Majlis Pembukaan Loud Speaker Cawangan Ke 13 Dapat Sambutan
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke Rumah Terbuka LOUD SPEAKER dan majlis
pembukaan cawangan LOUD SPEAKER yang ke 13 dibuka di Datum Jelatek
Shopping Centre. Pembukaan LOUD SPEAKER ini berjaya menarik perhatian
‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan
sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada
dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke
tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Malah,
lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu
kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di
stesen Jelatek.
PENGERUSI LOUD SPEAKER,
ENCIK DAMIEN SOH berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah
sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan. “Walaupun LOUD
SPEAKER sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa
Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani
permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas
alkohol.
Objektif ini sejajar dengan
pernyataan visi kami di LOUD SPEAKER untuk menyediakan keseronokan untuk
semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya. Cawangan ke-13 ini,
menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang
dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik
LOUD SPEAKER.
Kelebihan ini bertujuan untuk
mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan
terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke LOUD SPEAKER cawangan
ini. Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai
untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan
pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka. Cawangan pertama Loud Speaker
mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.
Sehubungan itu, menurut Encik
Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024
dengan skim francais yang terancang. Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek
merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki
persegi. “Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada
kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi
keunikan di sini. “Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang
berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya
sendiri. “Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam
bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan
dengan apa-apa jenis majlis dan acara.
LOUD SPEAKER DATUM JELATEK
Bagi memperkenalkan cawangan
terbaru berkenaan, LOUD SPEAKER telah menganjurkan Rumah Terbuka LOUD SPEAKER yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella
Astillah dan Rief Daniel. Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan
rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan
baru berkenaan.
Pada majlis berkenaan, LOUD SPEAKER turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000
kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada
kempen #JomSingOutLoud. Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah
dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.
Untuk mengambil
bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud
Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag
#JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.
Sempena pembukaan cawangan
baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada
setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat
menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.
Satu
keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi
pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja
apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke. Bukan itu sahaja,
semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah
promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari
Isnin.
Selain itu juga, mereka boleh
bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini
berlansung. Cukup berbaloi! Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati
free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh
mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.
Keistimewaan yang ditawarkan
ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengunjung untuk merasai kualiti
karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Untuk keterangan lanjut,
boleh layari https://loudspeakerktv.my/
atau hubungi pihak LOUD SPEAKER cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di
talian 03-3855 6088
Jenis-Jenis Bilik di LOUD SPEAKER Datum Jelatek (47 jenis bilik dengan pelbagai size)
💥Small (4-6 orang)
💥Medium (7 – 9 orang)
💥Large (10 – 12 orang)
💥VIP (14 – 17 orang)
💥VVIP (Boleh memuatkan sehingga
40 orang)
💥6 bilik Mini Studio (1-2 orang)
Alamat
LOUD SPEAKER
L2-01, Datum
Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek,
54200 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12 tengahari – 3
pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi
(Tropicana Mall dan MyTown)
11 pagi – 3 pagi
(Johor)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/05/Majlis-Pembukaan-Loud-Speaker-Cawangan-Ke-13.html