Loud Speaker Di Datum Jelatek Mall Lokasi Karaoke Yang Sihat
Bertempat di L2-01, pusat membeli belah Datum Jelatek,jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker telah membuka cawangan baru ke-13. Ia berjaya berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat.
Selain diberikan sentuhan elemen terkini pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini juga turut menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol, sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.Malah, lokasinya amat strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.
Rumah Terbuka Loud Speaker
Bagi memperkenalkan cawangan terbaru ini, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.
Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.
Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.
Jika ada yang ingin mengambil bahagian di dalam kempen tersebut, layari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.
Penuhi Permintaan Peminat
Menurut Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh,objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.
“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.
Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” tambahnya lagi.
Kemudahan Serba Baru
Di cawangan baru ini juga turut menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.
Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.
Studio Mini
Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.
Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru. Menurut Encik Damien Soh lagi, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.
Loud Speaker di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.
“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.
“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.
Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara."
Rebut Harga Promosi
Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.
Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke
Baca Juga: Havoc Street Food Fest 2023
Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!
Di samping itu, semua pengunjung berpeluang menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.
Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088
Terdapat 47 jenis bilik dengan pelbagai saiz di Loud Speaker Datum Jelatek
* Small (4-6 orang)
* Medium (7 – 9 orang)
* Large (10 – 12 orang)
* VIP (14 – 17 orang)
* VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang)
Manakala 6 buah bilik * Mini Studio (1-2 orang)
Waktu Operasi
12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown)
11 pagi – 3 pagi (Johor)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2023/05/loud%20speaker%20datum%20jelatek%20mall.html