaan di rumah, luas dan sangat selesa buat mereka yang datang bersama keluarga terutamanya ibu-ibu seperti UA yang ingin datang dan buat rawatan ke sini bersama anak-anak. Keramahan dan kemesraan layanan doktor Aiina, doktor Davina dan juga kesemua pekerja di sini membuatkan UA seronok mendapatkan rawatan kecantikan di sini. Pastinya UA akan ke M.A.D Wellness lagi untuk dapatkan rawatan kecantikan lain pula.Tak sabar nak ke sana lagi. Entri akan datang UA akan kongsikan pula tentang rawatan yang UA dapatkan disini ya tempoh hari
Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan boleh lah ke laman sosial M.A.D Wellness
FACEBOOK ; https://www.facebook.com/drmad.wellness/ INSTAGRAM : https://www.instagram.com/drmad.wellness/?hl=en
Atau hubungi no. dibawah untuk sebarang pertanyaan dan appoinment
TELEFON : 03-5613 5328HOTLINE : 018 243 4328
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2017/04/mad-wellness-homey-spa-dengan-harga.html