2022 Akan Jadi Tahun Pemulihan Negara Kata Pengerusi Mpn


BERNAMA

Menurut Muhyiddin, inisiatif ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin optimis dalam berhati-hati bahawa dengan pendekatan keseluruhan negara (whole of nation), 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia, sejajar dengan jangkaan umum.
Beliau berkata inisiatif ekonomi itu yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.
“Dalam melaksanakan proses pemulihan, kerajaan menerusi MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar daripada pandemik memasuki peringkat endemik dan bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.
“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian, yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.
“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam ucapan penutup beliau pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, hari ini.
Muhyiddin berkata dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi pembangunan prasarana fizikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara mencatatkan pemulihan yang pesat.
Beliau berkata penggunaan pendigitalan dalam perniagaan dan perkhidmatan kerajaan dan menyediakan prasarana yang perlu akan dapat membantu mengekalkan individu yang bekerja dan perniagaan semasa tempoh pandemik.
“Akhir sekali, kita perlu memastikan pertumbuhan yang dipupuk menerusi proses pemulihan diagihkan secara sama rata, untuk mengelakkan peningkatan jurang pendapatan dan perpecahan serta perbezaan pendapat yang serius dalam masyarakat kita,” katanya.
Selain itu, jaringan keselamatan sosial juga perlu diperkukuh untuk membina semula kehidupan serta memulihkan martabat dan nilai kehidupan rakyat, katanya.
Sejak Mac 2020, kerajaan telah menyediakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion dan perbelanjaan fiskal berani dengan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk membantu secara langsung kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia dan lebih 500,000 perniagaan.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk menjadi masyarakat kental Covid-19 kerana penyakit itu kemungkinan akan kekal sebagai endemik dalam masyarakat walaupun selepas pandemik berakhir.
“Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyediakan pelan tindakan bagi negara untuk keluar daripada pandemik dengan selamat dan bersistematik.
“Perlu juga ditekankan bahawa pelan itu adalah dinamik, fleksibel dan berupaya untuk berevolusi. Ia akan terus mengambil kira dan memberi tumpuan kepada perkembangan saintifik global,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/2022-akan-jadi-tahun-pemulihan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Dengan Ph Akan Diterjemah Dalam Aspek Pemulihan Negara Kata Bung

Mou Dengan Ph Akan Diterjemah Dalam Aspek Pemulihan Negara Kata Bung

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 182 hits
September 14 2021 Perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan dibuat atas kepentingan negara dan rakyat kata Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata perjanjian kerjasa...
Ksn Umum Muhyiddin Di Lantik Jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

Ksn Umum Muhyiddin Di Lantik Jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 255 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada...
Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 177 hits
Zahid hamidi kata kegagalan kjaan PH selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan Ok lepas kamu campurtangan berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu Ternyata gagal Bukan kami saja kata gagal bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal E...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 256 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Pelan Pembukaan Sekolah Petunjuk Negara Menuju Fasa Endemik Kata Menteri

Pelan Pembukaan Sekolah Petunjuk Negara Menuju Fasa Endemik Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 217 hits
BERNAMA Pendekatan pembukaan sektor pendidikan secara berfasa itu juga menunjukkan negara akan kembali kepada keadaan sediakala Menteri Pendidikan Radzi Jidin bercakap dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein di Ku...
Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 168 hits
Faiz Zainudin September 12 2021Shamsul Amri Baharuddin berkata individu yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh memihak kepada pihak yang menyokong pelantikannya kelak atas dasar terhutang budi PETALING...
Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 192 hits
Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang undang Idrus menambah sekiranya masih memerluka...
Ketuai Mpn Mahiaddin Gagal Kenapa Disuruh Pulihkan Negara

Ketuai Mpn Mahiaddin Gagal Kenapa Disuruh Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 294 hits
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik mantan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dianggap merosakkan penarafan ke atas pentadbirannya lebih awal daripada yang sepatu...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah