Lynas Dan Forest City Tun M Jangan Double Standard




Merujuk kepada kenyataan media Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkaitan Lynas dalam media arus perdana.
Terdapat empat fakta penting di dalam kenyataan beliau tersebut. Pertama, Kerajaan tidak boleh ‘menghalau’ Lynas keluar dari Malaysia kerana syarikat tersebut telah melabur hampir RM1 bilion di negara ini. Kedua, impak jika kerajaan berbuat demikian, pelabur-pelabur lain akan perhati dan besar kemungkinan akan turut lari jika keadaan tersebut berlaku.
Ketiga, kajian pakar menunjukkan kesan radioaktif pada tahap paling rendah dan tidak berbahaya kepada kesihatan dan yang terakhir sekali 600 orang pekerja rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan.
Kenyataan Perdana Menteri mengenai pelabur asing sangat tidak konsisten dan kadang-kadang dilihat ‘double-standard’.
Sebagai contoh, Johor mempunyai sebuah projek pembangunan yang dinamakan sebagai “Forest City”.
Forest City ialah sebuah projek bandar pintar yang dibangunkan pada tahun 2015 di atas empat pulau buatan dan sehingga akhir tahun lalu telah mewujudkan sebanyak 1,298 pekerjaan kepada penduduk tempatan atau rakyat Johor.
Ia merupakan projek usahasama antara Malaysia dan syarikat dari China.
Projek mega ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Johor selain akan berlakunya lonjakan nilai hartanah, pemindahan teknologi dan kemasukkan industri berdaya maju yang akan dinikmati oleh negeri dan rakyat Johor.
Sebagai contoh, satu pembinaan kilang pengeluaran Sistem Binaan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia akan dibina di Forest City dan bakal menjadi kemudahan seumpamanya yang terbesar di dunia apabila disiapkan kelak.
Kerajaan Malaysia pada tahun 2016 telah mengumumkan empat insentif bagi memajukan pulau buatan tersebut antaranya dengan mengumumkan Forest City sebagai zon bebas cukai keempat di Malaysia bagi merangsang kemasukan pelaburan global sekaligus meletakkan Forest City sebagai pembangunan bertaraf antarabangsa.
Namun begitu, Forest City yang akan mengubah Johor sebagai “Dubai ASEAN” ini telah mendapat reaksi dan layanan yang berbeza daripada Tun Dr Mahathir sejak sebelum PRU-14 lagi.
Antara kenyataan yang pernah dikeluarkan adalah “saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan), penduduknya terdiri dariada kera, monyet dan sebagainya”, semasa ucapan di Mesyuarat Agung pertama PPBM pada Disember 2017.
Pendirian negatif Tun Mahathir itu diteruskan bilamana beliau menjadi Perdana Menteri dengan menyatakan kediaman di Forest City tidak boleh dijual kepada orang asing dan tidak akan memberikan visa kepada warga asing yang tinggal di Forest City.
Ia ditambah dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan pembangunan di Forest City tidak memberikan keuntungan kepada negara.
Kenyaatan dangkal ini sebenarnya bercanggah dengan fakta sebenar yang mana Forest City ini akan berikan keuntungan kepada Johor seperi kutipan cukai, peluang pekerjaan yang dijangka akan meninggkat sehingga 220,000 menjelang tahun 2035 dan pelbagai lagi.
Jika dalam isu Lynas, Tun Mahathir risau mengenai isu pelabur akan lari jika Lynas ditutup, maka dalam isu Forest City, Perdana Menteri perlu mengambil pendekatan sama iaitu untuk memberikan kerjasama agar projek ini terus berjalan dan menjana pendapatan serta meningkatkan ekonomi negara.
Jika tidak, ia akan memberikan persepsi buruk kepada pelabur luar terutamanya dari China mengenai sikap ketidakadilan kerajaan Malaysia dalam melayan pelabur negara itu yang datang ke Malaysia.
Apa yang paling penting, jika hendak dibandingkan kadar pulangan daripada segi ekonomi antara Lynas dan Forest City, pulangan pelaburan untuk Forest City adalah jauh lebih tinggi iaitu bernilai RM410 bilion berbanding dengan Lynas yang hanya pada sekitar RM1 bilion.
Jika mahu dibandingkan daripada segi peluang pekerjaan, Forest City juga jauh meninggalkan Lynas dengan memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang tempatan.
Oleh itu, Tun Mahathir perlu bersikap konsisten dengan dasar pelaburan luar dan dalam negara dan tidak bersikap ‘double-standard’ terutamanya bila melibatkan isu-isu berkaitan negeri Johor.
* Penulis adalah Ahli Dewan Muda Johor (DMJ)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/10/lynas-dan-forest-city-tun-m-jangan-double-standard/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Lebihkan Lynas Berbanding Forest City

Tun M Lebihkan Lynas Berbanding Forest City

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 278 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa memberi layanan berat sebelah terhadap Lynas berbanding Forest City Ahli Dewan Muda Johor Darren Lai Chai En berkata ini kerana Perdana Menteri itu sering mengeluarkan kenyataan seolah olah Forest City tidak ...
Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 326 hits
ISU LYNAS KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS BIAR FUZIAH WANITA BESI PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKASemalam sekali lagi Tun M bercakap dengan menyatakan sokongan kepada Lynas iaitu satu projek yang diluluskan oleh kerajaan Najib dahulu tanpa cuk...
Tun Mahathir Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua

Tun Mahathir Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 390 hits
MELAKA Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan muda agar tidak terlalu selesa dengan kemudahan hari ini sehingga membiarkan negara dijajah untuk kali kedua menerusi penjajahan minda dan ekonomi Menurut Perdana Menteri persepsi mudah s...
Indonesia Eyes Borneo Forest Area To Replace Capital City

Indonesia Eyes Borneo Forest Area To Replace Capital City

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 225 hits
A national forest on the island of Borneo has emerged as the frontrunner to be the location of Indonesia s new capital as the government eyes billions of dollars in potential savings over land acquisition costs With 68 000 hectares of gover...
Tun M Jangan Khianat Dengan Cuba Bawa Pihak Luar Tentukan Hala Tuju Ph

Tun M Jangan Khianat Dengan Cuba Bawa Pihak Luar Tentukan Hala Tuju Ph

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 332 hits
Konsensus berhubung kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7 dan kemudian Anwar Ibrahim sebagai penggantinya atau Perdana Menteri ke 8 telah dimuktamadkan dalam Kongres PH yang diadakan di Shah Alam pada 7 April 2018 Gabu...
Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 458 hits
Setelah mendirikan rumah tangga persefahaman dan saling memahami amat penting kalau nak bahagia Jangan cepat melenting membuat kesimpulan selidik dan fahami dulu keadaan isteri di rumah dengan anak anak Suami isteri ibarat gigi dan lidah Ta...
Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam

Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 176 hits
Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam Wakil Ketua DPR RI Fadli Zon mengatakan hasil investigasi bahwa pohon sengon menjadi penyebab listrik mati tidak masuk akal
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik