Pakej Perkahwinan 2019 Lugar De La Boda Puchong
Rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua pembaca www.penaberkala.com. Semoga tahun baru ini, bakal memberikan kita rezeki yang melimpah-ruah dan seribu satu kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. InshaAllah! Bercerita tentang tahun baru dan azam baru, aku nak berkongsi satu kisah yang mampu memberikan kita inspirasi dan membangkitkan semangat untuk terus berjaya. Kisah kali ini tentang Puan Norfazlin yang sangat komited dan passionate dalam menjayakan majlis-majlis perkahwinan demi memuaskan hati para pengantin.
Siapa sangka, bermula secara kecil-kecilan dan sambilan dalam bidang perniagaan butik pengantin sejak tahun 2008, kini Puan Norfazlin sudahpun berjaya mempunyai empayar perniagaan sendiri iaitu Hanana Group Sdn Berhad. Paling membanggakan, sempena tahun baru 2019, beliau berjaya membuka satu lagi lokasi terbaru yang menarik iaitu Lugar De La Boda dengan menawarkan pakej perkahwinan lengkap yang bertemakan perkahwinan dalam taman (ala Garden Wedding) yang pertama di Puchong. Kalau korang tengah mencari pakej perkahwinan 2019 especially untuk orang-orang kawasan Puchong dan sekitarnnya, inilah jawapannya! Korang kena baca sampai habis kerana ada offer istimewa yang ditawarkan oleh pihak Hanana Group untuk bakal pengantin. Check it out
Rezeki untuk tahun baru, balik je dari trip ke Jeju, South Korea, aku berpeluang untuk turut serta bertandang memeriahkan Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda di Puchong. Dah lama tak makan juadah kenduri kahwin, alang-alang tu dapatlah merasa kan? Pembukaan tahun baru yang meriah. Ambil mood dan aura untuk kahwin mungkin :)
Pakej Lengkap Perkahwinan 2019
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Hanana Grup Sdn Bhd di Lugar De La Boda adalah pakej lengkap perkahwinan yang merangkumi pelbagai pilihan set pelamin, baju pengantin lelaki & perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak bakal pengantin. Di samping itu, mereka juga menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan dari yang biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana mahupun yang kurang berkemampuan. Paling penting, harga boleh dirunding
Dewan Perkahwinan di Puchong
Bagi bakal pengantin yang mencari dewan perkahwinan di Puchong ataupun memasang impian untuk mengadakan majlis perkahwinan yang grand seperti Garden Wedding, Lugar De La Boda adalah pilihan terbaik. Dewan perkahwinan pertama di Puchong yang mempunyai konsep ala garden yang mampu memenuhi impian bakal raja sehari. Selain itu, Lugar De La Boda juga sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan untuk mengadakan sebarang majlis atau event. Lugar De La Boda boleh dikatakan event space terbaik yang cukup lengkap dengan segala kemudahan seperti tandas, surau, dan tempat letak kereta
Lugar De La Boda, PuchongMajlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda telah diadakan di Lake Vista, Puchong. Majlis yang meriah dan penuh gilang-gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan Hanana Group dalam merealisasikan impian mereka untuk mempunyai Wedding Hall dan event space sendiri. Selain meraikan ahli keluarga dan sahabat handai, mereka juga meraikan para pelanggan yang sedang mencari pakej lengkap perkahwinan 2019
Selepas kejayaan mereka mengendalikan Ambassador Putrajaya iaitu dewan perkahwinan yang terletak di Putrajaya. Kali ni, mereka tampil dengan konsep yang lebih fresh dan trendy, iaitu Garden Wedding. Lugar De La Boda Puchong bakal menjadi lokasi perkahwinan idaman bakal raja sehari di sekitar Puchong
Selain konsep ala garden, apa yang aku suka tentang Lugar De La Boda adalah dari segi dekorasi dan tatarias dewan yang membangkitkan suasana elegan dan mewah. Dengan hiasan bunga-bungaan menghiasi ruang dewan, kerusi dan meja yang digunakan pula adalah jenis chivari menambahkan lagi ciri-ciri modern English untuk tampil lebih eksklusif
Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa maksud Lugar De La Boda ni? Iya, kami pun first time menjejaki kaki ke sini, duk berteka-teki apakah maksud di sebalik nama tempat ini. Rupa-rupanya, nama tempat ini diambil daripada bahasa Sepanyol yang membawa maksud Wedding Place. Hah, datang ke majlis pelancaran Lugar De La Boda, dapat ilmu baru. Lepas ni, boleh cakap dengan mak, "Nak pergi kul berapa ke Lugar De La Boda?". hahahahaha. Mesti dia ingat kita mencarut :P
Lugar De La Boda adalah Wedding Hall Puchong yang pertama menawarkan lokasi perkahwinan yang mempunyai ciri-ciri Modern English yang bertemakan warna emas dan putih. Dengan konsep ala garden, ia dihiasi dengan pokok-pokok palma dan pokok-pokok renek untuk menyemarakkan lagi suasana dalam taman. Kapasiti dewan ini mampu memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari berwarna emas. Ia mampu menampung sehingga 500 orang tetamu dalam satu-satu masa
Grand Launching Lugar De La BodaMajlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan bacaan yassin yang diadakan secara berjemaah. Kemudian, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah. Sementara menunggu ketibaan para jemputan, aku sempat ronda-ronda di sekitar dewan. Fuh, cantiknya!
Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong telah dirasmikan oleh pemilik Hanana Group Sdn Bhd sendiri iaitu Puan Norfazlin Abd Ghafar. Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan insan tersayang, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga para pelanggan Hanana Group.
Kami cukup bertuah kerana dapat menjadi sebahagian tetamu yang hadir ke Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda dan turut menjadi saksi untuk detik bersejarah dan penuh makna ini. Kami berasa bangga dengan kejayaan Hanana Group Sdn Bhd dalam merealisasikan Lugar De La Boda menjadi realiti. Simbolik kepada kejayaan ini, acara diteruskan dengan upacara memotong pulut kuning oleh Puan Norfazlin dengan diiringi suami, ibu, dan mertua
Personally, aku rasa touching bila founder Hanana Group Sdn Bhd iaitu Puan Norfazlin sebak dan gembira dalam melontarkan ucapan perasmian Lugar De La Boda. Aku dapat rasakan, betapa gembiranya beliau pada detik itu dan betapa komitednya beliau dalam usaha untuk merealisasikan impian bakal-bakal pengantin di luar sana. Lagi satu yang aku belajar, raikan orang yang sentiasa support kita seperti pasangan, ibu bapa dan kelurga kita. Mungkin dari situ, rezeki kita akan berlipat kali ganda, inshaAllah. Selain membahagiakan customer di luar sana, family sendiri juga tidak dilupa. Itu satu rahsia kejayaan yang dapat aku belajar di sebalik kisah kejayaan ini
Majlis diteruskan dengan makan malam. Macam-macam juadah dihadangkan untuk para tetamu. Sementara itu, para tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian dan lawak jenaka dari The Potai's Band yang bergandingan dengan tukang lawak lagend kita iaitu Azlee Senario. Memang gamat suasana! Tak kering gusi dibuatnya. Feelingn dia rasa macam berada di majlis kenduri kahwin yang real! Hahaha
Pakej Perkahwinan & Katering Terbaik
Selain dewan yang gah, pelamin yang cantik dan tatarias yang wow, juadah untuk para tetamu adalah paling penting. Pakej perkahwinan di Lugar De La Boda menampilkan katering yang terbaik. Aku sempat try sendiri juadah yang disediakan dan apa yang boleh aku cakap, memang sedap! Ada macam-macam juadah disediakan antaranya kurma daging, gulai daging kawah, ayam goreng berempah, masak lemak ikan masin dan nenas dan macam-macam lagi.
Bukan itu sahaja, lagi menarik ada beberapa booth makanan disediakan untuk para vendor menyediakan makanan sampingan yang istimewa. Aku paling suka bila ada apam balik, kambing bakar, ayam gunting, kuih-muih dan rojak buah. Dessert pula ada disediakan ais krim dan cendol, Aku suka cendol kat sini sebabmya dihidangkan dengan susu kelapa sawit. Yummeh! Pendek kata, Lugar De La Boda menyediakan pakej perkahwinan terbaik termasuk dewan dan katering. Highly recommended
Pakej IstimewaAda berita baik untuk korang semua especially kepada bakal pengantin yang sedang mencari pakej perkahwinan untuk tahun 2019. Kalau korang tengah cari Event Space atau Dewan Perkahwinan Puchong untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan korang, boleh start booking pakej lengkap perkahwinan di Lugar De La Boda. Harga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Sempenan pembukaan Lugar De La Boda, mereka menawarkan diskaun sehingga RM5000. Jadi, dari harga asal RM28,000 untuk maksima 1,000 pax, korang hanya perlu membayar RM23,000. Harga Pakej Perkahwinan ini termasuk dewan & katering. Cukup lengkap
Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Hanana Group kerana menjemput kami semua ke Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong. Semoga Lugar De La Boda dan Hanana Group terus maju dan terusn komited dalam menggembirakan hati-hati pengantin di luar sana. Tengok dewan cantik macam ni, saya pun terus rasa nak kahwin, hehe
So guys, kalau korang berminat untuk booking atau ada pertanyaan tentang pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 di Lugar De La Boda, boleh terus berhubung dengan team Hanana Group. Aku ada sertakan sekali contact details untuk memudahkan urusan korang
Alamat:Lugar De La BodaPersiaran Tasik Prima 4,Lake Vista,47100 Puchong,Selangor
Hanana Group Sdn BhdNo.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,Presint 15, 62050 Putrajaya
Office - 0166700471Office - 0166700473
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:
Fazlin017-2345297
Farah016-6700457
Liana016-4318434
Hanis016-6700752
Website:www.hananagroup.com
Facebook:Lugar De La BodaAmbassador Putrajaya
Instagram:@lugardelaboda@ambassadorputrajaya
Selamat Pengantin Baru!Doakan juga aku cepat bertemu jodoh :P
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaberkala.com/2019/01/pakej-perkahwinan-2019-lugar-de-la-boda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeBUqd+%28VISIBLE+VOICE%29