Ltte Adun Seremban Jaya Didakwa Sekali Lagi


THE MALAYSIAN TIMES 


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran dan pengutip besi buruk A. Kalaimughilan dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan tambahan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Pada 29 Okt lepas, Gunasekaran, 60, didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka manakala Kalaimughilan, 28, dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini.

Sementara itu ahli DAP, V. Suresh Kumar, 43, dan peniaga B. Subramaniam, 57, pula pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung kumpulan LTTE.

Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Gunasekaran didakwa menggunakan nama “DAP Guna Palanisamy “, Subramaniam atas nama “US SUBRA SUBRAMANIAM” dan Suresh Kumar dengan nama “RocketSuresh DAP”.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini pada 7 Okt dan 11 Okt 2019 pada masa berlainan iaitu 2 petang, 5.30 petang dan 6 petang. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Kalaimughilan pula didakwa dengan pengetahuan telah mengedar item yang berkaitan dengan LTTE di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, di sini, lebih kurang 8 malam hingga 11.30 malam, 17 Mac 2014.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad membantah jaminan terhadap keempat-empat tertuduh atas alasan penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak boleh dijamin.

Peguam S. Selvam, yang mewakili Subramaniam memohon supaya kes itu dipindahkan serta-merta ke Mahkamah Tinggi atas alasan terdapat isu perundangan yang perlu diputuskan selain memohon supaya mahkamah mendengar aduan daripada anak guamnya yang didakwa dianiaya semasa dia ditahan dan disiasat oleh pihak polis sejak 20 hari lepas.

Muhamad Iskandar bagaimanapun berkata, permohonan itu adalah tidak relevan berikutan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Okt lepas telah menolak permohonan habeas corpus tertuduh dan tiada alasan untuk mahkamah mempertimbangkan permohonan daripada pihak peguam.

Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Gunasekaran dan Suresh Kumar memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan jaminan dengan alasan penahanan mereka di bawah SOSMA adalah tidak berperlembagaan.

Peguam M. V. Yoges, yang mewakili Kalaimughilan berkata pertuduhan yang dihadapi anak guamnya cacat dan bersifat pra matang kerana di dalam pertuduhan itu tidak menyebut secara spesifik berkenaan item yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2014 tetapi kenapa baru sekarang anak guam saya dituduh di mahkamah,” katanya yang turut mempersoalkan elemen bahawa tertuduh telah mengancam keselamatan negara tidak dinyatakan di dalam pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias membalas bahawa pertuduhan terhadap tertuduh adalah jelas menggugat keselamatan negara dan pihak pendakwaan akan mendapatkan beberapa laporan daripada pakar bagi membuktikan kesalahan dilakukan.

Mengenai Kalaimughilan yang baru didakwa di mahkamah hari ini sedangkan kesalahan pada 2014,
Mohd Izhanudin berkata adalah benar kesalahan pada 2014, tetapi tertuduh berkenaan baru ditangkap dan hari ini dia dibawa ke mahkamah untuk dituduh.

Mahkamah menetapkan esok untuk mendengar hujahan daripada pihak-pihak terlibat.

Selepas selesai prosiding, seorang ahli keluarga kepada seorang tertuduh tiba-tiba rebah dan menyebabkan suasana di mahkamah menjadi kelam kabut.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/ltte-adun-seremban-jaya-didakwa-sekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ltte Dua Pertuduhan Terhadap Adun Seremban Jaya Batal

Ltte Dua Pertuduhan Terhadap Adun Seremban Jaya Batal

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 268 hits
SEREMBAN Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran Timbalan Pendakwa Raya Aslinda ...
Adun Gadek Seremban Jaya Hadapi Tuduhan Sokong Ltte

Adun Gadek Seremban Jaya Hadapi Tuduhan Sokong Ltte

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 395 hits
AYER KEROH Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek G Saminathan 34 dan ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran 60 antara tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini di atas pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan...
Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

Adun Gadek Antara Sembilan Didakwa Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 316 hits
Adun Gadek G Saminathan adalah antara sembilan lelaki yang hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harima Pembebasan Tamil Elam atau LTTE yang kini tidak lagi beroperasi Mereka dibawa ke dua ...
Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

Dua Adun Antara 10 Didakwa Lagi Berkaitan Ltte

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 405 hits
MALAYSIAKINI Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran adalah antara sepuluh lelaki yang hari ini didakwa lagi di beberapa Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang berasingan berhubung kaitan mereka dengan kumpulan Harimau Pe...
Kes Ltte Adun Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi

Kes Ltte Adun Gadek Dan Tiga Lelaki Didakwa Lagi

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 274 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek G Saminathan dan tiga lelaki hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen berhubung kumpulan pengganas LTTE Saminathan 34 pemandu teksi V Balamurugan 37 penghantar surat S Teeran 38 dan peniaga besi buruk A Kala...
Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 513 hits
PETALING JAYA Dua Adun DAP P Gunasekaran dan G Saminathan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan keganasan di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan kira kira tiga minggu selepas mereka ditahan dalam operasi ke atas penyokong kumpulan penggana...
Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 249 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan didakwa di mahkamah esok Dua ADUN terbabit akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh Melaka pagi esok Peguam mer...
Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

Dua Adun Ketua Pegawai Perbadanan Didakwa Beri Sokongan Kepada Ltte

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 241 hits
THE MALAYSIAN TIMES MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE pada November tahun lepas Tertuduh G ...
Lapan Lelaki Termasuk Dua Adun Didakwa Berkaitan Pengganas Ltte

Lapan Lelaki Termasuk Dua Adun Didakwa Berkaitan Pengganas Ltte

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 456 hits
KUALA LUMPUR 29 Okt Lapan lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE Pendakwaan mengemukakan dua pertuduhan iaitu mem...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang