Lugar De La Boda Dewan Perkahwinan Ala Taman Di Puchong
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dewan perkahwinan ala taman terbaharu di Puchong iaitu Lugar De La Boda
Dengan pembukaan rasminya pada 5 Januari yang lepas, dewan yang ditata rias ala taman yang serba indah ini telah mula menerima tempahan oleh bakal raja sehari untuk melangsungkan majlis mereka di sini.
Bertempat di Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista Puchong, Lugar De La Boda sememangnya cukup strategik dengan segala kemudahan yang ada untuk sampai ke sini. Kawasan parkir kenderaan juga luas menantikan kehadiran tetamu yang bertandang.
Seperti kita semua sedia maklum, sebelum ini saya juga telah berkongsi dengan anda semua mengenai syarikat Hanana Group, pastinya anda semua sudah sedia maklum akan keprofesionalan mereka dalam mengurus sesebuah majlis yang anda impikan. Rujuk di sini
Tidak hanya dengan tempat yang cantik menarik dan membuatkan anda tertarik, makanan yang mereka sajikan juga tak perlu disangkal lagi. Mana tidaknya, lauk yang dimasak oleh tukang masak profesional mereka mampu memberikan senyuman kepada sesiapa yang memakannya.
Dengan lauk masakan asli Melayu, ditambah dengan segala kuih muih dan juga hidangan sampingan lain, pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada tetamu yang menghadiri majlis anda nanti.
Ayam goreng berempah
Gulai kawah
Kerutuk daging
Pajeri terung
Ulam ulaman
Selain itu juga, terdapat vendor-vendor yang boleh anda pilih untuk menambahkan lagi hidangan yang ingin anda sajikan kepada tetamu anda. Semua ini boleh dibincangkan bersama pihak Hanana Group.
Dari cendol, laksa Penang, cekodok bawang, char koe teow, satay, kambing panggang, aiskrim, ayam potong dan pelbagai lagi. Pastinya tetamu yng hadir akan balik kekenyangan selepas majlis anda.
Aiskrim
Ayam gunting
Kambing panggang
Cucur udang
Kuih muih tradisional Melayu
Cendol
Apam balik crispy
Baiklah berbicara tentang pakej yang disediakan di sini, anda boleh pilih mengikut pakej yang anda kehendaki.
Selain itu juga, dewan perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu satu masa. Terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki.
Selain itu, terdapat juga bilik akad nikah untuk para pengantin yang ingin turut sama melangsungkan majlis akad nikah dsitu.
Jadi buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan anda di Lugar De La Boda ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Alamat HQ Hanana Group
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya
Alamat Lugar De La Boda
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.
Farah – 016 – 6700 457
Hanis – 016 – 6700 752
Rezza – 016 – 6700 473
Liana – 016-4318 434
The post Lugar De La Boda, Dewan Perkahwinan Ala Taman di Puchong appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/lugar-de-la-boda-dewan-perkahwinan-ala-taman-di-puchong/