Lompat Parti Umpama Bunuh Diri Sendiri




 Bersatu dan PN tanpa keraguan lagi akan tercatat dalam sejarah sebagai parti dan kerajaan yang didalamnya paling banyak dianggotai oleh pelompat serta pengkhianat.
Dalam PRU14 lalu, calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH serta menggunakan logo PKR cuma menang 13 kerusi daripada 52 kawasan Parlimen yang ditandinginya.
Sejumlah 16 Ahli Parlimen UMNO dan BN telah melompat menyertai Bersatu kemudiannya.
Daripada PKR pula, seramai 14 Ahli Parlimen parti itu turut melompat menyertai Bersatu secara berperingkat-peringkat.
Dengan jumlah 30 Ahli Parlimen ‘katak’ yang ada dalam Bersatu, sementara Ahli Parlimen asal Bersatu cuma 6 orang saja yang mengikut Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, manakala 4 kekal bersama Tun Mahathir Mohamad dan dua lagi iaitu Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak terikat kepada mana-mana pihak, ini bermakna kedudukan Bersatu lebih didominasi oleh golongan pelompat dan pengkhianat berbanding anggota asalnya
Tetapi, jika diambil kira kedudukan Muhyiddin Yassin sendiri bersama 6 Ahli Parlimen Bersatu yang bersamanya dalam kerajaan PN sekarang adalah juga melompat daripada wadah PH yang memenangkannya pada PRU14 lalu untuk membentuk PN, ertinya semua Ahli Parlimen Bersatu sekarang adalah pelompat dan pengkhianat belaka.
Tidak ada dalam dunia ini pernah wujud sebuah parti yang sehodoh serta sejelik ini kedudukannya dalam membentuk kerajaan dan seterusnya tidak malu pula mengaku mereka kononnya berjuang untuk rakyat dan negara.
Realitinya, semua mereka ini langsung tidak berjuang untuk rakyat dan negara, sebaliknya hanya berjuang untuk tembolok dan perut sendiri semata-mata.
Sebab itu kerajaan PN ini adalah kerajaan paling caca-marba, huru-hara dan tidak stabil serta tiada hala tuju yang jelas ke mana mahu dibawanya negara ini.
Keutamaannya hanyalah untuk kuasa, kuasa dan kuasa sehingga setelah kehilangan majoriti pun, usaha terus dilakukan untuk mempertahankan kuasa, termasuk dengan mencadangkan darurat.
Kemudian itu, walaupun PN adalah kerajaan dengan segala kuasa yang ada dan berjaya membawa pelompat demi pelompat untuk bersamanya, kedudukannya sama sekali tidak bertambah kukuh dan tenang.
Sebaliknya, PN semakin dibelenggu banyak isu yang membuatkan rakyat kian hilang keyakinan terhadapnya.
Rasa tidak stabil dan tidak senang dengan kedudukan sendiri terus menghantui Bersatu dan PN, meskipun mereka boleh berbangga kerana berjaya ‘membeli jiwa’ beberapa Ahli Parlimen untuk mengukuhkan kedudukannya.
Kejayaan membawa masuk lebih ramai pelompat dan pengkhianat sekadar cuma berjaya menangguhkan kejatuhan PN saja, tetapi tidak berupaya memperkasakan kedudukan kerajaan itu sendiri.
Lebih daripada itu, sentimen rakyat dalam menolak pelompat dan pengkhianat ini juga cukup jelas dan ketara sekali.
Rata-rata berkeyakinan pelompat dan pengkhianat ini akan ditolak dalam PRU akan datang dan mereka tidak berupaya mempertahankan kedudukan masing-masing lagi.
Ada laporan mengatakan, kedudukan Muhyiddin di Pagoh sendiri tidak lagi selamat dalam PRU akan datang, kecuali jika UMNO sedia membuat pusingan U untuk bekerjasama semula dengan Bersatu.
Namun, sehingga ini UMNO kekal dan tetap dengan keputusan enggan bekerjasama dan menolak sebarang perundingan lanjut dengan Bersatu.
Lalu, apa terjadi kepada semua pelompat dan pengkhianat ini?
Sebenarnya, tindakan pelompat dan pengkhianat ini menyeberang parti untuk menyertai Bersatu dan menyokong PN, walaupun beroleh jawatan dan kedudukan, ia juga umpama tindakan ‘bunuh diri’ dalam karier politik masing-masing.
Pengkhianatan mereka terhadap mandat yang diberikan rakyat, walaupun pengundi tidak mampu menarik balik undi mereka sebagaimana wakil rakyat terbabit senang-senang menukar kiblat politik untuk melompat dan bersikap khianat, hukumannya pasti menunggu dalam PRU15 akan datang ini. (Shahbudindotcom 16/03/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/lompat-parti-umpama-bunuh-diri-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 362 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Ahli parlimen yang melompat parti dilihat seolah mempersendakan politik di negara ini dan ia ada kaitan dengan politik wang kata bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam Beliau berkata politik wang adalah ideologi...
Video Shuk Sahar Salahkan Diri Sendiri

Video Shuk Sahar Salahkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 464 hits
Bekas DJ Hot FM Shuk Sahar mengaku apa yg telah berlaku adalah akibat perbuatan nya sendiri dan bukan kesalahan orang lain Sebab kalau tidak salah perkara seperti ini tidak akan berlaku Jadi sebab saya sedar kesalahan yang telah saya lakuka...
Hiburan Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri Shuk Sahar Berniaga Untuk Teruskan Hidup

Hiburan Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri Shuk Sahar Berniaga Untuk Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 361 hits
Hilang pekerjaan selepas terpalit dengan isu curang Shuk Sahar nampaknya meneruskan hidup dengan melakukan pelbagai kerja termasuk menjual air Beberapa hari lepas dia dikatakan diserang individu tidak dikenali ketika berniaga di Wangsa Maju...
Wanita Cuba Bunuh Diri Pegang Pisau Atas Bumbung Stesen Monorail

Wanita Cuba Bunuh Diri Pegang Pisau Atas Bumbung Stesen Monorail

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 300 hits
Wanita cuba bunuh diri pegang pisau atas bumbung stesen monorail Seorang wanita cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat KUALA LUMPUR Seorang wanit...
Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin

Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 365 hits
Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan und...
Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Tawaran rasuah lompat parti SPRM Johor buka kertas siasatan SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail ...
Beri Kuasa Kepada Pembangkang Kekang Amalan Lompat Parti

Beri Kuasa Kepada Pembangkang Kekang Amalan Lompat Parti

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 355 hits
Ahli Parlimen Subang Wong Chen mencadangkan beberapa cara yang boleh mengekang amalan lompat parti Salah satunya adalah dengan memberikan peruntukan sama atau lebih baik kepada Ahli Parlimen pembangkang berbanding wakil rakyat kerajaan sert...
Video Wilfred Madius Tangau Nafi Lompat Parti Sokong Pn

Video Wilfred Madius Tangau Nafi Lompat Parti Sokong Pn

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 247 hits
KOTA KINABALU Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti menyertai Perikatan Nasional Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kina...
Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 357 hits
PKR Sarawak kini dipimpin Council of Elders yang mengambil alih pentadbiran parti di negeri itu selepas bekas Pengerusi PKR Negeri Larry Sng meletak jawatan dan menyokong kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PKR Datuk Ser...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam