Beri Kuasa Kepada Pembangkang Kekang Amalan Lompat Parti











Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mencadangkan beberapa cara yang boleh mengekang amalan lompat parti.





Salah satunya adalah dengan memberikan peruntukan sama atau lebih baik kepada Ahli Parlimen pembangkang berbanding wakil rakyat kerajaan, serta memperuntukkan jawatan pengerusi Jawatankuasa Pilihan.





Beliau mengakui, penyelesaian terbaik ialah meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang amalan lompat parti.





Namun, katanya hampir mustahil untuk mendapatkan majoriti dua per tiga yang diperlukan, namun ada penyelesaian boleh dilaksanakan lebih baik yang hanya memerlukan majoriti mudah.





“Kebanyakan mereka yang melompat parti mendakwa mereka melakukannya demi rakyat. Mereka mendakwa rakyat tiada wang, mereka pula tidak mendapat peruntukan diperlukan untuk dibelanjakan bagi rakyat, jadi mereka terpaksa menyertai kerajaan.





“Penyelesaiannya mudah, pastikan setiap Ahli Parlimen mendapat jumlah peruntukan untuk masyarakat dan sumber yang sama," katanya dalam rancangan temubual yang diadakan secara maya di akaun Facebook miliknya.





Beliau mengambil contoh bagaimana di Norway, wakil pembangkang mendapat peruntukan lebih tinggi, memandangkan wakil rakyat kerajaan berpeluang membuat permohonan khas kepada menteri mereka, tetapi bukannya Ahli Parlimen pembangkang.





Malah, beliau berpendapat Ahli Parlimen tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).





Sebaliknya, semua Ahli Parlimen perlu diletakkan di Jawatankuasa Pilihan yang akan membuka peluang untuk menerima elaun tambahan, sekiranya dilantik menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi.





Beliau juga mahu pengisytiharan aset diaudit kepada semua Ahli Parlimen dan menganggap proses itu ketika zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat dengan betul kerana ada wakil rakyat yang mengisytiharkan jumlah aset rendah yang tidak masuk akal.





“Sebaik sahaja seseorang menjadi Ahli Parlimen, mereka patut mendapat audit kemasukan dengan mengisytiharkan aset, kemudian juruaudit profesional mengesahkannya dan ketua audit negara boleh menyiasat dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tepat," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/beri-kuasa-kepada-pembangkang-kekang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pro Kontra Lompat Parti Ke Parti Rakan Keadilan Mesti Jelas Tolak Mahathir

Pro Kontra Lompat Parti Ke Parti Rakan Keadilan Mesti Jelas Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 337 hits
Ada baik dan buruknya seseorang wakil rakyat lompat parti ke dalam parti rakan Keadilan mesti berani buat keputusan tolak Mahathir dalam MATC nanti
Tidak Salah Lompat Parti

Tidak Salah Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 451 hits
Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan und...
Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 423 hits
Oleh Tawaran rasuah lompat parti SPRM Johor buka kertas siasatan SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail ...
Video Wilfred Madius Tangau Nafi Lompat Parti Sokong Pn

Video Wilfred Madius Tangau Nafi Lompat Parti Sokong Pn

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 340 hits
KOTA KINABALU Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti menyertai Perikatan Nasional Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kina...
Ahli Parlimen Mas Gading Nafi Lompat Parti

Ahli Parlimen Mas Gading Nafi Lompat Parti

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 516 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimbol mendedahkan peruntukan kawasan merupakan punca segelintir wakil rakyat pembangkang melompat parti dan kemudian menyokong blok kerajaan Tegasnya setiap wakil rakyat mempunyai alasan tersend...
Andai Xavier Tak Salah Kena Ugut Pun Lompat Parti Shahril Hamdan

Andai Xavier Tak Salah Kena Ugut Pun Lompat Parti Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 534 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menimbulkan persoalan mengenai beberapa hujah mempertahankan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar keluar PKR dan menyokong Perikatan Nasional Secara khusus dia menyoal pihak yang mend...
Azmin Bukan Orang Yang Layak Komen Isu Lompat Parti

Azmin Bukan Orang Yang Layak Komen Isu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 534 hits
Menteri Kanan Mohd Azmin Ali tidak layak untuk bercakap mengenai soal moral atau lompat parti apatah lagi mengecam pimpinan KEADILAN Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman berkata Azmin wajar mencermin dirinya...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Best Recipetin Beef Ribs

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun

Hiburan Apple Diramal Keluarkan Iphone Foldable Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026